Bab 74

Romance Series 14493

Bunyi bising di ruang tamu menarik perhatian Syasya untuk turun menjenguk. Apa yang buatkan Fisha dan Farish seronok sangat ni? Desis Syasya. Dengan perlahan Syasya menuruni anak tangga.

“Siapa yang datang mama?” soal Syasya ketika Puan Fina membawa minuman untuk keluar.

“Sya tengoklah sendiri, tetamu istimewa tu,” balas Puan Fina sambil tersenyum. Syasya berkerut mendengar jawapan Puan Fina. Tetamu istimewa?

Syasya hanya menurut belakang ibunya. Bila melihat sendiri tetamu yang datang, Syasya terkedu.

“Ibu? Baba?”

“Ya Allah! Rindunya ibu pada kamu Yana!” Tengku Sofia segera memeluk erat menantunya. Hatinya mula lega. Meskipun Ammar sudah khabarkan bahawa dia sudah menemui Syasya tapi itu tidak melegakan dirinya sehinggalah dia diberitahu Encik Aziz bahawa Syasya sudah balik ke rumah mereka.

“Yana juga rindukan ibu dan baba,” balas Syasya sambil membalas pelukan Tengku Sofia.

“Sya sihat?” soal Tengku Ismail sambil menyambut huluran salam Syasya.

“Sya sihat. Baba dan ibu sihat?”

“Sihat orang tua Sya, beginilah,” balas Tengku Ismail sambil tersenyum.

“Sya nak mintak maaf pada ibu dan baba atas apa yang Sya lakukan selama ini. Sya bukanlah menantu yang baik macam apa ibu dan baba harapkan,” ujar Syasya lemah. Tengku Sofia mengusap perlahan tangan Syasya.

“Tak pernah terdetik di hati kami untuk fikir macam tu. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Ibu yang sepatutnya mintak maaf atas sikap Am pada Yana. Ibu...”

“Tak, ni bukan salah ibu. Mungkin kami belum cukup mengenali diri kami masing-masing,” potong Syasya. Tengku Sofia kelihatan serba salah.

“Yana, ibu tau Yana masih terluka dengan sikap anak ibu tapi ibu mintak Yana fikir baik-baik, jangan buat keputusan terburu-buru ya...” pujuk Tengku Sofia. Syasya menatap Tengku Sofia dan Tengku Ismail. Mata mereka penuh dengan harapan. Syasya menunduk.

“Baba dan ibu tak paksa Sya. Walau apapun keputusan Sya, kami terima,” ujar Tengku Ismail. Tengku Sofia kelihatan tidak puas hati dengan keputusan suaminya tapi segera Tengku Ismail menggeleng bila Tengku Sofia seperti ingin mengatakan sesuatu. Biarlah kali ini Syasya membuat keputusannya sendiri kerana ini melibatkan hidupnya.

Tengku Sofia mengeluh lemah. Kalau boleh dia nak keadaan rumah tangga Ammar kembali seperti dulu. Tapi apa boleh buat kalau suaminya menegah untuk tidak masuk campur dalam hal mereka.

“Eh minumlah air tu abang Mail, kak Sofi. Nanti sejuk pula,” pelawa Puan Fina yang dari tadi hanya memerhati.

“Jemputlah minum ibu, baba,” Syasya menghulurkan minuman kepada mertuanya

“Mana Aziz? Tadi dia ada dekat sini,” soal Tengku Ismail sambil menyisip minumannya.

“Dia jawab panggilan. Haa tu dah keluar pun,” ujar Puan Fina. Kelihatan Encik Aziz keluar dari bilik pejabatnya.

“Maaflah abang. Tiba-tiba ada panggilan kerja masuk.” Tutur Encik Aziz.

“Itu perkara biasa. Kerja ni memang tak pernah nak selesai,” balas Tengku Ismail sambil tertawa kecil.

“Betul tu bang. Eh ni mana Ammar? Bukan dia datang sekali ke?” Pertanyaan Encik Aziz mengejutkan Syasya.

“Haah, dari tadi saya tak nampak juga,” balas Puan Fina sambil meliar mencari menantunya.

“Ada kat luar tengah layan Farish dan Fishalah tu,” balas Tengku Sofia. Syasya hanya mendiamkan diri dari tadi. Hatinya mula resah. Dia buat apa dekat sini? Fikirnya hanya mertuanya sahaja yang datang.

“Sya....pergi panggil Ammar masuk minum.” Arah Encik Aziz.

“Hah...Sya ke?” soal Syasya semula. Berkerut dahi Encik Aziz mendengar pertanyaan anaknya.

“Yalah. Am kan suami kamu. Dah pergi panggil.” putus Encik Aziz. Syasya meneguk air liurnya. Nak tak nak dia kena ikut, bila semua mata dah memandangnya. Syasya menarik nafas panjang dan bingkas bangun.
**
Kedengaran suara gembira Fisha dan Farish dari jauh. Syasya menarik nafas bagi menenangkan dirinya. Langkah diatur ke arah mereka.

“Ehem!” Deheman Syasya menghentikan perbualan mereka. Ammar menatap insan yang berdiri di depannya kini. Hatinya yang kerinduan kini terubat.

Syasya segera melarikan matanya bila melihat pandangan mata Ammar tidak lekang dari wajahnya. Hatinya sedikit berdebar bila melihat penampilan Ammar. Lain dari pertama kali dia jumpa di hospital tempoh hari. Kemas dan handsome!

Syasya membetulkan suaranya. Tiba-tiba tekaknya terasa gatal.

“Papa panggil masuk minum,” ujar Syasya cuba bersikap dingin.

“Jom papa Am masuk. Farish nak makan biskut,” petah bicara Farish. Ammar tersenyum nipis.

“Farish masuk dulu ya. Papa Am nak cakap dengan ibu kejap. Fisha bawak adik masuk,” arah Ammar sambil mengusap perlahan kepala Farish. Fisha mengangguk lalu segera dipimpin tangan Farish masuk ke rumah.

Syasya juga ingin berlalu dari situ meskipun dia tahu niat Ammar yang ingin berbicara dengannya. Tapi langkah Syasya dihalang Ammar.

“We need to talk!” ujar Ammar serius.

“But I have nothing to talk,” bidas Syasya.

“Sampai bila Sya nak lari dari abang?”

“Jadi salah saya ke?”

“Okey, abang tau. Semua ni memang salah abang. Salah abang tak percayakan sayang. Tapi abang mintak maaf. Abang tau maaf abang mungkin tak mampu putarkan masa balik. Abang just nak sayang bagi peluang sekali lagi untuk tebus segala dosa abang pada Sya,” rayu Ammar. Syasya mendengus.

“Maaf awak tak mampu untuk kembalikan kepercayaan saya pada awak. Hati saya sudah hancur, sehancurnya Am. Jadi tolong, saya minta lepaskan saya,” ujar Syasya lemah. Ammar terkaku. Sekali lagi permintaan itu disebut isterinya.

“No, abang tak akan ceraikan Sya. Sampai bila-bila.”

“Jadi awak nak seksa saya?”

“Abang tak pernah ada niat untuk seksa sayang. Abang sanggup buat apa saja untuk pastikan Sya dapat terima abang semula walau nyawa galah gantinya. Abang sanggup! Tapi abang mintak satu saja dengan sayang, tolong jangan cakap soal cerai. Abang tak sanggup untuk berpisah dengan sayang,” lirih suara Ammar menuturkannya. Syasya sedikit tersentuh.

“Saya tak layak untuk awak Am,” Ammar mencapai tangan Syasya lalu dikucupnya lembut. Diletakkan tangan itu ke dadanya. Tapi kali ini Syasya tidak menarik tangannya.

“Abang yang sepatutnya cakap macam tu dengan sayang. Apa yang sayang lakukan untuk abang lapan tahun dahulu sungguh bermakna untuk abang. Sayang melindungi abang meskipun hati sayang terluka. Maafkan abang kerana abang, Sya sanggup hadap benda ni semua. Abang yang bersalah dalam soal ini. Maafkan abang sayang,”

Air mata Syasya bertambah laju mengalir. Ammar segera menenangkan isterinya dengan memberi pelukan erat. Syasya sedikit terkejut dengan tindakan Ammar tapi hatinya rasa tenang dalam pelukan Ammar. Agak lama sehingga Syasya tersedar dari lamunan perasaannya.

Syasya menghuraikan pelukan. Ammar ditolaknya perlahan. Hatinya mula tidak tertentu. Mukanya mula merah. Malu mungkin!

“Erk....humm masuklah minum. Nanti air sejuk,” setelah mengucapkan hal itu, Syasya segera beredar dengan laju dari situ. Hish....apa aku buat ni? Bukan aku marah ke dengan dia? Yang kau menangis dalam pelukan dia tu apa kes? Syasya mula memarahi dirinya kerana terlalu mengikut perasaan.

Ammar tersenyum nipis melihat gelagat kalut isterinya. Setidaknya dia bahagia kerana Syasya tidak lagi mengelak darinya. Dia yakin Syasya masih menyayangi dirinya. Hanya masa saja yang diperlukan untuk memujuk isterinya kembali. Masa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience