Aireen bangun awal untuk menyiapkan bekal anaknya. Dia pun menghantar anaknya ke tadika. Selwpas itu, dia mencari kerja. Tapi, sayangnya tiada kerja kosong. Ayuni menggunakan aplikasi WhatsApp untuk menghantar mesej kepada Aireen. Aireen pun membaca mesej itu.
' Aireen, aku dengar ada syarikat ni nak cari pekerja untuk personal assistant. Kalau kau nak, kau sediakan jelah apa yang patut. ' - Ayuni
' Mestilah aku nak. ' - Aireen
Aireen pun pulang kerumah dan menyediakan fail yang penting untuk dibawa esok.
********************
Keesokan harinya, selepas sahaja Aireen menghantar anaknya ke tadika, Aireen pun menuju ke Abu Bakar Holdings. " Maafkan saya, nama saya Aireen. Saya nak kerja kat sini sebab ada kerja kosong sebagai personal assistant. " ujar Aireen. " Oh, baiklah kalau macam tu. Sila tunggu disini ya. " kata pekerja itu. " Encik Affan, ada seorang perempuan dia nak kerja sebagai personal asistant. " kata pekerja itu. " Suruh dia masuk. " pinta Affan. Pekerja itupun membawa Aireen masuk. Sebaik saja dia masuk, Affan terkejut melihat wajah gadis itu. Dia sepertinya tidak asing dengan wajah itu. Kemudian, dia teringat akan masa silamnya.
****************
" Truth or dare? " tanya seorang lelaki. " Dare. " jawab Affan. " Baiklah, aku cabar kau tidur dengan perempuan malam ni. " kata lelaki itu. " Bukan masalah, bro. " jawab Affan. Affan melihat seorang gadis yang mabuk. ' Boleh juga dia ni. ' bisik hati Affan. " Hai, cantik! " tegur Affan. " Mmm. Awak siapa? " tanya Aireen. " Yang itu, awak tak perlu tau. Jomlah, ikut saya. " ajak Affan. Aireen pun mengikuti Affan ke sebuah hotel. Kemudian, dia meninggalkan jasad Aireen di kaki lima.
*******************
Baru Affan tau siapa gadis itu. " Encik Affan. " tegur pekerja itu. Affan tersedar. " Oh ya, siapa nama awak? " tanya Affan. " Nama saya Aireen. Semua maklumat peribadi saya ada dalam fail ni. " kata Aireen. Dia pun memberikan fail itu ke Affan. " Baiklah, awak boleh mula kerja harini. " kata Affan. " Terima kasih, Encik..." Aireen tidak tahu nama lelaki itu. " Affan. " balas Affan. " Oh, terima kasih, Encik Affan. " ucap Aireen. Dia pun segera ke meja kerjanya.
Aireen pun menghantar mesej ke Ayuni.
' Ayuni, aku dah diterima kerja kat Abu Bakar Holdings. ' - Aireen
' Alhamdulillah, syukurlah kalau macam tu. ' - Ayuni.
Affan tidak menyangka bahawa dia akan berjumpa dengan gadis yang ditidurinya itu. Kemudian, Affan mengupah seseorang untuk menyiasat latar belakang gadis itu. Dia pun mengambil gambar gadis itu dari dalam fail lalu menghantarnya pada Adi.
' Aku nak kau siasat perempuan ni. ' - Affan
' Siap, bos. ' - Adi
*********************
Aqil membangun sebuah kafe yang diberi nama Kinz Cafe. Ariana datang ke kafe Aqil. " Hai, bang. Saya ada sesuatu nak cakap dengan abang. " tegur Ariana. " Penting sangat ke? " tanya Aqil. " Pentinglah! " kata Ariana. " Kalau macam tu, kita cakap kat dalam bilik je. " ujar Aqil. Mereka pun masuk ke sebuah bilik. Ada sebuah meja dan dua buah kerusi. Dia atas meja itu terdapat sebuah komputer. Ariana pun duduk di sebuah kerusi di hadapan meja. Aqil duduk dihadapan Ariana.
