Chapter 59

Romance Completed 11698

KHALIL ada banyak benda nak difikirkan daripada soal kerja sebagai penguat kuasa hingga ke masalah peribadi Man Burger. Dia tahu, Hazman benar-benar mengharapkan pertolongannya, macam nada P. Ramlee dalam Filem Kasim Selamat, “pertolongan yang penghabisan kali” masa suruh tunjukkan di mana kuburnya Sabariah. “Baiklah...,” kata mak mentua Kasim Selamat.

Khalil tak patut tunggu lama nak tolong Hazman, kalau ditangguh mungkin jadi berpanjangan pulak. Patutnya hari tu Sabtu, Khalil dah ada buat perancangan dan lakukan permulaan usahanya itu. Tapi hari tu nampaknya dia tak boleh bergerak ke mana. Bila-bila masa saja, seorang Ketua Inspektor polis, ketua balai polis di situ akan telefonnya berkaitan satu kes.

Ini kes bukan selalu berlaku, iaitu kes mengandung luar nikah dan percubaan hendak jual anaknya kepada seorang keluarga bukan Islam. Semalam, Khalil bersama penguat kuasa dan polis tersebut telah ke sebuah hotel murah dan mendapati seorang lelaki dan seorang wanita yang sarat mengandung menyewa dua bilik hotel. Wanita itu sedang menunggu hendak bersalin manakala lelaki pasangannya di bilik sebelah menemaninya. Dikatakan bila-bila masa saja wanita ini akan dihantar ke sebuah klinik swasta tak jauh dari situ yang akan diuruskan oleh satu pasangan suami isteri bukan Islam. Maklumat awal yang diterima, anak yang bakal lahir itu akan dijual kepada pasangan itu dengan bayaran ribuan ringgit.

Penguat kuasa dan polis telah memasang kaki di hotel dan klinik itu. Maka bila dihantar saja ke hospital dan bersalin, tangkapan akan dibuat oleh penguat kuasa dengan kerjasama polis. Jadi hari itu atau esok, berkemungkinan besar wanita itu akan melahirkan anak kalau diikutkan jangkaan laporan pemeriksaan perubataan. Maka, Khalil perlu berada di JB dan fikirannya lebih tertumpu kepada kes itu iaitu perancangan dan persiapan menghadapinya.

Dalam kes Hazman ini, kekadang rasa macam ada benda yang tak kena. Ada satu perkara yang dirasakan macam melanggar adat. Tapi sekali fikir lagi, adat pun kadang-kadang perlu diketepikan demi kebaikan semua pihak. Kali ini Khalil nak buat macam tentera, nekad saja, berjaya atau tidak belakang kira. Kalau tak buat dan tak cuba, sampai bila nak berjaya. Khalil yakin dia boleh berjaya berdasarkan sokongan dan harapan yang Hazman berikan itu. Gambaran kejayaan serba sedikit Khalil sudah bayangkan. Kalau tak berjaya macam mana?

Syira sedang dalam kebingungan. Sudah jam 3.00 petang, Hazman masih belum balik rumah dan Nizar masih belum muncul. Pasal abangnya, Syira tak kisah sangat, tapi Nizar tu... dia risau yang amat sangat dan terfikir, apakah yang berlaku kepada adiknya itu. Adakah terlibat kemalangan atau kena tahan polis atau motosikal rosak...? Berserabut kepala Syira. Elok-elok datang JB nak tenangkan fikiran, begini pulak jadinya. Kalau Nizar balik nanti, siap Syira bebelkan berguni-guni. Syira tak boleh buat apa sekarang, cuma mampu menunggu.

Badrul berjumpa Azizah di sebuah kedai makan di PJ di luar pengetahuan suami Azizah. “Kak, Badrul tak mahu kehilangan Yanti...!”

Azizah tunduk sambil giginya menggigit bibir bawahnya serta terdiam seketika.

“Kak, bila kakak cerita pasal Mat Burger, Badrul teringat akan kata-kata Yanti selama ini...,” kata Badrul.

Azizah terkejut dan nak tahu sangat cerita Badrul selanjutnya.

“Pernah kami keluar berdua dan beli burger di tepi jalan. Masa makan burger tu, Yanti memuji sangat penjual burger itu walaupun tak kenal... Yanti selalu ungkapkan kata-kata, jangan pandang rendah pada seorang penjual burger tepi jalan. Pernah lagi dalam masa lain, Yanti kata dia nak jadi penjual burger yang berjaya,” cerita Badrul.

“Kak, Badrul dalam ketakutan sekarang ini, tolong kak!”

“Kakak akan terus menyokong Badrul dan akan berusaha merapatkan kau berdua. Jangan risau, Badrul. Yanti ke JB kerana berkursus, esok katanya balik. Jangan risau, jangan fikirkan yang bukan-bukan,” pujuk Azizah.

“Badrul tahu, kak. Tapi kenapa panggilan dan SMS Badrul satu pun tak berjawab? Badrul tak ada buat salah atau bergaduh dengan Yanti sebelum tu. Kenapa Yanti buat Badrul begini, Yanti seksa hidup Badrul….”

Azizah tak boleh jumpa Badrul lama kerana dia berpesan pada suaminya nak keluar sekejap saja. Azizah dah beberapa kali cuba nyatakan hasrat Badrul itu pada Haryanti sebelum ini, tapi adiknya pusing cerita lain.

Sementara itu Haryanti menelefon Nani untuk meminta pendapat sahabatnya itu tentang tawaran kerja yang dia dapat.

“Nani, apa pendapat kau dalam keadaan aku macam ni. Perlu ke aku terima tawaran bos aku ni untuk pindah ke JB semula atau aku terus di KL saja?”

“Fikir baik-baik, Yanti. Kalau kau salah langkah, kau akan menyesal selama-lamanya.”

“Jadi pada kau, aku perlu terus di KL saja?”

“Aku rasa begitu, kalau kau pilih ke JB belum tentu apa yang engkau cita-citakan tercapai. Lagi satu, ini kau yang pilih, bukan arahan berpindah, itu lain. Kalau kau diarahkan bertukar tapi kemudian cita-cita kau tidak terlaksana, kau tak menyesal sangat sebab itu bukan pilihan kau. Tapi kalau kau sendiri yang pilih tapi tidak berjaya, aku rasa kau akan menyesal sangat. Yanti, jangan ulangi penyesalan yang sebelum ini,” kata Nani.

Walaupun serba sedikit nasihat Nani itu bertentangan dengan perasaan Haryanti sebelum ini, tapi dia tetap menghargai nasihat kawan baiknya itu. Lagi pun, masa yang dia ada dalam seminggu, lama juga masa tu.

Dalam jam 3.30, Syira dengar bunyi motosikal masuk ke rumah. Cepat-cepat Syira buka pintu dan dilihatnya Nizar masuk dengan muka selamba. Syira menyambut dengan cekak pinggang, berasap memang tak boleh cakaplah Syira. Ke mana Nizar pergi begitu lama? Hazman pula, pergi mana? Sikit-sikit Aboi yang disuruh hantar makanan. Darah Syira dah naik sampai ke kepala dan atas rambut. Apa berlaku seterusnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience