BAB 45

Romance Completed 55259

Affan sedang menyiapkan tugasannya. Kemudian, dia memanggil Aireen. " Aireen, tolong buatkan saya kopi. " kata Affan dari dalam gagang telefon. " Baik, Encik Affan. " jawab Aireen. Aireen ke dapur untuk membancuh kopi buat Affan. Kemudian, dia menghantar kopi itu ke dalam bilik Affan. " Ni dia, Encik Affan kopinya, ya. " kata Aireen. Aireen pun mengatur langkah kakinya keluar dari bilik itu.
" Tunggu kejap, Aireen! " panggil Affan. " Ya, Encik Affan. Apa dia? " sahut Aireen. Dia kembali. Tidak jadi dia mengatur langkah menuju ke mejanya yang terletak diluar bilik Affan. " Saya nak tanya awak boleh? " tanya Affan. " Encik nak tanya apa? Tentang apa ya? " Aireen ingin tahu. " Sebenarnya, ni tak ada kena mengena dengan kerja kita pun. " jelas Affan.
" Habis tu, tentang apa Encik Affan? Tentang Yusrina ke? " tanya Aireen. " Tak, ni tak ada kena mengena dengan dia juga. " jawab Affan. " Jadi, apa? " tanya Aireen. " So, macam ni. Saya nak tahu siapa papa kandung Esha yang sebenarnya? Adakah awak kenal orang tu ataupun tidak? " tanya Affan. Aireen terkejut dengan pertanyaan Affan itu. Dia tidak tahu mahu jawab apa.
' Kenapa Encik Affan tiba - tiba pula ni nak tanya pasal hal peribadi aku. Bukannya ada kena mengena dengan dia pun. ' bisik hati Aireen. " Aireen, saya tanya awak sekali lagi. Saya nak tahu, siapa papa kandung Esha yang sebenarnya? Adakah awak kenal orang tu ataupun tidak? " tanya Affan. ' Encik Affan ni boleh di ibaratkan sebagai seorang cikgu. Tiba - tiba pula tanya soalan KBAT. ' bisik hati Aireen.
" Maafkan saya. Tapi, kenapa Encik Affan nak tahu sangat. Saya rasa, tak ada kena mengena langsung pun dengan Encik Affan. Yalah. Sekarang ni, giliran saya pula nak tanya Encik Affan. Kenapa Encik Affan tiba - tiba pula nak tanya pasal ni? Jangan - jangan, Encik Affan ada tau sesuatu ke tentang saya? Ataupun Encik Affan upah seseorang untuk korek hal peribadi saya? " tanya Aireen.
' Aduh, aku nak tanya dia je. Kenapa aku pula yang kena tanya. Dah macam cikgulah dia ni. Soalan KBAT yang susah sangat nak jawab. Ke, jangan - jangan dia dah tahu soal aku suruh Adi cari maklumat tentang dia. Dia kata, tak ada kena mengena langsung dengan aku. Maknanya, masa tu dia mabuk teruk sampaikan dia tak tahu aku yang hamilkan dia. ' bisik hati Affan.
" Mmmm, macam ni jelah Aireen. Lupakan jelah soalan saya tu. " kata Affan. " Oh, ya. Baiklah, Encik Affan. Encik Affan pun, lupakan jelah tentang soalan saya tadi tu. " kata Aireen kemudia keluar dari bilik itu. " Gagal! " kata Affan sebaik sahaja Aireen menutup pintu biliknya dengan rapat.