" Macam ni, semalam Ana terserempak dengan Kak Aireen. Ana pun tegurlah dia. Anak dia perempuan. Esha namanya. Umur anaknya sekarang 6 tahun. " ujar Ariana. " Tunggu, betul ke Ana jumpa Kak Aireen?! Dia kerja kat mana sekarang?! " tanya Aqil. Aqil begitu rindu dengan kakaknya. Sudah 7 tahun dia tidak menemui kakaknya itu. " Kak Aireen kata, tempat kerja dia dah terbakar. Jadi, mungkin harini dia tengah cari kerja kot. " beritahu Ariana.
" Ana, ada tak phone number ke, alamat rumah dia? " tanya Aqil. " Sekarang ni, dia tinggal kat rumah kawan dia. Ni alamat dia dan ni phone number dia. " kata Ariana lalu memberikan nombor telefon dan alamat rumah. " Bang, kalau bagitau mama...." percakapan Ariana dipotong. " Tak, buat masa sekarang ni jangan bagitau mama dulu. Begitu juga dengan papa. Kita kena rahsiakan hal ni dari diorang. " kata Aqil. " Baik, bang. " balas Ariana.
********************
Affan keluar dari biliknya untuk makan diluar. Dia ternampak Aireen bekerja dengan sangat tekun. Kemudian, dia membuat keputusan untuk mengajak Aireen keluar makan bersamanya. " Aireen, saya nak awak ikut saya sekarang. " pinta Affan. " Baiklah, Encik Affan. " Aireen hanya akur. Mereka pun menuju ke sebuah restoran yang tidak jauh dari Abu Bakar Holdings.
" Kita, buat apa kat sini, Encik Affan? " tanya Aireen. ' Perempuan ni, memang betul - betul tak kenal dengan aku ke? ' bisik hati Affan. " Makan tengaharilah. Jadi, awak nak pesan apa? " tanya Affan. " Tak apa, Encik Affan. " kata Aireen. " Aireen, awak tu PA saya. Jadi buat jelah apa yang saya suruh. " kata Affan. ' Macam ni ke jadi PA? Siap dibelanja makan lagi. ' bisik hati Aireen.
Mereka pun memesan makanan mereka masing - masing. " Boleh saya tanya awak? " tanya Affan. Aireen memandang ke kanan ke kiri. " Saya ke? " tanya Aireen. Jari telunjuknya menunjuk dirinya. " Taklah, hantu yang berdiri kat belakang awak. Kita berdua je kan kat sini. " kata Aireen. " Kita berdua je kat sini? Saya tengok ramai je orang makan kat sini. Bukan kita berdua je. " balas Aireen. " Maksud saya, awaklah. Saya nak tanya awak. " kata Affan.
" Oh ya. Boleh - boleh. " jawab balas Aireen. " Apa..... " bunyi telefon bimbit Affan berbunyi. " Tungggu kejap ya. " kata Affan lalu menyambut panggilan telefonnya. ' Pelik sangatlah dia. Atau aku yang pelik. ' bisik hati Aireen. Makanan yang dipesan pun sampai. Affan kembali ke meja makan. " Apa yang Encik Affan nak tanya pada saya tadi? " tanya Aireen. " Macam ni, apa....." bunyi telefon bimbit Aireen berbunyi. " Tunggu kejap, ya. Saya angkat phone dulu. " izin Aireen.
' Mungkin, dia mabuk teruk. Sebab tulah dia tak cam muka aku. ' bisik hati Affan. Aireen pun kembali ke meja makan. " Hah, sekarang Encik Affan tanyalah apa yang Encik Affan nak tanya kat saya dari tadi. " ujar Aireen. " Apa, pekerjaan awak sebelum ni? " tanya Affan. " Sebelum ni, saya bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran. Tapi, restoran tu terbakar semalam. Jadi, harini saya cari kerja. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kerja. " jawab Aireen. Mereka pun makan. Selepas makan, mereka bersama - sama menuju semula ke Abu Bakar Holdings untuk meneruskan kerja mereka masing - masing.
Share this novel