Chapter 29

Romance Completed 11698


DI KEMAMAN, Haryanti sibuk sebagai urus setia kursus yang selama dua minggu itu. Selepas seminggu, dia jadi rapat dengan urus setia dan peserta yang semuanya pegawai kerajaan yang sama gred dengannya. Ramai peserta lelaki yang berminat berbual dengannya termasuk lelaki bujang dan yang dah kahwin. Hanya dia seorang saja urus setia perempuan yang masih anak dara.

Selepas seminggu, hari Sabtu tidak ada apa-apa aktiviti. Urus setia dan peserta kursus yang duduk dekat, dibenarkan balik kampung. Tetapi Haryanti takkanlah nak balik KL, cuti sehari saja. Dia pun tak ada perancangan nak ke mana-mana, cuma nak basuh baju dan tidur puas-puas saja. Waktu sarapan pagi, dia duduk semeja dengan peserta kursusnya.

“Hari ni kamu semua ada perancangan nak ke mana?” tanya Haryanti.

“Apa kata kalau kita jalan-jalan ke Kuala Terengganu. Nanti petang balik semula. Boleh juga cari baju batik,” jawab seorang peserta kursus lelaki.

“Kuala Terengganu? Bagus juga tu, tapi saya tak tahu jalanlah, tak biasa ke sana.”

“Tak apa. Saya tahu jalan sana. Dulu saya membesar di Kuala Terengganu,” kata peserta lelaki tu.

Haryanti setuju dan mereka berempat iaitu dua perempuan dan dua lelaki naik kereta Satria Haryanti ke Kuala Terengganu. Kesemua mereka masih bujang iaitu Badrul yang bertugas di Selangor, Joe yang bertugas di Melaka dan Maria yang bertugas di Johor. Oleh kerana Haryanti tak biasa jalan tu, Badrul yang pandu keretanya. Haryanti dan Maria duduk di belakang.

Perjalanan dari Kemaman ke Kuala Terengganu amat menarik bagi Haryanti dengan suasana kampung dan jalan pantai yang cantik. Sampai ke Pasar Payang, Kuala Terengganu, dia teruja melihat pakaian yang cantik-cantik yang jarang dilihat di tempat lain.

“Cik Yanti, kalau beli pakaian kat sini, kena tawar sampai separuh harga. Kalau harga RM 200, tawar sampai RM 100. Kalau nak murah lagi, cakap loghat Terengganu sikit,” kata Badrul.

“Pandailah kau, Badrul. Manalah saya tahu cakap Terengganu!”

Haryanti beli beberapa helai kain dan baju batik untuk keluarga dan kenalan rapatnya. Harga boleh tahan murahnya. Harga letak RM 250 sehelai pada baju batik lelaki, tapi bila Badrul bercakap loghat Terengganu sikit, penjual tu bagi RM 100. Lepas beli semua tu, Haryanti terasa nak beli sehelai lagi baju iaitu untuk Hazman.

“Badrul, jom pergi semula kedai tadi, nak cari sehelai lagilah baju,” kata Haryanti.

Dia beli lagi sehelai baju warna biru sebab Haryanti tahu itu warna kegemaran Hazman. Seronok dan terhibur Haryanti di Kuala Terengganu.

Dalam perjalanan balik ke Kemaman, dia teringatkan Hazman. Dah lebih sebulan mereka tidak berhubung. Dia mahu mencari ketenangan dan kedamaian diri. Namun Haryanti tetap simpan perasaan untuk jumpa semula Hazman lepas ni. Mungkin dia akan ke JB nanti, nak ambil sikit-sikit barang dia.

Bolehlah dia jumpa Hazman. Baju batik tu, Haryanti nak serahkan sendiri kepada Hazman.

Haryanti terus mengelamun dalam perjalanan itu. Badrul pandu kereta nampak sopan saja, tak berapa laju. Sekali sekala, Badrul menjeling Haryanti di belakang.

“Tak mengantuk ke, Cik Yanti?” tegur Badrul.

“Hm...,” hanya itu jawapan Haryanti.

Badrul ada menyimpan perasaan pada gadis itu. Mereka sama umur, sama-sama ada ijazah. Haryanti kerja KL, Badrul di Shah Alam, tak jauh. Tapi Badrul tak luahkan perasaan, maklumlah Haryanti urus setia, Badrul peserta. Badrul rancang nak luahkan perasaan apabila tamat saja kursus seminggu lagi nanti. Sekarang mereka berdua nampak mesra. SMS berbalas-balas dalam sehari banyak kali juga. Bagaimanapun, perasaan Haryanti tidak begitu, dia seolah-olah sudah tawar untuk jatuh cinta pada lelaki. Kesetiaan hatinya adalah pada Hazman.

Haryanti cuba untuk menganggap Hazman sebagai kawan biasa saja, bukan kekasih. Tapi bukan senang nak buang
semua tu. Dia terasa, tak sepatutnya dia beli baju batik untuk lelaki itu. Kalau beli, mesti nak kasi. Kalau kasi, nanti kemesraan itu akan kembali, Haryanti buntu.

Badrul cuba untuk menambat hati Haryanti. Dia tahu gadis itu belum bertunang dan belum ada buah hati menurut katanya. Setiap hari semasa kursus tu, Badrul tetap berharap, suatu hari nanti, Haryanti pasti akan jadi miliknya. Dalam SMS Badrul, kebanyakannnya perbualan biasa saja, tidak kira siang malam. Haryanti pula balas hampir setiap kali terima SMS, dia seorang gadis yang peramah. Sesekali, Badrul hantar SMS cinta pada Haryanti.

- Yanti, boleh ke saya nak hadiahkan cincin pada Yanti?

SMS Badrul pada satu malam selepas tamat aktiviti malam. Waktu itu, Badrul sedang baring-baring di katil sebelum tidur. Malang pada Badrul, SMS tu tak berjawab. Sepanjang malam, Badrul tak lena tidur, bimbang Haryanti terasa dan bimbangkalau kiriman cintanya tidak berbalas. Esoknya Badrul SMS lagi dengan bukan ayat cinta dan SMS itu berbalas pula. Badrul masih gagal untuk meluahkan
perasaannya. Haryanti mengelak kalau SMS sebegitu.

Namun kadang-kadang, kalau nampak Badrul minum di kantin, Haryanti datang di sebelahnya tanpa dipelawa. Gadis itu menjadikan Badrul sebagai teman berbualnya, sama-sama peramah. Bagaimanakah hubungan Haryanti dan Badrul seterusnya...?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience