BAB 54

Romance Completed 55259

Sesampai sahaja Aireen dirumah, kelihatan Esha sedang menyiapkan kerja sekolahnya. " Mama! " jerit Esha sebaik sahaja Aireen masuk. " Hmm, Esha dah mandi ke? " tanya Aireen. " Dah! Mama, tadi kan, ada seorang pakcik ni, baik sangat! " kata Esha. " Pakcik? Pakcik yang mana pula ni, Esha? " tanya Aireen. " Tadi, ada seorang lelaki ni, dia tolong Esha. " kata Kiki. " Tolong Esha? Kenapa? " soal Aireen. " Esha dia lari ke jalan raya. Jadi, nasib baik lah, ada seorang lelaki ni tolong dia. Lelaki tu macam, separuh umur. " jawab Kiki. " Esha, mana boleh macam tu. Kan bahaya tu. " kata Aireen. " Sorry, mama! Esha janji, Esha takkan buat lagi. " kata Esha. " Hmm, yelah tu! " kata Aireen lalu memicit hidung Esha.

" Puan Aireen, makanan dah siap. Jomlah kita makan. " kata Kiki. " Oh ya! Terima kasih ya, Kiki! Sebab beritahu. Biasalah, budak - budak kan. Memang nakal. " kata Aireen. " Esha tak nakallah. " kata Esha. Kiki dan Aireen tertawa. Mereka bertiga pun makan bersama - sama di meja bulat itu.

*****************************
Aqil dan Natasha pun pulang. Fikri dan Fieya sedang menonton televisyen. " Hah, dah balik pun. Jomlah! Kita makan sama - sama. " ajak Dato' Yusof. " Eh, korang belum makan lagi ke? " tanya Aqil. " Eh, Aqil ni macam tak biasa pula kan?! " kata Datin Rossa. Aqil hanya tersengih - sengih. Mereka berdua pun menuju ke dapur untuk mencuci tangan. " Fikri, Fieya! Jom makan! " panggil Teja. " Baik, ibu! " jawab mereka berdua serentak lalu menuju ke meja makan. " Wah, wanginya! Setiap kali Mak Jah masak, mesti sedap, kan! " kata Fikri. " Mak Jah ni, satu - satunya tukang masak yang paling sedap masakannya! " kata Datin Rossa.

" Wah, Abang Aqil ni senyum - senyum kenapa, ya?! " tanya Fieya. " Macam ada sesuatu je kan dengan Aqil ni. " kata Datin Rossa. " Salah ke kalau Aqil senyum?! Tu maksudnya, Aqil happy lah. " kata Aqil. " Happy apa? Sebab ada Tasha kat sini ke? " tanya Dato' Yusof. Natasha terbatuk - batuk. Aqil pun menuangkan air masak ke dalam sebuah gelas kaca lalu memberikannya kepada Natasha. Natasha pun mencapai gelas itu dari tangan Aqil. Dia pun meneguk air dari dalam gelas itu. Fieya menutup mulutnya dengan tangan kirinya. " Wuhoo! " jerit Fikri. Natasha mengepal penumbuknya. Fikri pura - pura tidak melihatnya.

" Macam mana dengan kafe yang Aqil usahakan tu? " tanya Dato' Yusof. " Alhamdulillah! Hasil dari bimbingan papa, Aqil dah rasa senang nak uruskan kafe tu. Kalau dulu, susah. Banyak masalah yang Aqil susah sangat nak uruskan. " jelas Aqil. " Aqil jangan lah pula sia - siakan usaha Aqil selama ni. " pesan Datin Rossa. " Ya, mama. " balas Aqil. " Tadi siang, saya ada nampak seorang budak ni. Bila saya tengok - tengok budak tu, tiba - tiba pula saya ingat pada Aireen. " luah Dato' Yusof. " Awak ingat lagi ke dengan dia? Saya ingatkan, awak dah lupakan dia sampai bila - bila. " balas Datin Rossa.