************************

Fikri dan Fieya baru sahaja pulang dari sekolah. Mereka diambil oleh Tahir, pemandu Dato' Yusof. Sebaik sahaja Fikri dan Fieya masuk ke rumah itu, mereka segera menuju ke atas untuk mandi. Kemudian, mereka pun turun ke bawah untuk makan. Mak Jah menyediakan makanan untuk mereka. Mereka makan bersama ibu mereka. Selepas makan, mereka menonton televisyen di ruang tamu.
Datin Rossa berbual mesra dengan Teja. " Umur mereka dah berapa? Nampak macam kembar je diorang tu? " tanya Datin Rossa. " Ya, diorang memang kembar. Tahun ni, diorang dah sepuluh tahun. " jawab Teja. " Suami Teja mana? Maaf ya kalau saya tanya. " tanya Datin Rossa lagi. " Sebenarnya, suami saya dah lama meninggal dunia. Masa tu, anak saya yang sulung tu, masih lagi tingkatan lima. Semenjak suami saya meninggal, Tasha jelah yang bantu keluarga ni. " ujar Teja.
Datin Rossa kasihan dengan Teja. " Lepas dua tahun suami saya meninggal dunia, saya ada ketumbuhan di paru - paru.Tasha, dia ambil jalan mudah dengan menjadi teman wanita seorang mat moto. Lepastu, dari situ saya tahu kalau dia selalu dimarahi, dipukul oleh teman lelaki dia sendiri. Saya tahu dia sebenarnya tak cinta dengan teman lelaki dia. Saya tahu, dia terpaksa buat semua ni sebab untuk keluarga dia. Dia sangat sayangkan keluarga dia. " ujar Teja.
Selepas sahaja Datin Rossa mendengar kisah Teja, dia teringat pula akan Aireen. Bilakah dia akan bertemu lagi dengan anak sulungnya itu. Hanya Aqil dan Ariana yang tahu dimana Aireen berada. Pertemuannya sekali dengan anaknya itu tidak cukup. Kalau boleh, dia mahukan supaya keluarganya bahagia seperti dahulu. Penuh dengan gelak tawa dan senyuman. Bukannya kesedihan yang berpanjangan, marah, stres dan juga dendam.
Dia berharap agar suaminya turut merindukan Aireen. Dia juga turut berharap agar suaminya menerima Aireen semula. Tetapi, dia tahu semua itu tidak akan berlaku. Dia tahu bahawa suaminya tetap akan dengan degilnya itu. Datin Rossa mengalirkan air mata. " Teja, kalau awak nak tahukan, Aqil bukannya anak sulung saya. Anak sulung saya seorang perempuan. " kata Datin Rossa.
" Siapa dia? Apa sebenarnya yang telah terjadi? " tanya Teja. Tujuh tahun yang lalu, anak saya, Aireen dia hamil semasa dia masih lagi berumur 19 tahun. Suami saya yang masa tu sangat marah, dia tak berfikir dengan baik. Dia ikutkan api kemarahan dia dengan menghalau anak saya keluar dari rumah. Sebelum semua ni, keluarga saya sangat aman damai. Tak ada pun rasa marah dan dendam. Keluarga saya dulu sangatlah lengkap. Penuh gelak tawa dan senyuman. Sekarang, semua tu saya dah tak dapat rasakan. Sebelum ni, saya ada jumpa dia. Tapi, itupun secara rahsia. Saya berharap agar keluarga saya lengkap seperti dahulu. " ujar Datin Rossa panjang lebar sambil mengalirkan air mata.
" Maafkan saya, datin. Saya tak tahu kalau semua tu terjadi pada datin. Jadi, apa yang tengah dia buat diluar sana sekarang? " tanya Teja. " Saya dengar dari dua orang anak saya tu, dia sihat, dia baik - baik je dengan anak dia. Saya dah pernah jumpa pun dengan cucu saya tu. Tapi, saya tahu suami saya takkan anggap kalau tu cucu dia. Saya tahu juga kalau dia takkan anggap lagi Aireen sebagai nak kandung dia sebab dah malukan keluarga kami. Tapi, saya tak kisah pun.Biarlah apa orang nak cakap. Sebab, kalau mereka cakap tentang anak saya, benda tu juga akan terjadi pada mereka. " kata Datin Rossa.
" Betul tu, Datin Rossa. Saya doakan semoga keluarga datin bersatu kembali seperti dahulu. Saya juga turut berharap, agar datin dapat merasakan kembali kemanisan, kebahagiaan keluarga datin. " kata Teja lalu mengukir senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience