Chapter 48

Romance Completed 11698

“SETUJU nak jodohkan Yanti dengan Mat Burger tu?” soal Azizah sambil merenung tajam suaminya yang sedang memandu itu.

Namun suaminya terus memandu dengan tenang. Suami Azizah yang tak menjawab malah terus mengukir senyum memandang Azizah, menambahkan lagi rasa sakit hati Azizah pada suaminya.

“Jadi, abang sanggup Mat Burger tu jadi sebahagian dari keluarga kita?”

Suami Azizah tak jawab terus, tapi berfikir dulu untuk mengatur ayat paling sesuai.

“Kalau itu jalan yang dapat membahagiakan hidup Yanti, kenapa tidak? Kenapa kita harus menghalang?”

Panggilan daripada Kamal di Bentong memotong perbualan yang mula hangat tadi. Berita terkini, Fuad masih koma dan berada di ICU, ahli keluarga baru saja dibenarkan melawat. Doktor memberitahu, tangan dan kaki kanan Fuad turut patah dan cedera parah. Terkejut Azizah mendengar berita itu yang kecederaan Fuad amat serius tapi bersyukur kerana nyawa masih panjang.

Kereta sudah sampai ke pintu pagar rumah. Terhentilah perbualan mereka pasal Haryanti dan Mat Burger. Dalam rumah, mereka tak lagi bicara pasal itu kerana Azizah menahan sabar supaya tak tercetus perang mulut dengan suaminya pula.

Malam itu, Haryanti mengalami satu mimpi yang aneh. Bangun dari tidur, dia ingatkan semula mimpinya itu sebelum Haryanti pergi mandi. Haryanti bermimpi dia sedang main basikal di halaman rumah sewaktu masih kecil. Sedang Haryanti main basikal seorang diri, datang Fuad naik basikal juga mengacau Haryanti. Haryanti cuba kayuh basikal seakan nak melarikan diri dari Fuad. Tapi basikal Haryanti terjatuh menyebabkan Haryanti cedera di lutut dan peha. Fuad segera membantu Haryanti bangun dan merawat luka di kakinya itu.

Kemudian pula, datang abahnya yang mengusap-usap kepala dan memeluk Fuad dan Haryanti. Kemudian di luar pagar, tiba-tiba saja ada Hazman yang masa itu masih kanak-kanak berbasikal memandang kepada Haryanti, Tuan Hashim dan Fuad sambil tersenyum.

Mimpi itu walaupun mainan tidurnya, tapi mendatangkan kesan mendalam juga dalam dirinya. Fuad dan abahnya sekarang sedang sakit menambahkan persoalan dalam dirinya. Adakah orang yang hadir dalam mimpinya itu sudah tidak panjang lagi umurnya? Tidak, semua itu karut, bisik hati Haryanti. Itu antara soalan-soalan yang berlegar di fikiran Haryanti yang dia sendiri tak tahu jawapannya.

Dalam perjalanan ke pejabat, mimpi malam tadi masih mengganggu Haryanti. Kenapa pula Hazman yang dah beberapa bulan Haryanti cuba lupakan itu, tiba-tiba hadir dalam mimpinya? Mimpi itu juga, abah dan abangnya yang garang itu pun nampak Hazman di luar pagar tapi mereka tak marah atau halau lelaki itu. Kenapa Hazman datang ke rumah Haryanti? Ah... itu semua mainan tidur Haryanti! Haryanti jadi terkesan sangat hari tu kerana mimpi itu datang pada saat dia sedang bergelut dengan pelbagai lagi masalah baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience