Chapter 58

Romance Completed 11698

SELEPAS makan tengah hari, masa nak naik lif, tiba-tiba ada lelaki panggil Haryanti. Haryanti berpaling untuk melihat siapa yang memanggilnya.

“Azhar! Encik Tasim! Kenapa ada kat sini?”

“Kenapa ada kat sini kata kau? Nak jumpa kaulah, Yanti. Kau ni kusus kat JB senyap saja tak beritahu kita orang!” kata Azhar, Tasim pula tersenyum saja.

“Aku sibuklah, kursuskan jadual ketat, tak sempat jumpa kawan-kawan lama. Macam mana kau orang tau aku kursus kat sini?” Tanya Haryanti dengan gembira.

“Nikan tempat aku, orang yang sama-sama kusus beritahu aku,” jawab Azhar.

Mereka seronok berbual dan Haryanti nampaknya ceria melayan kawan lamanya itu. Macam-macam cerita, daripada pasal pejabat sampai pasal benda lain. Mereka berbual bertiga di sofa hotel, kawan-kawan sekursus Haryanti semua dah naik bilik. Bila tengok jam, ada dalam sejam lebih mereka boleh berbual sebelum masuk ke dewan nanti.

“Yanti, kau tak nak pindah JB ke?” tanya Tasim, ketua kerani tu.

Haryanti terdiam seketika, dalam fikirannya kenapa pula itu yang ditanya? Dia renung muka Tasim yang serius dan macam tak bergurau tu. Tasim dengan Azhar berbeza, Azhar ni banyak bergurau, Tasim tak.

“Pegawai kat sini ada empat kekosongan sejak ada wujud jawatan baru ni termasuk ketua unit. Dah beberapa bulan tidak diisi, susah juga kami kat JB ni,” kata Tasim lagi.

“Betul, Yanti. Bos beberapa kali kata, sejak kau tak ada kat JB ni kerja kita kurang kemas sikit. Susah nak cari pengganti orang yang macam kau ni,” tambah Azhar.

“Mengarutlah kau, Azhar. Inilah dunia. Masa kita kat sini dulu, pindahkan kita. Sekarang baru nak sebut-sebut pula. Ish, cukuplah! Ingat senang ke aku nak kembali semula ke JB ni…?”

“Bos kita tu baik. Garang-garang dan tegas dia tu tak pernah simpan dalam hati. Yanti kena tukar tu sebenarnya bos pun tak tahu dan tak ada peranan, itu arahan ibu pejabat,” kata Tasim. Haryanti terdiam sebab cakap Tasim tu macam serius dan Tasim tak suka berdalih.

“Yanti, sebenarnya kami datang ni atas arahan bos juga, suruh jumpa dengan kau,” kata Azhar.

“Bos yang suruh? Kenapa ye?”

“Bos suruh tanya kau. Nak pindah ke JB ni untuk memangku jawatan salah satu ketua unit?” tanya Tasim.

“Ketua unit? Mengarutlah! Apa kelayakan saya, unit mana?” Haryanti kehairanan.

“Unit mana tu kami tak boleh beritahu, nanti bos akan beritahu. Bos cuma minta tanyakan kau saja, nak ke tak?” Tasim menjelaskan.

“Terima kasihlah, Encik Tasim dan Azhar. Semua tak tahu perasaan saya yang masih terluka. Saya ni dah macam bola dan kena lantun sana sini. Siapa yang tak bengang...?”

“Itu terpulang pada kau, Yanti. Bos cuma tanya sama ada kau nak atau tidak. Kalau kau tak nak pun tak apa. Cuma bos dah kenal kau lama dan dah tahu cara kau bekerja, sebab tulah dia cadangkan nama kau. Bos tak ada masalah nak cadangkan ke ibu pejabat,” kata Tasim, yang lain terdiam dan mendengar baik-baik percakapan Tasim itu.

“Ini peluang baik, dapat jadi ketua unit dan memangku gred yang lebih tinggi. Faham-fahamlah, kalau dah memangku tu, dah tak lama dapat jawatan tetap. Terpulang pada Yanti, dan Yanti fikirlah baik-baik peluang ini,” kata Tasim lagi.

“Bos tahu kepakaran kau dalam bahasa Inggeris dan IT, bukan semua orang ada kepakaran macam kau. Sebab tu bos cadangkan nama kau,” sambung Azhar.

Haryanti tunduk dan memikirkan sesuatu. Dia percaya, bosnya itu ikhlas selepas diberi penerangan oleh Tasim dan Azhar itu.

“Terima kasih, Encik Tasim dan Azhar. Biarlah saya fikir dulu,” putus Haryanti.

“Itu sebaiknya, fikirkan dulu. Dan kalau boleh dalam masa seminggu ni saya akan telefon Yanti. Bos pun nak tahu cepat juga, nak cadangkan nama ke ibu pejabat,” kata Tasim.

Perbualan mereka berakhir di situ. Haryanti kena naik ke bilik, nanti nak bersiap nak masuk sesi seterusnya di dewan. Pertemuan dia dengan rakan sepejabat lamanya itu seperti memberikan sinar baru dalam hidup Haryanti. Adakah dia akan balik ke JB semula?

Dalam dewan, Haryanti sikit pun tak ada tumpuan, tumpuannya dah lari betul. Dia nak terus di KL ke atau pindah JB? Tapi apa yang ada di JB? Man Burger? Ish... Haryanti berbelah bagi. Cukuplah peristiwa hitam yang melanda keluarga mereka selama ini, fikir Haryanti. Tak tenang betul hari itu.

KL atau JB, sekarang terletak di bawah keputusannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience