Bab 76

Romance Series 14495

Ammar menatap langit yang mula gelap. Jam di tangan baru menunjukkan pukul 8 malam tapi langit semakin kelam. Mungkin nak hujan, desis Ammar. Ammar membuka telefon bimbitnya, tentera gambarnya bersama Syasya sebagai penghias screen. Ammar tersenyum. Hatinya merintih rindukan senyuman Syasya. Kalau tidak disebabkan urusan kerja pasti dia tidak akan menghentikan rancangannya untuk memikat isterinya.

Satu tin air dihulurkan. Ammar menyambutnya sambil tersenyum.

“Thanks Tania,” ujar Ammar lalu menayangkan tin tersebut.

“No problem bos.” Balas Tania. Dia memerhati Ammar membuka dan meneguknya dengan rakus. Hai dahaga betul bos aku ni.

“Hei jangan tengok saya macam tu, kan jealous pulak tunang awak tu,” gurau Ammar. Tania tergelak. Cincin di jari manisnya dipegang. Baru dua minggu lepas dia sudah bergelar tunangan orang. Tentang perasaannya terhadap bosnya sudah lama dilupakan dan dia sudah dapat menerima kenyataan bahawa bosnya memang amat mencintai isterinya. Perasaan serba salah dalam diri Tania tentang apa yang terjadi dulu masih lagi menebal selagi tidak bertemu empat mata dengan Syasya. Tapi dia faham situasi bosnya saat ini, dia cuma berharap agar hubungan Ammar dan Syasya kembali seperti semula.

“Ha...kan saya dah kata. Termenung tu, teringatkan tunanglah tu,” usik Ammar.

“Mana ada bos. Ada-ada ajelah bos ni.” Rona merah mula memenuhi pipi Tania.

“Esok kita dah boleh balik. Tak payah nak rindu-rindu sangatlah,”

“Mestilah rindu bos. Orang tersayang. Takkan bos tak rindu isteri bos kut,” ujar Tania. Raut wajah Ammar berubah. Tania tersedar kesilapannya.

“Errr....sorry bos. Saya tak bermaksud nak....”

“Tak apa Tania. Saya memang tengah rindukan dia pun,” balas Ammar tersenyum tawar.

“Humm hari macam nak hujan ni bos, rasanya baik kita beransur balik dulu,” Tania cuba mengubah topik. Dia tidak enak bila melihat Ammar kelihatan sedih. Pasti dia rindukan Syasya.

Ketika melangkah menuruni tangga entah macam mana Tania hilang keseimbangan tetapi sempat disambut Ammar. Segera pinggang Tania dipaut kemas. Tania menghela nafas lega, kalau tak memang sudah tergoleklah dia dekat tangga tu. Ammar melepaskan pelukan bila Tania sudah menyeimbangkan badannya.

“Thanks bos for save me again,” ucap Tania sambil membetulkan bajunya.

“No, its okay. Lain kali hati-hati turun tu. Nasib saya ada, kalau tak entah apa jadi dekat awak.” Bebelan Ammar tidak diendah Tania.

“Tania....awak dengar tak apa yang saya cakap ni?” Ammar pelik bila Tania hanya mendiamkan diri.

“Puan Syasya,” sebut Tania perlahan tapi sempat didengari Ammar. Ammar berpaling ke depan. Ammar kaget bila melihat Syasya berdiri di depannya.

“Sayang?” Syasya menutup mulutnya. Tak sangka! Rupanya kedatangannya ke sini membuktikan kecurangan Ammar. Hatinya hancur bila melihat Ammar memeluk erat pinggang Tania.

Syasya berundur perlahan. Air mata yang merembes keluar tidak dipedulikannya, yang penting dia perlu beredar dari sini. Syasya segera berlari semampunya. Kini mengertilah Ammar bahawa isterinya sudah nampak situasi tadi dan mula salah faham tentang hubungannya dengan Tania.

Tania cuba mengejar Syasya tapi dihalang Ammar.

“Tak apa Tania, saya boleh uruskan. Awak balik aje bilik awak,” arah Ammar. Tanpa menunggu balasan Tania, Ammar segera mengejar langkah Syasya. Tania terkedu. Hatinya mula rasa serba salah atas apa yang terjadi.
**
Syasya masuk ke bilik yang disewanya dan segera menguncinya. Syasya terduduk di pintu. Syasya menyandarkan kepalanya dan tangannya memegang erat dadanya. Hatinya perit!

Ammar mengetuk pintu bilik Syasya bertalu-talu.

“Sayang buka pintu ini.....buka sayang. Biar abang jelaskan semuanya,” rayu Ammar.

Syasya menutup telingannya. Tidak ingin lagi dia mendengar apa-apa keluar dari mulut Ammar. Semuanya sudah jelas.

“Sayang, please. Buka pintu ni. Sya salah faham ni. Kita bincang elok-elok dulu ya,” Ammar tidak putus-putus mengetuk pintu bilik tersebut.

Syasya teresak-esak. Mengenangkan nasibnya. Tangannya diusap perlahan perutnya.

“Papa tipu kita nak, tipu ibu,” perih Syasya menuturkan kata-kata itu. Ammar yang mendengar luahan Syasya, tersentak. Air matanya mula mengalir.

“Tak...tak baby, papa tak pernah tipu baby. Tak pernah tipu ibu. Sya tolong dengar dulu penjelasan abang,”

“Tak ada apa lagi untuk dijelaskan. Awak boleh berambus dari hidup saya dan anak saya! Awak tak ada kena mengena lagi dari hidup saya!” Terduduk Ammar mendengar kata-kata Syasya. Sebenci itu ke Syasya pada aku? Tiada ruang kedua ke aku dalam hatinya?

“Sya....tiada secebis cinta ke Sya pada abang?”

Syasya menahan sebak yang semakin mengusai dirinya. Ya Allah tak pernah luntur cinta aku pada suamiku tapi apa aku mampu pertahankan hubungan yang tiada harmoni ni lagi?

“No...saya sudah tidak cintakan awak. So awak boleh berambus dan pergi dekat perempuan tu!” ujar Syasya keras. Hatinya dikeraskan agar tidak terjatuh lagi.

Ammar tidak percaya dengan pengakuan Syasya. Dia yakin ini semua kerana emosi Syasya yang tidak stabil jadi segala kata-kata yang keluar dari mulut Syasya tidak seiring dengan hatinya. Hujan mula turun dengan lebatnya, seakan-akan cuba menenggelamkan suara keesakan dua insan tersebut.

“Abang tak percaya. Walau apapun berlaku abang akan tunggu sayang di sini sampai sayang buka pintu ni.” Nekad Ammar. Meskipun dia sanggup dibasahi hujan sekalipun dia sanggup demi cintanya.

Ammar bangun dan berdiri di depan bilik Syasya. Hujan makin lebat berangin dan kerana teduhan di depan bilik tu agak kecil, tempias hujan tetap mengena Ammar. Ammar menahan dirinya yang sedikit sebanyak mula dibasahi hujan. Dia harus kuat!
**
Dua jam kemudian, Syasya bangun. Dia sudah semakin tenang. Keadaan hujan di luar semakin kuat. Syasya teringat kata-kata Ammar yang sanggup menunggu dirinya di luar. Takkanlah dia sanggup nak tunggu dalam keadaan hujan ribut macam tu, desis Syasya. Segera diendahkan perasaannya.

Syasya cuba untuk tidak memikirkan hal itu tapi hujan yang lebat membuatkan Syasya menyelak langsir biliknya. Hampir terjelopok bila melihat Ammar betul-betul menunggunya di luar. Keadaan Ammar yang basah kuyup membuatkan Syasya kelu. Segera dicapainya payung yang disediakan. Pintu dibuka perlahan.

Ammar tersenyum lemah bila melihat Syasya keluar.

“Sayang....”

Syasya mengesat air matanya lalu segera memayungi Ammar. Keadaan dirinya yang basah terkena tempias hujan tidak dipedulikan. Segera dia memimpin Ammar untuk masuk ke dalam. Ammar hanya mengikuti.

Syasya menutup rapat pintunya. Segera dicapainya tuala dan dikesat perlahan badan Ammar yang basah.

“Awak ni kenapa, dua jam berdiri kat luar tu. Awak patut balik ke bilik awak!” marah Syasya. Tangannya masih leka mengelap muka dan rambut Ammar.

Ammar tersenyum melihat kerisauan yang terpamer di wajah isterinya. Setidaknya dia tahu Syasya masih menyayangi dirinya.

Syasya menyedari dirinya yang berdiri dekat dengan Ammar, segera dihentikan perbuatannya. Syasya berpaling ke belakang. Hatinya masih sakit bila mengenangkan adegan mesra itu.

“Bila hujan dan reda, awak boleh balik ke bilik awak,” ujar Syasya tegas.

Ammar ingin menuturkan sesuatu tapi kepalanya mula pusing. Segera dipegang kepalanya. Matanya kian gelap.

Syasya pelik bila tiada reaksi dari Ammar. Lalu dia berpaling dan melihat Ammar sudah tidak sedarkan diri.

“Ammar!” Panggil Syasya lalu memangku kepala Ammar. Muka Ammar pucat. Syasya mula berdebar.

“Am, bangun.” Syasya menepuk perlahan pipi suaminya. Tangan suaminya dipegang. Sejuk. Kini kepalanya pula dirasa. Ya Allah, deman panas! Syasya berasa serba salah kerana membiarkan Ammar di luar selama dua jam. Setitik air mata menitik. Maafkan Sya, abang.....
**
Ammar membuka matanya perlahan. Tuala kecil di kepalanya diambil dan diletakkan di meja kecil di tepi. Ammar memandang Syasya yang lena di sebelahnya. Ammar tersenyum senang. Anak rambut yang menutupi wajah isterinya segera diselak perlahan. Tangannya menyentuh perlahan dari mata hingga bibir Syasya. Inilah wajah yang sentiasa dirinduinya siang malam.

Perlakuan Ammar membuatkan Syasya tersedar dari lenanya. Syasya terpana bila matanya bertembung dengan mata Ammar yang merenungnya. Syasya bingkas bangun. Macam mana aku boleh tidur sebelah dia ni?

Ammar cuba bangun tapi sakit kepalanya menghalangnya. Syasya mengambil air suam dan ubat.

“Nah makan ubat ni,” arah Syasya lalu menghulurkan panadol dan secawan air. Ammar menyambutnya dan menelannya. Syasya ingin bingkas bangun tapi tangannya dicapai Ammar.

“Sya kita bincang kejap,” ujar Ammar lemah. Syasya mengalah lalu duduk di sisi Ammar. Ammar tersenyum lalu membetulkan kedudukannya.

“Apa yang Sya nampak semalam tak seperti apa yang Sya fikirkan. Kitorang tak ada apa-apa hubungan. Percayalah....”

“Jadi apa yang saya nampak semalam apa? Oh awak nak kata yang kononnya dia hampir terjatuh dan awak sebagai hero nak selamatkanlah. Macam apa yang awak buat dekat sungai dulu, betul tak?” sindir Syasya. Ammar kelihatan serba salah.

“Betul kan...”

“Ya betul apa yang Sya cakap. Abang hanya nak....”

“Nak jadi penyelamat? Takut jadi apa-apa dekat kekasih awak tu. Its okay, a good story must have happy ending right? Okey, ceraikan saya dan pergilah dekat perempuan tu! Happy ending!” Syasya ingin berlalu dari situ tapi sekali lagi tangannya ditarik sehingga Syasya terjatuh dalam pelukan Ammar. Syasya meronta minta dilepaskan.

“Lepaskan saya Am! Lepaslah....”

“Sebegitu benci sekali ke Sya pada abang?” Pertanyaan Ammar menghentikan rontaan Syasya.

“Abang betul-betul tak ada dalam hati Sya lagi ke? Kenapa Sya tak habis-habis mintak abang lepaskan Sya. Abang tak mampu Sya...abang tak nak berpisah lagi dengan sayang. Abang mintak maaf untuk semua salah abang pada Sya selama ni. Baby, papa mintak maaf sayang, jangan tinggalkan papa,” rayu Ammar sebak. Berderai air mata Syasya.

Ammar mencium perlahan dahi Syasya sebelum meleraikan pelukannya. Segera Ammar turun dari katil.

“Sya rehatlah, abang balik bilik dulu. Abang tau Sya tak nak tengok muka abang saat ni. Terima kasih sebab jaga abang.” Ujar Ammar lalu menilik jamnya, hampir pukul enam pagi. Hujan pun dah reda, baik dia pulang ke biliknya. Dia ingin Syasya menenangkan hatinya.

Syasya memejam matanya seketika. Nafasnya dihela berat. Hatinya ingin menahan Ammar tapi badannya kaku membiarkan Ammar pergi.
**
Syasya mengheret begnya. Hatinya ingin pulang ke rumah dan menyesaikan apa yang patut. Keputusan sudah diambil. Apa lagi yang dia tunggu di sini. Hubungannya dengan Ammar juga tidak mampu diselamatkan lagi.

“Puan Syasya!” Panggilan seseorang menghentikan langkah Syasya. Kelihatan Tania dan seorang lelaki yang tidak dikenali menghampirinya.

“Puan Syasya dah nak balik ke?” soal Tania ramah.

“Ya,” jawab Syasya sepatah. Dah kenapa pulak perempuan ni nak buat baik dengan aku, bukan dia benci aku ke?

Jawapan dingin Syasya membuatkan Tania serba salah.

“Oh puan kenalkan ni Haziq, tunang saya,”

Syasya tersentak. Tunang! Segera dia berkalih pada jejaka yang berkaca mata hitam itu. Jejaka yang dikenalinya dengan nama Haziq itu menghadiahkan senyuman, Syasya sekadar mengangguk. Jelas riak wajahnya masih tidak percaya. Kalau dia sudah bertunang apa hubungannya dengan Ammar?

“Sayang, you tunggu I kat cafe boleh? I ada hal nak bincang dengan puan Syasya.” Ujar Tania pada tunangnya. Haziq mengangguk lalu segera beredar. Tania mengajak Syasya untuk duduk di bangku yang berhampiran mereka. Syasya akur.

“Saya tau mesti puan terkejut dengan apa yang terjadi semalam. Tapi jujur saya katakan yang saya dengan bos tak ada apa-apa hubungan even dari dulu pun.” Luah Tania.

“Saya aje dulu yang syok sendiri. Padahal bos tak pernah ada apa-apa perasaan pada saya. Saya tau dari dulu sampai sekarang hanya nama puan saja dalam hati dia.” Sambung Tania. Syasya terdiam. Cuba mencerna satu persatu.

“Puan, tak terlambat lagi untuk puan betulkan keadaan. Cinta bos pada puan sangat besar. Puan beruntung dapat suami macam bos,” nasihat Tania. Memang tidak layak untuk dia memberikan pandangannya tapi dia suka bosnya yang dulu yang sentiasa ceria bila bekerja. Bukan bosnya yang selalu bersedih dan memendam rasa.

“Saya mintak maaf,” ujar Syasya. Hatinya sedih dengan apa yang dia lakukan pada Ammar.

“Puan tak payah mintak maaf pada saya. Saya yang patut mintak maaf pada puan sebab pernah berniat ingin rosakkan rumah tangga puan dulu. Maafkan saya ya puan, atas apa yang terjadi ni,” ucap Tania. Syasya tersenyum mendengar pengakuan Tania.

“Its okay. Terima kasih kerana cuba menjelaskan keadaan yang sebenar. Terima kasih kerana halang saya untuk melakukan kesalahan yang terbesar dalam hidup saya. Terima kasih Tania,” Syasya memeluk Tania. Tania menghela nafas lega.
**
Setelah selesai perbualannya bersama Tania, Syasya mencari kelibat Ammar di sekitar resort. Namun tidak ditemuinya. Syasya pergi ke bilik Ammar namun Ammar tiada di dalam biliknya. Syasya buntu. Mana Am pergi?

Syasya mencari hingga ke persisiran pantai. Syasya menarik nafas lega bila melihat Ammar yang sedang mengadap pantai. Syasya melangkah perlahan ke arah Ammar tanpa disedarinya. Syasya memeluk Ammar dari belakang.

“Maafkan Sya, abang!” ujar Syasya lirih. Ammar sedikit terkejut melihat kemunculan Syasya. Segera dia mengadap Syasya yang sudah dibanjiri air mata. Segera diseka perlahan air mata itu.

“Abang dah lama maafkan sayang. Abang yang patut mintak maaf sebab lukakan hati sayang, Abang dengan Tania....”

“Sya tau.” Potong Syasya.

“Apa yang sayang tau?” Ammar pelik.

“Tania dah ceritakan semuanya. Sya mintak maaf sebab dah salah faham dengan abang. Sya mohon ampun atas segala yang Sya lakukan pada abang. Sya memang isteri derhaka pada suami,” Syasya mengucup tangan suaminya.

“Tak...Sya. Sya bukan isteri derhaka. Abang dah lama maafkan dan abang redha atas segalanya. Abang terima atas segala hukuman ini. Hukuman atas apa yang abang lakukan pada sayang. Jadi please jangan hukum abang lagi. Jangan tinggalkan abang!” pinta Ammar.

“Sya janji, Sya tak akan tinggalkan abang lagi. Hanya maut yang dapat pisahkan kita,” Janji Sya. Ammar tersenyum. Perlahan Ammar memeluk Syasya.

“Terima kasih abang kerana masih menerima Sya dalam hidup abang.”

“Terima kasih juga kerana jaga abang waktu abang koma dulu.” Syasya terkedu. Segera dihuraikan pelukan dan memandang wajah Ammar.

“Mana abang tau?”

“Walaupun abang tak sedar tapi abang dapat dengar bicara sayang. Abang dapat rasa yang Sya ada di sisi abang.” Balas Ammar lalu mengusap perlahan pipi Syasya. Sekali lagi Syasya memeluk erat Ammar.

“Waktu tu Sya takut....takut sangat untuk kehilangan abang, Syukur, alhamdullilah, Allah makbulkan doa Sya agar abang kembali sedar. Maafkan Sya sebab tiada di sisi abang waktu abang sedar.”

“Dah, kita lupakan tentang hal ini. Sya dah kembali pada abang itu pun sudah cukup untuk abang. Kita mulakan hidup baru ya sayang,” Syasya mengangguk perlahan.

“Abang janji, abang tak akan sakiti Sya lagi. Abang cintakan sayang hingga hujung nyawa abang.”

“Sya juga cintakan abang sepenuh jiwa Sya.”

“Sya segalanya untuk abang.” Bisik Ammar ke telinga Syasya. Syasya tersenyum dalam pelukan Ammar. Ya Allah kekalkanlah kebahagiaan ini! Amin Ya Rabba Ala Min.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience