Affan, Aireen dan Esha bersiar - siar. Affan membelikan Esha anak patung. Mereka pun makan di sebuah kedai makan. Dato' Yusof sedang bermesyuarat dengan klien. Selesai sahaja mesyuarat itu, Dato' Yusof pun keluar untuk makan. Aireen melihat syarikat Yusof Holdings. Syarikat itu terletak tidak jauh dari restoran tempat dia, Affan dan Esha makan. Esha pun sedang bermain - main dengan anak patungnya.
" Encik Affan, tolong jagakan Esha sekejap. Saya nak pergi ke kedai tu sekejap. Ada keperluan saya nak beli. " kata Aireen sambil menunjukkan jarinya ke sebuah kedai alatan peribadi, Watsons. " Baiklah. " kata Affan. " Papa, Esha nak main kat situ je boleh? Tak jauh pun. " tanya Esha. " Okey. Papa akan perhatikan Esha dari jauh ya. " jawab Affan. " Okey, papa! " jawab Esha.
Secara tidak sengaja, Dato' Yusof tidak sengaja melanggar Esha kerana waktu itu dia memegang telefon bimbitnya. Patung di tangan Esha pun jatuh. " Eh, maafkan pak cik ya. " kata Dato' Yusof. Esha hanya terdiam melihat Dato' Yusof. Dato' Yusof memberikan patung itu kepada Esha. Esha pun mengambil patung itu. " Tak apa pak cik. Terima kasih! " ucap Esha. " Sama - sama! " ucap Dato' Yusof.
Affan yang melihat kejadian itu terus menghampiri Esha. " Maafkan saya! Dia tak sengaja. " kata Affan. " Tak apa, saya yang langgar dia tadi. Lagipun, saya sibuk dengan handphone je tadi. Anak awak ke? Janganlah biarkan dia main sorang - sorang. Lagipun, ramai orang kat sini. " pesan Dato' Yusof. " Baiklah. Maafkan saya. Terima kasih atas nasihat saya. " balas Affan. " Papa, mana mama? " tanya Esha. " Dia pergi kedai. Sebentar, je. " jawab Affan.
Dato' Yusof pun berlalu pergi. Aireen pun keluar dari kedai Watsons. Dia terus menuju ke restoran. Esha pun terus menghampirinya. " Mama, tadikan ada pak cik tu dia dah tua. Janggut dia warna putih. Dia tak sengaja langgar saya. Pak cik tu baik sangat. " kata Esha. " Oh, ye ke? Esha tak apa - apa kan." kata Aireen sambil merenung ke arah Affan. " Esha okey je. Jom kita balik! " kata Esha. " Korang tunggu kat kereta, papa nak bayar dulu makanan yang kita makan tadi. " kata Affan.
Affan membuka kunci kereta. Aireen dan Esha pun menunggu di dalam kereta. Selepas itu, Affan pun menuju ke keretanya. Dia pun memandu keretanya menuju ke rumah Ayuni. Aireen dan Esha pun keluar. Affan pula terus menuju pulang ke rumahnya.
**************************
Affan tersenyum sendirian di sofa. Datin Ramlah hairan. Televisyen di ruang tamu tidak hidup, tetapi dia hairan mengapa Affan tersenyum sendirian. " Affan, kenapa ni? Dari tadi mama tengok Affan tersenyum sendirian je. Pasti ada sesuatu ni kan?! " usik Datin Ramlah. " Mana adalah mama. " jawab Affan. " Affan tak payahlah nak bohong mama. Mama kenal anak mama ni. Mama rasakan, pasti ada seseorang yang Affan suka? Betulkan? " tanya Datin Ramlah.
" Dari mana mama tau? " tanya Affan. " Kan betul sangkaan mama. Bagitaulah mama siapa perempuan tu. " kata Datin Ramlah. " PA Affan sendiri. Umur dia 26 tahun. Dia dah ada seorang anak perempuan. " jelas Affan. " Dah ada anak? Affan nak kebas bini orang ke? " usik Datin Ramlah. " Mana adalah mama. Dia tak ada suami. Affan pun tak tahu sama ada dia dah bercerai atau suami dia dah meninggal. " kata Affan.
" Mesti dia cantikkan. Kalau tak, anak mama pasti takkan mula terpikat dengan dia, kan. " kata Datin Ramlah. " Saya suka dia bukan sebab dia cantik. Walaupun dia cantik, tapi itu bukan alasan Affan sukakan dia. Dia seorang yang baik hati, bertanggungjawab dan tekun dalam menyiapkan tugasan, sampai dia lupa untuk jemput anak dia dari sekolah. " kata Affan sambil ketawa.
Datin Ramlah pun turut ketawa. " Kalau Affan dah suka, kenapa tak bawa dia jumpa mama dengan papa? " tanya Datin Ramlah. " Dia tak tau pun kalau Affan sukakan dia. Dia cuma anggap Affan sebagai majikan dia je. " kata Affan. " Nanti kamu cubalah pikat hati dia. Mama yakin, suatu saat nanti dia pasti akan buka hati dia untuk kamu. " kata Datin Ramlah. " Macam mana caranya? " tanya Affan. " Affan fikirlah sendiri. Pandai - pandailah Affan cari cara supaya dia sukakan Affan. " Kata Datin Rossa.
**************************
Kiki dan Esha sedang bermain bersama - sama. " Kiki, Esha laparlah. " kata Esha. " Baru je makan malam. Sekarang lapar lagi. Tak apalah, Esha nak makan apa? " tanya Kiki. " Apa - apa jelah. Yang penting ada makanan. Daripada tak ada makan langsung. " jawab Esha. " Okey! " balas Kiki. Kiki sangat mengagumi Esha kerana dia tidak memilih makanan.
" Eh, Kiki lapar ke? " tanya Ayuni. " Bukan saya yang lapar, tapi Esha yang lapar. Kiki pun masakkan lah untuk dia. " jawab Kiki. Ayuni waktu itu ada di dapur. Dia sedang membancuh teh tarik tiga dalam satu untuk dia minum. Ayuni hanya mengangguk. Setelah selesai membancuh minumannya, Ayuni pun ke ruang tamu. Aireen sedang menonton televisyen.
" Aireen, aku tengok kau macam rapat je dengan majikan kau tu. Hampir setiap hari tau aku nampak dia selalu ambil kau dengan Esha. Lepastu hantar kau dengan Esha balik pula. Ni mesti ada apa - apa. " kata Ayuni. " Eh, tak adalah. " balas Aireen. " Ye ke tu? Entah - entah, dua sukakan kau, tapi kau je yang lalai. " kata Ayuni. " Mana adalah. Lagipun, dia cuma anggap aku sebagai pekerja dia je. Begitu juga sebaliknya. " jawab Aireen.
" Yalah tu. " kata Ayuni. " Eh, kau tak percaya? " tanya Aireen. " Aku tengokkan, dia tu handsome juga. " kata Ayuni. " Ayuni, kau kena ingat. Kau tu dah ada tunang. Silap - silap tunang kau pergi belasah majikan aku tu macam mana. " usik Aireen. " Ish, kau ni jahat tau. Salah ke aku puji dia handsome. Lagipun, kenyataan kan. " kata Ayuni. " Yalah, yalah. " balas Aireen.
Share this novel