" Melihat budak tu, saya rasa, macam nak panggil Aireen duduk kat rumah ni semula. Tapi, tulah. Saya pun tak tahu dia ada kat mana sekarang ni. " kata Dato' Yusof. ' Setegas mana dia pun, dia masih lagi ingat Aireen tu anak dia. Tapi, cara dia salah. Saya pun kecewa juga dengan sikap Aireen. Tapi kalau dia kecewa sekalipun, bukan macam ni caranya. Bukan caranya dia halau Aireen dapat kembalikan semula semuanya. ' bisik hati Datin Rossa. Dia melihat air muka suaminya. Kelihatan sangat wajah penuh kekesalan di wajah suaminya itu. Datin Rossa seperti dapat membaca reaksi wajah suaminya.

**************************

Shika sedang menonton televisyen. Kedengaran bunyi ketukan pintu rumahnya. Dia pun segera membuka pintu. Kelihtan Raziq berdiri dihadapan pintu. " Assalamualaikum! " ucap Raziq. " Waalaikummussalam! " jawab Shika lalu mencium tangan suaminya itu. " Lambat abang balik harini? " tanya Shika. " Ya, banyak kerja tadi. Memang selalunya abang jarang sibuk macam ni. Sayang pula tengah buat apa? " tanya Raziq. " Sementara menunggu abang, sayang tengok tv lah. Abang, sorry ya. Sayang tak sempat masak tadi sebab, sayang rasa pening - pening tadi. " jelas Shika. " Semua tu, wajar sayang. Lagipun, tak perlulah sayang masak. Nanti terkena ke perut tu minyak. " kata Raziq. " Abang ni, ada - ada jelah! " kata Shika.

" Sayang siap - siap sekarang, abang bawa sayang pergi makan kat luar. " kata Raziq. " Okey! " jawab Shika. Sebaik sahaja dia siap, mereka berdua pun keluar dari rumah. Shika mengunci pintu. Kemudian, mereka berdua pun masuk kedalam kereta. Raziq memandu keretanya. " Abang, rupanya Aireen tu anak Dato' Yusof dengan Datin Rossa. " kata Shika. " Biar betul sayang ni. Dari mana, pula sayang dengar fake news macam tu? " tanya Raziq. " Ni bukan fake news lah. Tadi siang, Aireen dia datang ke Butik Asiah. Dia kata, mama dia nak jumpa. Rupanya, mama dia tu Datin Rossa. " jelas Shika. " Sayang tahu pula kan yang Dato' Yusof tu isteri Datin Rossa. " balas Raziq.

" Yalah. Dato' Yusof tu kan usahawan terkenal. Macam tu juga dengan Datin Rossa. Pengusaha butik yang terkenal. " jelas Shika. " Wah, semua sayang tahu kan?! " perli Raziq. " Alaa, mestilah. Sebab tulah abang kena bersyukur tau sebab dapat isteri yang serba tahu. " kata Shika." Hmm, yalah. Yalah. Abang bersyukur sangat sebab tuhan bagi abang isteri yang suka sibuk hal orang. " kata Raziq kemudian ketawa. Shika pun mencubit bahu Raziq. " Ouch, sakitlah! " jerit Raziq. " Tulah! Memang patut pun abang dapat macam tu. " kata Shika. " Abang bergurau je pun. " kata Raziq. " Tapi cara abang bergurau macam buat sayang marah je. " jelas Shika.

" Ye ke? Yalah, yalah! Abang minta maaf ya! " pujuk Raziq. " Yalah, yalah. Sayang maafkan abang. Janji tau jangan buat lagi. " kata Shika. " Ya, abang janji. Tak sangka betul ya, orang tengah mengandung pun cepat marah. " kata Raziq. Shika merenung tajam. " Ya, okey! Sayang comel - comel kan?! " pujuk Raziq. " Hah, tahu takut?! " perli Shika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience