Bab 3

Romance Series 14495

Malam itu Syasya tidak dapat melelapkan mata kerana teringatkan kejadian siang tadi. Kenapa dia harus kembali lagi sedangkan dia sudah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diriku. Ya Allah dugaan apa lagi yang kau berikan kepadaku, berilah hamba jalan keluar untuk semua ini, desis hati Syasya. Dan kenangan itu muncul kembali.

“Siapa perempuan dengan awak semalam? Saya tengok rapat semacam, makan pun nak bersuap-suap. Siapa dia Haikal?” tanya Syasya dengan penuh emosi.

“Dia tu anak kawan mama saya. Mama suruh saya temankan dia pergi shopping jadi saya teman ajelah. Tak ada apa-apalah, yang awak jealous sangat ni kenapa?” tanya Haikal tanpa rasa bersalah.

“Saya bukan jealous tapi cara awak dengan dia tu melampau. Pegang-pegang tangan semua tu, awak rasa eloklah. Awak kata awak sayangkan saya tapi awak keluar dengan perempuan lain! Itu ke yang awak sebut sayang? Kalau saya tak pergi ke Mall tu semalam, mungkin saya tak akan tahu semua ni,” jawab Syasya dengan tegas.

“Ala...lagipun dia yang nak pegang, jadi saya biarkan ajelah. Saya tak ada apa-apalah dengan dia,” jawab Haikal dengan selamba.

“Oh macam ni ya sikap awak yang sebenar. Okay fine! Awak nak tahu sikap saya yang sebenar, ni sikap saya. Kita putus!” selepas mengucapkan kata itu, Syasya terus berlalu tanpa mempedulikan panggilan Haikal. Walaupun hakikat hatinya pedih tetapi dia perlu terima kenyataan yang dia dan Haikal sudah tidak ada apa-apa ikatan. Setelah beredar dari tempat perjumpaan terakhirnya bersama Haikal, dia menerima panggilan kecemasan dari Encik Aziz yang mengatakan bahawa Puan Aini, mamanya mengalami kemalangan yang teruk dan sekarang ini berada di wad ICU.

Tanpa berlengah lagi, Syasya terus ke hospital di mana tempat mamanya dirawat. Setelah sampai, Syasya melihat papanya menangis di luar wad. Tanpa bertanya apa pun, Syasya terus masuk ke wad dan terkaku apabila melihat tubuh mamanya dibaluti oleh kain putih yang menutupi mukanya. Syasya terduduk di bawah dan tidak terkata apa, hanya air mata sahaja yang mengalir deras membasahi pipinya yang mulus. Encik Aziz terus memeluk Syasya dengan erat untuk menenangkan anak kesayangannya.

“Mama dah tak ada sayang, mama dah tinggalkan kita,” kata Encik Aziz dengan payah.

“Mama....!!! Jangan tinggalkan Syasya...`!!!!” jerit Syasya dengan kuat tanpa mempedulikan orang di sekitarnya. Walaupun sekuat mana jeritan itu, ia tidak lagi didengari oleh Puan Aini yang kini pergi menghadap ilahi.

Begitulah lumrah hidup, walaupun selama mana kita hidup, kita tetap akan kembali kepadaNya. Inilah kisah hidup Syasya, baginya hari tersebut ialah hari yang paling sedih buatnya kerana terpaksa kehilangan dua orang insan yang disayanginya. Namun dia redha atas segala cubaan yang diberikan kepadanya.

Setelah seminggu kematian Puan Aini, Syasya tidak lagi mendengar khabar tentang Haikal dan berjumpanya kerana Haikal telah bertukar ke sekolah lain. Tiba-tiba ada seorang gadis ingin bertemu dengannya di taman berhampiran rumahnya. Ternyata gadis yang menyebabkan dia dan Haikal putus yang ingin menemuinya.

“Sorry kalau ganggu awak, Syasya Ilyana,” kata gadis itu dengan sinis.

“Awak ni siapa dan macam mana awak tahu nama saya?” tanya Syasya.

“Macam mana saya tahu tu tak penting. Bye the way, my name is Fifi Syuhada binti Dato Hanif. Saya datang sini hanya ingin sampaikan pesanan mummy Haikal,” jawab Fifi dengan penuh angkuh.

“Saya dah tak ada apa-apa lagi dengan Haikal jadi tolong cakap dekat mummy Haikal yang saya tak akan ganggu hidup Haikal lagi,” kata Syasya dengan cepat lalu dia ingin segera berlalu dari situ kerana merasakan tempat itu mula terasa panas. Tetapi belum sempat Syasya melangkah pergi, dia terhenti seketika kerana kata-kata pedas yang dilontarkan kepadanya.

“Jangan kau nak berlagaklah! Aku pun tak hingin nak buang masa aku untuk jumpa kau semata-mata nak sampaikan pesanan aunty Hanum. Jadi kau dengar sini ya, aku ni calon menantu aunty Hanum jadi dia minta supaya kau jangan pernah muncul lagi dalam hidup Haikal dan jangan nak ganggu Haikal lagi, faham! Aku tahulah yang perempuan macam kau ni hanya hendakkan duit Haikal, kan? Kau tak layaklah nak berdamping dengan dia dan jangan harap kau akan berdamping dengan dia selagi aku masih ada. This is first and last warning for you!” balas Fifi dengan penuh angkuh lalu beredar dari situ dan menuju ke arah kereta yang sedang menunggunya. Kata-kata Fifi telah menyedarkan Syasya yang dia tak layak untuk Haikal dan dia membuat keputusan yang betul untuk putus dengannya. Lalu Syasya menangis teresak-esak di taman itu sendirian.

Syasya tersentak apabila telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Jauh betul aku mengelamun, bisik Syasya lalu menuju ke meja belajar untuk membaca mesej tersebut.

Salam Syasya,
Awak jangan sedih tau. Pedulikan aje dia tu, sayakan ada dan awak ada si ‘Secret’ tu. Esok cakap kat saya ya apa yang dia tulis kat dalam surat tu. Ok! Bye and Good night, See you.

Syasya tersenyum sendirian apabila membaca mesej daripada Amira. Amira memang kawan yang baik dan sukar untuk berjumpa kawan sepertinya di dunia ini. Oh hampir terlupa pulak aku. Surat ‘Secret’! nasib baik Amira ingatkan. Kalau tak macam mana aku nak tahu siapa si ‘Secret’ tu, desis hati Syasya sambil mencari surat tersebut di dalam begnya itu. Ha...jumpa pun, Syasya segera bergerak ke katil untuk membacanya.

Salam Syasya,
Pasti awak tertunggu-tunggu surat inikan untuk tahu siapa saya. Saya akan kasi tahu awak sesuatu. Setahun yang lepas, awak ada terlanggar seorang budak lelaki di sebuah perhatian bas dan tertumpahkan aiskrim ke atas bajunya. Awak kelihatan kalut sangat masa tu dan asyik meminta maaf aje kat dia. Oleh sebab ada hal yang perlu awak lakukan, awak meninggalkan budak lelaki itu dengan seribu persoalan. Tapi jangan risau, budak lelaki itu tak marahkan awak bahkan dia ingin sangat berkenalan dengan awak. Dan budak lelaki itulah saya, mudah-mudahan awak dapat ingat saya.

Yang Ikhlas,

SECRET


“Kami pernah berjumpa? Yang aku ingat dulu memang ada aku tertumpahkan aiskrim kat sorang mamat ni tapi aku tak perasan sangatlah muka dia sebab aku kalut waktu tu dan papa pulak suruh aku balik cepat-cepat. Tak sempat nak tengok muka dia lama-lama. Ish, aku kena ingat juga!” kata Syasya dengan penuh semangat. Setelah puas mengingati akhirnya Syasya terlena sambil memegang erat surat tersebut.
**
Jam berdetik menandakan jam sudah menunjukkan pukul dua pagi tetapi mata Ammar masih belum mengantuk. Mungkin masih memikirkan perkara yang dilihatnya pada waktu rehat tadi. Syasya kenal ke dengan budak baru tu? Apa hubungannya dengan budak tu? Kenapa Syasya nampak terkejut bila melihat dia? Begitu banyak persoalan yang bermain di minda Ammar, tetapi dia tidak mampu menjawab semua soalan itu. Apa yang pasti dia begitu ingin mengetahui jawapan kepada persoalannya tadi, tapi macam mana? Aaaarrrrggghhh!!! Lama-lama aku boleh jadi gila kalau terus berfikir tentang ini semua, desis Ammar.

“Kenapa sejak akhir ini aku selalu terfikirkan pasal kau Syasya? Aku rasakan satu perasaan yang aneh bila aku melihat kau bersama dengan budak baru tu, apa aku cemburu? Tapi untuk apa atau aku betul-betul sukakan kau? Aku tak tahu apa perasaan ini sedangkan aku tak pernah rasakan selama ini,” setelah puas memikirkan tentang perasaannya, Ammar akhirnya terlena dengan teka-teki yang masih belum terjawab. Tanpa sedar hati Ammar memang sudah dimiliki oleh gadis yang bernama Syasya Ilyana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience