BAB 8

Romance Completed 55259

Waktu pun berlalu dengan cepat. Perut Aireen semakin besar. Dia sudah pun membuat keputusan akan mencari ayah kandung anak itu. " Aireen, kenapa termenung ni? " tanya Ayuni. Takde apa - apa. Tengah fikir nama untuk anak ni. " kata Aireen sambil mengusap lembut perutnya. " Oh ya, kalau aku dah bersalin nanti, dah habis pantang aku nak cari kerja untuk sara anak aku. Dan dalam masa yang sama aku nak cari lelaki tu. " kata Aireen.
" Jadi, anak kau siapa yang jaga? " tanya Ayuni. " Aku akan upah orang untuk jaga anak aku. " kata Aireen. " Kalau macam tu okey. Aku sokong dengan keputusan kau tu. " kata Ayuni kemudian keluar dari bilik Aireen. Keesokannya, Aireen keluar untuk membeli barang dapur. Selepas dia membayar barang - barang dapur, perutnya sakit. ' Apa, aku akan melahirkan? ' bisik hati Aireen.
Dia terduduk. Kemudian, dia dibantu, dipapah ke hospital untuk melahirkan. Akhirnya, Aireen melahirkan bayi perempuan. Ayuni terus ke hospital untuk melihat keadaan Aireen. Ayuni pun masuk ke dalam bilik rawatan Aireen. Dia melihat Aireen dan bayi perempuan yang comel. " Aireen, jadi kau bagi nama dia apa? " tanya Ayuni. " So, my fabulous daughter, aku bagi nama dia Khalesha Haura. Panggil dia Esha. " balas Aireen.
Aireen menjaga anaknya seperti menatang minyak yang penuh. Menjaganya dengan penuh kasih sayang. Tidak disangka, bayi yang tidak berdosa itu akhirnya lahir ke dunia. Dia berharap semoga bayi itu tidak mengikuti jejaknya.

**************

7 tahun kemudian........

Tahun ini, umur Aireen meningkat 26 tahun. Dia sedang meraikan hari jadi anaknya Esha yang ke 6 tahun. " Happy Birthday sayang! Suka tak?! " kata Aireen. " Wah, cantiknya teddy bear ni, mama! " kata Esha. Dia terpesona melihat anak patung beruang yang berwarna biru itu. " Esha, makan dulu! Baru boleh main. " kata Aireen. " Baik, mama. " kata Esha. " Esha nak makan apa? " tanya Ayuni. " Aunty, Esha nak makan kek boleh? " tanya Esha. Ayuni pun memotong kek itu lalu diberikan pada Esha. " Nah, cakap apa kalau dapat kek? " tanya Ayuni. " Terima kasih, Aunty! " kata Esha kemudian menuju ke arah ibunya.

*********************

Jejaka yang berusia 28 tahun itu melangkah masuk ke Abu Bakar Holdings. Dia terus menuju ke biliknya. " Rani, tolong masuk bilik saya sekarang. " panggil Affan. " Ya, Encik Affan. Ada apa ya? " tanya Rani. " Saya dengar awak nak berhenti kerja. Boleh je, tapi tolong cari orang yang boleh ganti awak sebagai PA saya. " pinta Affan. " Baiklah, Encik Affan. " kata Rani lalu keluar dari bilik itu.
*********************

Aireen hendak menuju ke sebuah restoran tempat dia bekerja. Dia bekerja sebagai pelayan di restoran. Tiba - tiba, dia ternampak asap berkepul - kepul. Rupanya, restoran tempat dia bekerja terbakar. Aireen berasa susah hati. Aireen pun menggunakan telefon bimbitnya untuk menelefon Ayuni. " Hello. " kata Ayuni. Waktu itu, dia sedang bekerja. " Hello, Ayuni. Restoran tempat aku kerja dah terbakar dah. " kata Aireen. " Ye ke? Kalau macam tu, kau baliklah dulu tenangkan diri. Nanti aku cari kat sosial media kalau ada kerja untuk kau." balas Ayuni. " Terima kasih, Ayuni. " balas Aireen. " Ya, sama - sama. " jawab Ayuni. " By the way, sorry ye sebab ganggu kau kerja. " kata Aireen. " Tak lah. Tak ganggu pun. Okey, bye. " kata Ayuni lalu mematikan telefonnya.
Aireen pun pulang ke rumah. Jam di dinding pun menandakan pukul 12.00 tengahari. Dia pun menuju ke sebuah tadika untuk mengambil anaknya. " Hai, sayang! " kata Aireen. " Mama! " balas Esha. " Harini, Esha belajar apa? " tanya Aireen. " Harini, Esha belajar melukis. Seronok! " kata Esha. " Esha lapar tak? " tanya Aireen. " Mestilah Esha lapar. Mama, Esha nak makan aiskrim boleh? " tanya Esha. " Boleh, jom! " Aireen pun membawa anaknya makan aiskrim.
Aireen membawa anaknya bersiar - siar. Tiba - tiba, dia ditegur oleh seorang perempuan. " Kakak?! " tegur Ariana. " Awak, siapa? " tanya Aireen. " Kakak! " kata Ariana lalu memeluk tubuh Aireen. Sudah 7 tahun mereka tidak bertemu. " Maafkan, saya. Awak siapa? " tanya Aireen. " Kakak tak kenal ke dengan saya? Saya Ariana. " kata Ariana. " Ariana yang mana ya? " tanya Aireen. " Saya Ariana anak Dato' Yusof. Adik bongsu kakak. " kata Ariana.
" Ariana?! Ariana! " kata Aireen lalu memeluk tubuh adik bongsunya itu. Esha hairan melihat ibunya berpelukan dengan seorang wanita yang tidak di kenalinya. " Mama, siapa dia? Mama kenal ke? " tanya Esha. " Ni adik mama sayang. Ana, ni anak akak. Esha nama dia. " ujar Aireen. " Esha! Comelnya! Dah berapa umur dia kak? " tanya Ariana. " 6 tahun. " jawab Aireen. " Jomlah! Kakak nak ajak kamu minum dirumah kawan akak. Kakak tinggal dengan dia lepas je, ya kamu tau lah kan. " kata Aireen.
Dia tidak mahu anaknya tahu bahawa dia dihalau keluar dari rumah. " Kakak nak order Grab dulu. " kata Aireen. " Eh, tak apa kak. Akak naik je kereta Ana. " pinta Ariana. " Oh, terima kasih. " kata Aireen. Ariana pun mempersilakan Aireen masuk ke keretanya. " Silalah kak. " kata Ariana. Mereka pun menuju ke rumah Ayuni. Mereka pun sampai. Ariana pun melangkah masuk ke rumah itu. " Kiki, tolong bawa Esha naik atas mandi. " pinta Aireen. " Baik, puan. " jawab Kiki.
" So, macam mana dengan papa, mama dan Aqil sekarang? " Aireen memulakan perbicaraannya bersama Ariana. " Lepas je kakak keluar dari rumah, keluarga kita dah tak bahagia lagi macam dulu. Mama dengan papa selalu bergaduh soal kakak. Abang Aqil pula hujung bulan ni nak bertunang. " kata Ariana. " Kakak harap mereka cepat berbaik. " kata Aireen. " Kakak pula macam mana sekarang ni? " tanya Ariana.
" Lepas je kakak melahirkan, dah habis pantang, kakak cuba cari lelaki yang hamilkan kakak. Tapi, tak jumpa juga. Jadi, kakak dah berputus asa untuk mencari lelaki tu. Kakak kerja kat sebuah restoran sebagai pelayan untuk sara hidup Esha. Tapi, restoran tempat kakak bekerja tu terbakar pula. Jadi, kakak dah tak ada pekerjaan sekarang. Esok, kakak nak cuba cari kerja kat mana - mana tempat. " balas Aireen. " Kalau kakak dalam kesusahan, Ana siap nak tolong kakak. " kata Ariana. " Terima kasih, Ana! " ucap Aireen. Ariana membalas dengan mengukir senyuman.

*********************

Affan termenung. Dia teringat kehidupannya di masa lalu. Masa lalunya yang penuh dengan dosa yang banyak dilakukannya. Dia membezakan kehidupannya di masa lalu dan sekarang. Dia sudah pun banyak berubah dan ingin melupakan semua yang pernah dilakukannya. Kehidupannya di masa sekarang tidak seperti di masa lalu. Dia sudah berhenti minum minuman keras, lumba haram dan pergi ke kelab malam. Dia seorang yang jujur, tegas dan bertanggungjawab dalam segala hal. Begitu juga dengan sahabatnya sudah pun jauh berubah dari kehidupan masa lalu. Nifail dan Raziq mempunyai pekerjaan mereka sendiri. Raziq bekerja sebagai peguam. Nifail pula bekerja sebagai karyawan di Abu Bakar Holdings. Abu Bakar Holdings merupakan syarikat perniagaan milik keluarga Affan. Nama Abu Bakar diambil sempena nama arwah datuk Affan. Raziq sudah pun berkahwin dengan wanita pilihannya, Shika. Shika seperti biasa bekerja di Butik Asiah. Walaupun sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga, mereka belum mempunyai zuriat. Yusrina seperti biasa mengganggu Affan kerana dia cintakan Affan. Dia tidak menyadari bahawa cintanya itu cuma bertepuk sebelah tangan. Dia tetap sabar. Kerana suatu hari, Affan pasti jatuh hati padanya. Nifail mencintai Yusrina. Tetapi, cintanya pada Yusrina sama seperti cinta Yusrina pada Affan. Sudah berkali - kali Nifail memberitahu Yusrina agar tidak mengganggu Affan kerana Affan tidak akan pernah mencintainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience