Bab 9

Romance Series 14495

Yeeessss! Akhirnya aku berjaya mendapatkan peluang untuk berkawan dengan dia, happynya aku hari ini, aku rasa akulah lelaki yang paling gembira sekali di dunia, desis Ammar.

Tiba-tiba nada dering ‘untuk mencintaimu’ yang didendangkan oleh kumpulan yang paling diminati iaitu Seventeen berbunyi dan menghancurkan segala angan-angannya. Ish, kacau betullah...siapa pulak yang call time aku tengah happy ni. Oh si playboy ni rupanya, ngomel Ammar lalu segera mengangkatnya.

“Helo, Am...jom lepak. Nak tak?” tegur si playboy.

“Waalaikumussalam,” perli Ammar.

“Eh, sorry. Assalamualaikum...”

“La...islam rupanya. Apa sorry-sorry, kau ingat ni lagu K-pop kumpulan super junior. Kau ni memang tak berubahlah Danial. Lain kali beri salam dulu, ni tak main redah aje tau. Kau ni spoil mood aku ajelah,” tegur Ammar.

“Amboi garangnya ustaz muda kita ni, lain kali aku akan ingat pesanan ustaz ya. Okey, aku minta maaf....”

“Lain kali jangan ulang, kalau macam ni perangai kau nampak gayanya asyik kena reject dengan mertua ajelah sebab tak pandai jaga adab...” kata Ammar.

“Ala...kau janganlah cakap macam tu. Nanti masin mulut, aku yang menderita. Then bila perkara tu terjadi kau yang orang first aku cari tau,” ugut Danial yang mula cuak.

“Tau takut...hehehe, aku gurau ajelah. Ni yang kau call aku malam-malam ni apasal?” tanya Ammar.

“Aku boring ni, jom lepak kat Kopitiam,” ajak Danial.

“Kau nak belanja ke? Kalau kau nak, aku on jer,”

“Boleh aku belanja tapi kau bayar, amacam okey? Amboi, cik abang la belanja...cik abangkan kaya. Takkan anak Tengku tak ada duit kut,” kata Danial.

“Eeeii kau ni...don’t you dare to call me like that. Meremang bulu roma aku. Okey disebabkan mood aku happy hari ini, aku belanja tapi kau kena tolong aku,”

“Tolong apa?” tanya Danial.

“Nanti kita jumpa aku story kat kau. Okey, aku siap-siap dulu. See you,”

“Roger...bro”.
**
Setelah meminta izin daripada Tengku Ismail dan Tengku Sofia, Ammar memandu motosikal kesayangannya di tempat yang dijanjikan. Sambil menunggu Danial, Ammar telah memesan cappucino untuknya. Dalam beberapa minit menunggu, akhirnya Danial muncul dengan senyumannya yang menggoda. Dasar playboy betul! Setelah selesai membuat pesanan, Ammar mula berkongsi cerita bersama Danial.

“Eh, kau masih ingat lagi kan dengan gadis yang aku beritahu kau hari tu..?” tanya Ammar.

“Humm yang nama dia Syasya, kan?”

“Yup, binggo! Aku dah jumpa dah dengan dia,” kata Ammar sambil menghirup minumannya.

“Serius ke...!!” jerit Danial sedikit lantang menyebabkan beberapa pelanggan berpaling ke arah mereka.

“Oiitt, kau ni slowlah sikit volume tu. Kau nak bagi satu cafe ni dengar ke, buat malu aje....!” tegur Ammar sambil meminta maaf kepada beberapa orang yang berada berdekatan mereka.

“Hehehe....sorrylah bro, aku terkejutlah. Baru aje hari tu kau kirim surat ni tup tup dah jumpa. Apa cerita ni bro?” tanya Danial keliru. Ammar hanya tersengih. Ingat comel sangat ke sengih macam tu....macam kerang tak laku adalah, kutuk Danial dalam hati.

“Kau janganlah kutuk aku bro. Aku bukannya macam kau yang kuat dengan kata-kata manis ni, aku lebih suka terus-terang aje,”

“So, kau nak minta tolong apa?” tanya Danial sambil tersengih mendengar sindiran temannya. Macam tau aje aku kutuk dia dalam hati....desis Danial.

“Aku nak taulah macam mana nak rapat dengan gadis macam Syasya ni sebab aku tengok dia lain dari yang lainlah, tu yang buat aku lebih nak kenal dia dengan lebih rapat,” tanpa noktah, Ammar berkata-kata.

“Lain dari yang lain tu macam mana, adakah dia makhluk yang baru turun dari planet lain atau pontianak yang sudah dipaku tengkuknya?” tanya Danial serius.

“Kau jangan nak loyar buruk kat sini ya, kan tak pasal-pasal mandi cappucino kau malam ni. Seriuslah wei...” ugut Ammar sambil mengangkat minumannya.

“Relaklah...gurau aje pun. Okey aku serius, betul ke kau nak menutup ilmu dengan tok guru Danial ni, tak menyesal dan kau sanggup terima syarat-syaratnya.” Seloroh Danial sambil berlagak persis tok guru yang ingin menerima anak muridnya.

“Eleh....ilmu tak seberapa berlagak tok guru. Lainlah ilmu pelajaran ni ilmu kasanova aje kut, jangan perasanlah,”

“Amboi kasarnya, nak belajar ke tak ni. Kalau tak nak aku blahlah,” rajuk Danial.

“Eh mestilah nak, aku guraulah. Tu pun nak merajuk tak macholah bro,” kata Ammar memujuk.

“Aku bukan merajuk, terasa sikit je,” ucap Danial pura-pura sedih.

“Macam-macamlah kau ni, dahlah cepat ajar aku,” kata Ammar sambil menarik kerusi dengan lebih dekat dan mendengar dengan penuh teliti.
**
Pagi itu, ketika Syasya sedang ralit membaca buku di perpustakaan, kerusi di sebelah ditarik seseorang. Syasya hanya membiarkannya walaupun agak pelik kerana terdapat banyak lagi tempat kosong di sekitarnya.

Suara di sebelahnya berdeham menyebabkan Syasya berpaling ke arah pemilik suara tersebut dan terkejut kerana mendapati yang berada di tepinya kini ialah orang yang membuat tidurnya tidak lena semalam.

“Eh maaf, saya ganggu awak ke?” tanya pemilik suara.

“Eh tak apalah, tak ganggu. Awak okey ke Ammar?” tanya Syasya kembali.

“Saya okey cuma sakit tekak aje, maaf jika ganggu awak nak study. Mungkin saya patut keluar dulu,” kata Ammar sambil terbatuk-batuk.

“Tak apa saya pun dah siap. Jom kita keluar sama-sama,” pelawa Syasya lalu mengemas buku dan meletakkan di tempat asalnya. Mereka berdua segera berlalu keluar.

“Ammar awak tak apa-apa ke? Muka awak pucat sangat,” tanya Syasya bimbang.

“Saya okey. Tak apa batuk sikit je,”

“Nah ambil ubat ni, saya harap ia dapat membantu,” ucap Syasya lalu menghulurkan panadol yang selalu dibawa ke mana sahaja.

“Terima kasih, buat susah aje. Tapi macam mana awak ada ubat ni, ke awak sakit juga?”

“Eh tak adalah, saya memang selalu bawa bersama takut juga jika berlaku apa-apa,”

“Awak ni macam ahli farmasi pulak, nurse pun ada juga,” gurau Ammar.

“Hehehe.....ada-ada ajelah awak ni. Okeylah saya masuk kelas dulu, jaga diri baik-baik tau dan makan ubat tu,” kata Syasya lalu segera berlalu ke kelasnya.

Ya...mesti saya akan jaga diri saya untuk awak. Terima kasih untuk ubat ni, akan saya telan demi awak walaupun saya tak suka makan ubat. Wah tak rugi aku tolak pelawaan Danial untuk naik kereta dia dan sanggup redah hujan dengan motosikal semalam. Rupanya ada perkara yang indah akan berlaku dalam hidupku hari ini. Aku dapat lihat sifat prihatinnya dan aku dapat lihat senyuman manisnya yang membuatkan aku lebih bersemangat lagi, ucap Ammar dalam hati. Ammar mula bergerak menuju ke kelas dengan senyuman lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience