Bab 59

Romance Series 14493

“Amboi bos...dari jauh dah nampak aura manisnya tu,” tegur Intan bila melihat Syasya yang menuju ke arahnya. Syasya hanya menggeleng senyum melihat telatah pembantunya.

“Ish, awak ni ada aje nak kenakan saya,” jawab Syasya. Intan tersengih.

“Ala bos, saja je. Tahniah sekali lagi bos atas pertunangan bos dengan Tengku. Waa tak sangka ya...diam-diam ubi berisi. Dulu bukan main benci lagi bos dengan dia, tup-tup bercinta diam-diam ya,” usik Intan. Syasya hanya membiarkan spekulasi pekerjanya. Malas nak cerita lebih-lebih, biarlah diorang menganggap cerita itu benar.

“Ada-ada awak ni ya, projek macam mana? Ada masalah apa-apa ke?” Syasya cuba mengubah topik perbicaraan mereka.

“Projek tak ada masalah, semua okey. Eh cik dah masuk kerja ke? Bukan big boss bagi cuti sampai habis weeding cik Syasya ke?” soal Intan.

“Haah, tapi saya ada kerja sikit nak settle sebelum cuti panjang ni,”

“Oh, Cik Syasya janganlah risau tentang projek ni semua, lagipun big boss dah bagi arahan. Kalau ada masalah semua, terus bagi tau big boss sendiri. Katanya tak payah ganggu cik,” Syasya sekadar tersenyum. Faham benar siapa big boss yang dimaksudkannya. Alahai papa ni...

“Okeylah Intan, saya nak masuk buat kerja kejap.” Ujar Syasya sambil bergerak menuju ke biliknya. Sebelum membuka pintu, Syasya berpaling semula ke arah Intan.

“Intan, awak ada apa-apa relationship dengan Saiful ke?” Intan kaget mendengar soalan bosnya.

“Erk.....humm,” tetiba lidah Intan kelu. Tak tau kenapa jadi gagap pula tetiba.

Syasya hampir tergelak melihat muka cuak Intan. “Tak apa, saya tanya aje. Lagipun kalau ada apa-apa pun, baguslah. Saya yakin Saiful boleh jaga awak. Dia baik orangnya.” Usik Syasya lalu melangkah masuk dalam biliknya.

Intan mengaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana pula bos boleh tau tentang Saiful ni? Hampir saja ingin ditepuk dahinya. Baru teringat yang dia pergi ke majlis pertunangan Syasya hari itu bersama Saiful. Aduh....malunya! Mana nak letak muka ni? Tak sangka hubungannya yang baru berputik mula dihidu bosnya. Hai cepat betul mata bos...
**
Sedang Syasya menyemak fail di depannya, interkom berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

“Cik Syasya, ada panggilan untuk cik. Katanya urgent.” Ujar Intan di talian.

“Okey, sambungkan pada saya.”

“Baik cik.”

Selang beberapa saat, panggilan disambung.

“Hello, Syasya Ilyana bercakap. Boleh saya bantu,” ujar Syasya sambil menandakan sesuatu.

“Hello Syasya, ni aunty Hanum, mummy Haikal.” Pergerakan tangan Syasya terbantut. Rasanya dia tidak salah dengar. Datin Hanum ke?

“Syasya, boleh kita berjumpa kejap, aunty ada benda nak bincang.” Ujar Datin Hanum. Syasya cuba mencari kekuatan. Kenangan lama mula menerpa. Apa dia nak?

“Syasya, aunty tau Syasya takut nak jumpa. Tapi percayalah ini penting. Ini soal Haikal, anak aunty,” Datin Hanum masih cuba memujuk.

“Nak jumpa kat mana ya Datin?” Syasya cuba bertenang meskipun hatinya makin kuat berdebar.

Setelah Datin Hanum menetap tempat untuk pertemuan mereka, segera Syasya mematikan panggilan. Nafasnya ditarik berat. Dugaan apa lagi ni...keluh Syasya.
**
Syasya berdeham bagi menghilangkan rasa tekaknya yang mula tidak selesa. Suasana di sekitar restoran langsung tidak dapat menenangkan perasaan gemuruhnya. Datin Hanum juga masih mendiamkan diri, seperti memikirkan sesuatu.

“Ada urusan apa datin nak jumpa saya?” Syasya cuba memecahkan kesunyian.

“Panggil aunty aje. Aunty nak mintak maaf dekat kamu kalau dulu aunty banyak sakitkan hati kamu. Maafkan aunty ya. Aunty betul-betul menyesal atas tindakan aunty dulu. Aunty tau ia sangat keterlaluan tambahan pula waktu tu kamu masih remaja.” Akhirnya segala yang dipendam diluahkannya tanpa segan silu.

Syasya hanya mendiamkan diri. Cuba memberi peluang untuk Datin Hanum luahkan apa yang ingin diluahkan.

“Aunty nak jumpa sebab ada benda nak bincang dengan kamu tentang Haikal,” Datin Hanum terus ke fokus utamanya menemui Syasya.

“Pasal Haikal? Kenapa dengan dia?” soal Syasya ingin tahu.

“Haikal betul-betul sukakan kamu. Perasaan dia dekat kamu dari dulu lagi tak pernah berubah dan perasaan itu membuatkan dia bertambah gilakan kamu sampaikan dia sanggup mengikuti segala perkembangan kamu dari jauh. Aunty tau ni semua salah aunty sebab larang hubungan kamu dulu. Aunty tak sangka Haikal akan jadi obses macam ni,” terang Datin Hanum lirih. Pening memikirkan nasib anaknya.

Syasya kelu. Badannya mula sejuk dingin. Perasaan takut menyerbu dirinya. Masih tak percaya kerana selama dia berhubung dengan Haikal, tiada tanda-tanda yang Haikal masih menyimpan perasaan terhadapnya. Sangkanya Haikal sudah menganggap dirinya hanya sebagai kawan.

“Tapi selama saya jumpa dengan dia, tak ada pula dia luahkan perasaannya terhadap saya,”

“Aunty tak tau apa motif dia sebenar. Tapi waktu dia tau yang kamu sudah bertunang, dia mengamuk di biliknya sampaikan dia sanggup cederakan tangannya semata-mata untuk lepaskan perasaan marah. Aunty tau kamu mesti terkejut bila dengar cerita ini. Aunty pun masih lagi tak percaya tentang semua ini,” ujar Datin Hanum sebak.

Syasya mengusap perlahan tangan Datin Hanum bagi menghilangkan perasaan sedihnya. Syasya tau pasti Datin Hanum kecewa bila melihat keadaan anaknya sebegitu, hati ibu mana yang tak sedih.

Datin Hanum mengenggem erat tangan Syasya. “Aunty tak akan mintak kamu tinggalkan tunang kamu semata-mata untuk anak aunty. Tapi aunty harap kamu dan tunang kamu hati-hati. Aunty tak berani jamin yang Haikal akan berdiam diri sebab dia ada cakap dengan aunty yang dia nak jadikan kamu milik dia, jadi tolong hati-hati,” nasihat Datin Hanum.

Syasya kini terdiam, cuba mencerna maksud Datin Hanum. “Insya-Allah, aunty jangan fikir bukan-bukan. Saya yakin Haikal tak akan buat perkara yang teruk, percayalah,” Syasya cuba menyedapkan perasaannya.

“Aunty harapnya begitu. Apa-apa pun aunty mintak maaf bagi pihak anak aunty dan aunty sendiri. Kamu memang baik Syasya. Aunty betul-betul menyesal kerana ikutkan ego aunty dulu.” Ujar Datin Hanum rendah diri.

Syasya tersenyum. Dia bersyukur kerana Datin Hanum sudah berubah. Itu pun dah cukup untuknya.

“Tak ada apalah aunty, anggap saja kami tak ada jodoh. Saya berharap Haikal akan dapat gadis yang baik untuk dirinya.” Doa Syasya. Datin Hanum sekadar mengangguk. Setidaknya pertemuannya dengan Syasya dapat melegakan perasaannya yang kusut selama ini. Harap sangat Haikal tidak melakukan perkara yang tak elok, doanya dalam hati.
**
Syasya termenung memikirkan perbualannya bersama Datin Hanum. Dirinya tak sangka Haikal masih menyimpan perasaan terhadapnya. Syasya mengeluh berat. Harapnya Haikal tak buat kacau pada hari penikahannya nanti.

Syasya mengacau minumannya yang masih belum habis, tiba-tiba seorang budak kecil menghampiri dan memberikan kad berbentuk love. Syasya sedikit terkejut tapi tetap menerimanya. Setelah kanak-kanak itu berlalu, Syasya segera membelek isi kandungannya.
Walau ke mana jua awak pergi, saya tetap akan bersama awak.

Syasya tersenyum mendengar ucapan tersebut. Sungguh ikhlas. Kerusi ditarik di hadapannya dan sejambak ros diletakkan di atas meja. Syasya tersenyum manis melihat insan di depannya.

“Awak buat apa kat sini Am?” soal Syasya.

“Saya memang nak jumpa awak pun dekat office tapi tak sangka pula awak duduk minum dekat sini. Tapi tadi saya nampak awak dengan seorang wanita, client awak ke?” soal Ammar.

Syasya cuba menyembunyikan kegugupannya. Mesti Ammar nampak dia bersama Datin Hanum. Untung saja Datin Hanum telah beredar.

“Ya client.” Syasya terpaksa mengiyakan. Belum tiba masanya lagi untuk Ammar tau soal kondisi Haikal. Syasya takut ia akan bertambah buruk jika Ammar mengetahui soal Haikal yang sangat obses terhadapnya.

“Oh patutlah nampak khusyuk sangat.” Balas Ammar selamba. Syasya sekadar tersenyum nipis.

“Am...kad ini memang dari awak, kan? Jadi selama ini, awak yang hantar semua kad-kad kecil tu? Mana awak tau rumah saya?” soal Syasya cuba mengubah topik. Ammar tersengih mendengar segala lontaran soalan dari Syasya. Sudah diagak yang Syasya pasti akan menyoalnya.

“Saya ikut awak. Kebetulan saya nampak adik awak dekat luar jadi saya minta dia kasikan dekat awak. Dekat pejabat awak, kad tu memang saya sengaja letak atas meja Intan. Tapi Intan tak tau yang saya letak, dia hanya tau saya ke sana sekadar untuk tau pasal awak saja. Awak jangan marah Intan ya, saya yang suruh dia rahsiakan soal kehadiran saya kat sana,” jelas Ammar.

Syasya hampir ternganga mendengar segala perbuatan Ammar selama ini. Terharu pun ada, rasa nak ketuk kepala dia sebab jadi stalker selama ini pun ada juga. Tak sangka Ammar sentiasa mengambil tau soalnya, sangkanya Ammar tidak ingin langsung ambil tau tentangnya.

“Saya mintak maaf sebab ego saya selama ini.” Syasya meminta maaf atas segala perbuatannya terhadap Ammar. Ammar menggeleng.

“Tidak sedetik pun hati saya untuk benci dekat awak, walau apapun saya buat untuk saya lupakan awak tapi hati saya tetap ada awak, Sya. Setiap doa saya tak lepas saya mohon agar dipanjangkan jodoh dengan awak. Alhamdulillah, Allah makbulkan,” jujur Ammar.

Syasya terharu. Sungguh hatinya juga merasakan perasaan yang sama. Macam-macam cara dia lakukan untuk membenci Ammar tapi tetap nama itu yang disebut dalam doanya.

“Saya hantar kad itu sekadar nak awak ingat tentang zaman sekolah dulu. Detik-detik perkenalan kita, bagi saya surat atau kad inilah penghubung antara kita.”

Syasya mengangguk setuju. Bagi Syasya hanya satu kad saja boleh mengubah moodnya kepada ceria. Mungkin itulah pengikat di antara mereka.

“So, Sya dah taukan perasaan saya yang sebenar dekat awak, jadi saya harap janganlah pergi dari hidup saya lagi. Cukuplah saya tak sanggup untuk kehilangan awak lagi,” sambung Ammar.

“Saya akan sentiasa bersama dengan awak, Am”. Janji Syasya. Pasti dia tidak akan tinggalkan Ammar lagi kerana saat ini hatinya milik Tengku Ammar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience