Chapter 46

Romance Completed 11698

SAMPAI saja Azizah ke rumah sewa Haryanti, gadis itu diberitahu tentang Fuad kemalangan di Bentong. Berita masih kurang jelas mengenai keadaan Fuad, adakah selamat atau tidak. Berita yang diterima Azizah, Fuad berdua dengan kawannya hendak ke Kelantan. Dalam perjalanan itu, dia terlibat dalam kemalangan. Kawan Fuad disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, tapi Fuad masih belum dapat berita yang sahih. Isteri Fuad sudah dalam perjalanan ke sana pun belum dapat mengetahui keadaan suaminya. Azizah cuba pujuk Haryanti untuk pergi menziarahi abangnya tapi Haryanti enggan.

“Yanti, kakak tahu apa perasaan kau pada Fuad, tapi dia tetap abang kau. Dulu kau kecil-kecil, Fuad rapat dengan kau. Kau adik yang dia sayang,” pujuk Azizah. Suami Azizah menunggu mereka di dalam kereta.

Teapi hati Haryanti tetap tak lembut juga. Haryanti menangis dan tak dapat kata apa-apa. Dalam hatinya tetap rasa sakit hati pada abangnya walaupun ada rasa simpati terhadap isteri dan anak-anak Fuad. Haryanti terkenangkan, bagaimana zalim dan samsengnya Fuad dengan rakan-rakannya membelasah Hazman seorang diri. Adakah hari ini hari pembalasan bagi Fuad?

Inikah hari yang Allah tunjukkan dan makbulkan doa Hazman yang dianggap sampah itu? Terfikir juga Haryanti, bagaimana kalau Hazman dapat berita ini, apa perasaannya? Haryanti percaya, Hazman akan kata ini pembalasan Allah SWT pada orang yang pernah membelasahnya dulu... Azizah sampai mengheret tangan Haryanti tapi Haryanti tetap tidak berganjak.

“Haryanti... kakak harap kau dapat ke Bentong bersama kakak. Kakak sampaikan salam Kak Wani yang benar-benar nakkan kau datang. Kakak simpati dengan Kak Wani dan anak-anak dia, dia banyak rasa bersalah pada kau,” pujuk Azizah bersungguh-sungguh.

Haryanti terdiam, kemudian menangis. Hatinya tersentak dan sedih bila kakaknya sebut nama isteri Fuad dan anak-anaknya.

“Dari itu hari Kak Wani nak minta maaf dengan kau, tapi tidak ada kesempatan. Maafkan Kak Wani dan Abang Fuad kalau kau terasa hati. Kak harap, kau jangan simpan dendam sesama kita adik-beradik,” kata Azizah lagi.

Haryanti akhirnya mengalah juga. Dia turut sama ke Bentong lebih kurang jam 10.00 itu. Perjalanan lebih kurang sejam, mereka terus ke Hospital Bentong. Di sana, adik-beradik Haryanti hampir semuanya ada kecuali mak dan abah Haryanti yang tak dapat datang. Berita yang disahkan oleh pihak berkuasa, kemalangan berlaku dalam perjalanan antara Bentong ke Raub menaiki kereta yang dipandu Fuad. Keretanya bertembung dengan lori kelapa sawit dalam cuaca hujan lebat. Kawan Fuad mati di tempat kejadian. Fuad pula cedera parah dan masih di wad kecemasan. Semua ahli keluarga belum dibenarkan melawat Fuad.

Wani, isteri Fuad yang tidak berhenti menangis dari tadi menyedari kehadiran Haryanti setelah diberitahu Azizah. Wani menerpa ke arah Haryanti dan memeluk Haryanti dengan erat sambil meraung kesedihan.

“Maafkan Abang Fuad!” tangis Wani. Haryanti diam saja.

“Haryanti, doakan Abang Fuad panjang umur. Tolonglah Yanti, maafkan Abang Fuad...!”

Pelukan itu begitu kemas dan Wani seperti orang kurang siuman. Mata Haryanti memandang ke arah anak-anak Fuad yang tidak berhenti menangis. Wani ditenangkan oleh Azizah dan adik-beradik lain. Haryanti tetap membisu, tidak berkata apa-apa, menambahkan perasaan sedih isteri Fuad itu. Tiba-tiba anak Fuad yang berusia lima tahun, memeluk lutut Haryanti sambil menangis. Haryanti jadi sedih serta-merta dan terbit rasa simpati melihat anak saudara yang dulunya rapat dengannya. Tapi hati Haryanti tetap berkeras, dia sudah buang abangnya itu jauh-jauh. Sukar untuk mengembalikan semula zaman kemesraan adik beradik seperti dulu.

Berbanding orang lain, Haryanti saja yang tak berbual dengan sesiapa, sebaliknya lebih suka merenung ke luar bangunan hospital. Haryanti teringat peristiwa Hazman bertarung dengan nyawa di bilik pembedahan angkara Fuad sendiri. Hari ini, Fuad pula bertarung nyawa.

Malam itu juga, setelah hampir setengah jam berada di hospital itu, Haryanti ajak Azizah balik. Dia macam tak mahu lama di situ, lagi pun esok kerja.

“Yanti nak balik? Kan belum dapat tengok Abang Fuad lagi?” kata Azizah.

Haryanti tak kata apa-apa dan dia pergi ke arah tangga untuk turun. “Tak apa, kalau kakak tak nak balik, Yanti naik teksi.”

Malam-malam begini adakah teksi dari Bentong ke KL? Haryanti terus turun dari tangga di tingkat satu itu untuk turun ke bawah, Azizah pula mengekori di belakang sambil memanggil-manggil nama Haryanti. Haryanti bukan main-main, dia nak balik ke KL betul. Tapi naik apa? Berani dia seorang diri malam buta itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience