Chapter 49

Romance Completed 11698

Haryanti sangat teringat pada bapanya yang sedang terlantar itu. Pagi itu di pejabat, Haryanti rasa dia patut berpindah ke rumah ibu bapanya. Haryanti simpati sangat dengan susah payah ibunya menjaga dan merawat bapanya setiap hari seorang diri. Hari itu juga Haryanti telefon kawan serumahnya yang dia nak keluar rumah sewa dan akan bayar sewa terakhir akhir bulan tu.

Haryanti sampai ke rumah petang itu. Puan Nisah menyambut Haryanti dengan gembira dan bertambah gembira bila melihat Haryanti bawa banyak barang. Haryanti tak kata pada ibunya yang dia nak pindah terus tapi ibunya tahu apabila melihat banyak barang bersama Haryanti. Apabila ibunya menjenguk ke luar rumah, rupanya ada sebuah kereta Pajero yang datang bersama Haryanti tadi. Kereta siapa itu?

“Assalamualaikum, mak cik!” seorang lelaki keluar dari Pajero itu dan bersalaman dengan Puan Nisah.

Puan Nisah terkejut juga walaupun menghulurkan tangan bersalaman. Haryanti kemudian terus beritahu ibunya dan memperkenalkan lelaki itu adalah Badrul, kawan Haryanti yang tolong dia pindah angkat barang.

Rupanya Haryanti datang dengan dua buah kereta, satu kereta lagi, Pajero dipandu Badrul, kereta kepunyaan bapa Badrul. Tadi bila Haryanti cerita kat Badrul dalam telefon yang dia nak pindah rumah, Badrul terus menawarkan diri membantu. Haryanti nak tolak tak boleh juga, kalau tolak, bukan ada orang lain yang nak bantu dia.

Haryanti tak kekok duduk di rumah itu, lagipun itu rumahnya. Apa yang paling penting, Fuad tak akan datang lagi ke rumah itu sebab masih di hospital. Mimpi malam tadi terus bermain di fikiran Haryanti. Tiap kali menyuapkan makanan bubur ke mulut abahnya, Haryanti menitiskan air mata. Sukar untuk Haryanti memberi penjelasan, kenapa air mata itu senang-senang saja menitis. Tuan Hashim turut bersedih bila melihat keadaan anaknya yang sedih itu. Abahnya tahu makna titisan air mata anaknya itu tapi semuanya sudah terjadi.

“Yanti... duduklah rumah ni, abah gembira Yanti ada di samping abah,” kata Tuan Hashim dengan suara yang terketar-ketar dan perlahan.

Suara itu membuatkan Haryanti terus sedih dan semakin mencurah- curah air matanya mengalir. Puan Nisah yang berdiri di belakang Haryanti turut mengalirkan air mata.

“Ya, abah. Yanti dah duduk sini dan...,” Haryanti tak berupaya menghabiskan ayat itu. Dia terus menangis dan menahan sebak di dada. Terpaksa dia lupakan saja, apa ayat yang nak diucapkan itu.

Puan Nisah cerita pada Azizah melalui telefon yang Haryanti dah pindah balik ke rumah. Gembiranya rasa hati Azizah kerana itu yang diharapkan selama ini. Dan, satu cerita sensasi yang diceritakan ibunya adalah kehadiran seorang lelaki yang datang bersama tolong Haryanti angkat barang pindah. Bila ibunya cerita lelaki dengan menggambarkan fizikalnya, Azizah tahu itulah Badrul. Azizah terus anggap Haryanti dan Badrul ada hubungan istimewa dan sedang bercinta walaupun Azizah tak berapa pasti.

Terfikir juga Azizah untuk berjumpa Badrul yang duduk setaman dengannya tanpa pengetahuan Haryanti. Tujuannya adalah untuk menyelesaikan beberapa perkara yang belum selesai, antaranya mengenai jodoh Haryanti. Azizah cuba untuk rapatkan lagi Badrul dengan Haryanti kalau benar mereka berdua sedang bercinta. Kalau boleh nak jodohkan Haryanti dengan Badrul. Suami Azizah pun tak tahu pertemuan ini kerana Azizah bimbang kalau suaminya tidak menyebelahinya dalam perkara ini. Mereka bertemu di sebuah restoran makanan segera di pasar raya IOI Mall Puchong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience