Chapter 67

Romance Completed 11698


Namun Hazman berjaya bertakhta di hati Haryanti yang Hazman anggap sebagai mencipta satu keajaiban. Hazman bangga dan terasa dirinya bukanlah setaraf budak kampung yang biasanya nikah dengan gadis kampung juga seperti yang Mak Munah hendak jodohkan. Bila kenangkan kejayaan Hazman memikat Haryanti ini, Hazman kembali mendapat kekuatan. Teringat kata Khalil, bahawa Hazman harus mempunyai kekuatan diri menghadapi semua ini. Hazman mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak ada pada orang lain, seperti kata Khalil. Ya, betul.

Khalil ada juga cerita pada Hazman episod percintaan dalam hidupnya. Walaupun ini cerita peribadi Khalil tapi cerita sebegini baik bagi pengajaran pada diri Hazman. Orang lain pun ada cerita dan liku-liku dalam percintaan juga walaupun Khalil bukan penjual burger seperti Hazman, Khalil pegawai, belajar pun universiti.

Teringat juga Hazman kepada Mak Munah dan Pak Din di kampung. Walaupun mereka tidak tahu cerita ini, tapi Hazman bimbang juga kalau Syira dan Nizar cerita pada mereka. Hazman tak mahu perkara ini kecoh di kampung. Hazman tak mahu ibunya susah hati memikirkan kehidupan Hazman di JB. Pada Nizar, Hazman rasa esok pagi dia boleh beritahu Nizar supaya jangan hebohkan perkara ini. Tapi pada Syira, Hazman rasa tak ada jalan, berserah saja, moga-moga Syira tidak panjangkan kisah ini di kampung.

Hazman hanya mampu baring saja malam itu, dia tiada daya untuk merubah perasaan orang lain terutama Syira, Haryanti dan Syikin. Hazman cuma mampu berserah, semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Esok Hazman kena bangun pagi, ada hal penting. Apa yang penting itu? Khalil tahu apa yang penting itu, dan biarlah dirahsiakan pada orang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience