Chapter 54

Romance Completed 11698

BUKAN susah untuk Haryanti cari Hotel Grand Continental JB, dia dah biasa lalu lalang di situ. Haryanti letak kereta di bahagian atas. Dia mendaftar diri pada urus setia kursus dalam pukul tiga petang dan diberikan bilik katanya berdua tapi waktu tu hanya dia seorang saja dalam bilik tu. Dia tak kisah siapa teman sebiliknya sebab Haryanti seorang, tak ada kawan.

Semasa ketiadaan Haryanti di rumah, Azizah kerap ke rumah bapanya terutama waktu malam dan balik kerja. Kalau harapkan ibunya seorang, bimbang juga. Tuan Hashim nampaknya dah beransur pulih, hanya tangannya saja yang masih belum kuat. Berjalan perlahan-perlahan dalam rumah sudah boleh, tapi masih lemah. Suatu yang mengejutkan, ketiadaan Haryanti itu diambil peluang oleh Fuad untuk menziarahi bapanya. Sejak Fuad kemalangan, dia tak pernah melawat bapanya. Sudah tentu Fuad rasa tak mahu bertemu Haryanti yang dah pindah ke rumah bapanya.

Fuad bukan sihat macam dulu. Dia sekarang terpaksa bertongkat dan dipapah oleh isterinya. Fuad menangis sambil bersalaman dengan bapanya tanpa mengeluarkan kata-kata. Azizah, ibunya dan Wani turut sedih melihat keadaan Fuad sebegitu. Terfikir juga, bagaimana kalau Haryanti ada di situ pada waktu itu. Adakah mereka adik beradik akan berbaik semula. Pada Azizah, yang sudah-sudahlah, bergaduh panjang-panjang adik-beradik ni tak akan ke mana.

Syira ada semacam tak kena, terutama bila teringatkan Hazman. Lebih lagi waktu itu Syira fikir yang Haryanti ada di JB. Syira rasa nak saja aturkan pertemuan Hazman dan Haryanti di JB. Syira rasa, mak dan abahnya sudah boleh menerima Haryanti dalam keluarganya. Meronta-ronta perasaan Syira untuk berusaha merapatkan semula Haryanti dan abangnya.

“Nizar, esok pagi kita pergi JB rumah Abang Man nak tak?” tanya Syira pada Nizar malam tu.

“Pergi JB? Boleh juga. Tapi mak kasi ke?” tanya Nizar semula.

Nizar sebenarnya seronok di JB, dapat juga duit bantu Hazman jual burger dan kehidupan di bandar ni menyeronokkan bagi Nizar.

“Tak apa, nanti kakak cakap pada mak,” putus Syira.

Alasan yang diberikan pada ibunya iaitu untuk membeli barang keperluan di JB sebelum masuk universiti meyakinkan ibunya. Ibunya mengizinkan tapi berpesan janganlah lama-lama di JB, bimbang juga ibu di kampung. Jadi bersiaplah dengan beg pakaian masing-masing untuk naik bas esok pagi. Cuma hasrat itu tidak diberitahu pada Hazman malam tu. Syira fikir, kalau Hazman ada di rumah, boleh tidur di rumah abangnya itu. Kalau tak ada pun, masih sempat naik bas balik kampung hari yang sama.

Syira teringat kata-kata Haryanti tadi pasal jodoh Hazman dan Haryanti. Betul jodoh itu ketentuan Ilahi, Syira tak nafi. Sesekali ada juga rasa hati Syira memarahi Hazman. Kenapa terus membisu dan tidak menghubungi Haryanti lagi. Kalau tidak pun, kenapa abangnya itu tak berterima kasih pada

Haryanti yang sudah menyumbangkan wang ringgit RM 10,000 untuk pembedahan Hazman dulu. Syira percaya yang Hazman belum pulangkan duit itu pada Haryanti. Jadi, kalau esok, kalau berjaya Syira mempertemukan semula Hazman dan Haryanti, ada banyak yang dapat diselesaikan.

Kalau Haryanti kata jodoh dia, biar dia yang fikirkan, orang lain tak payah fikir, tak apa. Syira ada alasan lain nak pertemukan Hazman dan Haryanti. Antaranya kalau boleh Hazman pulangkan semula wang RM 10,000 itu. Itu pun kalau Haryanti tak kecil hati, kalau tidak nanti susah juga. Syira faham, kalau dia berada di tempat Hazman atau Haryanti, ada banyak perkara yang menyukarkan hubungan mereka.

Malam tu Syira tidur lambat walaupun sudah masuk bilik dan tutup lampu bilik awal. Syira nak yang terbaik dalam hidup Hazman, sebagai membalas jasa abangnya. Syira sedih, dalam kegembiraan dia, Nizar dan mak ayah kerana kejayaan dalam SPM dan STPM, kenapa Hazman saja yang masih belum gembira?

Malam tu juga, Haryanti tak ada program yang ketat sangat. Sekadar makan-makan dan sesi suai kenal dengan peserta kursus lain. Dia sebilik dengan seorang pegawai dari Kelantan yang sudah berkahwin, umur sebaya dengannya. Dalam jam 9.00 malam, tak ada program lagi dan sudah boleh balik ke bilik. Perasaan Haryanti sungguh kuat untuk keluar bersiar-siar melihat suasana malam di JB. Paling kuat adalah untuk pergi melihat gerai Hazman dari jauh. Tempatnya tak jauh sangat, dan tak ambil masa yang lama untuk sampai. Hasrat untuk bertemu atau menelefon Hazman, tidak sama sekali, desak hati kecil Haryanti.

Selama ini dia sudah lontar dan buang Hazman dalam dirinya jauh-jauh. Dia sudah berjaya melakukan semua itu berbulan-bulan malah hampir setahun juga. Tapi malam itu, suasana sejuk di bilik hotel itu telah menyentap perasaannya untuk mengintai ke gerai Hazman. Haryanti akhirnya keluar dari hotel seorang diri setelah kawan sebiliknya tak mahu ikut sama sebab keletihan perjalanan yang jauh. Bila dia hidupkan enjin kereta, dia terfikir balik, adakah dia perlu keluar malam itu?

Masa Haryanti masukkan gear, dia baru sedar yang dia perlu ke kaunter hotel semula untuk mendapatkan bayaran percuma letak kereta. Haryanti mematikan semula keretanya dan turun ke bawah di lobi hotel. Selepas selesai urusan itu, dia menuju ke lif semula. Tapi kini hasratnya untuk mengimbas kenangan lama ke tempat Hazman sudah mulai kendur. Tiba-tiba saja perasaannya berubah. Jam pun sudah menunjukkan jam 9.30 malam. Rasa mengantuk dan malas pun muncul. Adakah dia perlu keluar juga, atau balik ke bilik saja?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience