Chapter 66

Romance Completed 11698

MALAM tu, Hazman agak sukar hendak melelapkan mata walaupun agak keletihan kerana fikirannya berkecamuk. Tetapi dia memaksa juga untuk tidur. Mulanya, dia anggap kejadian yang menimpanya hari itu adalah antara yang terburuk dalam hidupnya terutama mengenai masa depan hubungannya dengan Haryanti. Adakah kejadian itu menunjukkan tamatnya percintaan tragisnya bersama Haryanti...? Berapa banyak air mata Hazman gugur sehingga membasahi bantal dan cadar.

Hazman cuba tabahkan hatinya dengan mengenang kembali kejadian dia dibelasah keluarga Haryanti sehingga terlantar di hospital. Dia cuba kenangkan peristiwa itu untuk menutup cerita hari ini. Kalau peristiwa Hazman dibedah di hospital pakar adalah peristiwa yang paling besar dalam hidupnya, dia boleh hadapi, inikan pula
peristiwa seperti malam ni yang tidaklah sebesar mana. Ini perkara kecil, pujuk hati Hazman.

Namun, walaupun Hazman anggap kecil, tapi hari ini melibatkan perasaan orang lain. Syira masih marah. Bagaimana kalau Syira terus merajuk terus dan tidak mahu tegur Hazman lagi? Teringat dia, bagaimana Syira mempertahankan cintanya dengan Haryanti sehingga sanggup bertengkar dengan Mak Munah dan Pak Din. Hazman bukanlah suka atau suruh Syira bertengkar sebegitu. Juga, Hazman tak pernah pun puji Haryanti sehingga Syira jadi penyokong kuat Haryanti dalam hal ini. Tapi, Hazman faham, semua ini adalah cetusan hati nurani Syira.

Air mata Hazman semakin deras, malah hampir tak pernah dia menangis sebanyak ini sebelum ini. Terfikir pula Hazman, kalau dia kata peristiwa dia dibedah adalah peristiwa paling besar dalam hidupnya, tetapi masa itu Hazman tidaklah menangis sederas ini. Tapi malam ini, dia terasa kesedihan yang amat sangat. Teringat pesan Khalil yang Syira ini masih muda dan tindakannya belum menunjukkan kematangan sepenuhnya. Lagi, Khalil kata, lama-lama Syira akan faham juga perasaan dan kehendak Hazman. Itulah yang Hazman harapkan.

Seorang lagi adalah Syikin. SMS terakhir Hazman pada Syikin tidak terjawab. Ini satu persoalan juga pada diri Hazman. Syikin mengadu Syira ada SMS kata-kata kesat pada Syikin, tapi apa yang kata kata kesat itu? Terbakar juga hati Hazman pada Syira, kenapa sanggup mengeluarkan kata-kata begitu pada cikgunya yang banyak berjasa pada Syira. Adakah selepas kejayaan cemerlang dalam STPM, Syira mula lupa diri dan tidak menghormati gurunya. Tapi, bermain difikiran Hazman, apa bunyi SMS itu?

Bagaimana pula tidur Haryanti malam itu? Sekali lagi air mata Hazman begitu deras bila teringatkan Haryanti. Teringat masa mula bertentang mata dengan Haryanti di gerai burgernya lebih dua tahun lalu, jantungnya gemuruh. Mulanya Hazman rasa dia tak layak berkawan, malah berbual pun tidak layak dengan gadis secantik itu. Hazman imbas semula, bagaimana pada awal perkenalannya dengan Haryanti, dia banyak memendam perasaan tanpa meluahkan pada Haryanti. Hazman waktu itu ada rasa jurang perbezaan dengan gadis itu. Adakah layak seorang penjual burger tepi jalan hendak bercinta dengan gadis seperti Haryanti, yang berpelajaran tinggi dan anak orang kaya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience