Natasha sedang bekerja sebagai juruwang. Dia menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Aqil pun menghampiri Natasha. Natasha pura - pura tidak sedar kalau Aqil sedang menuju ke arahnya. " Tasha! " panggil Aqil. " Ya, bos. Ada apa?" tanya Natasha. " Saya......" Aqil tidak sempat hendak memulakan perbualannya dengan Tasha kerana seorang pelanggan hendak membayar. ' Aduh, kenapalah tiba - tiba ada pelanggan?! ' bisik hati Aqil.
Selesai sahaja pelanggan itu membayar di bahagian kaunter pembayaran, Aqil pun meneruskan niatnya. " Apa yang bos nak cakapkan tadi tu? " tanya Natasha. " Oh, macam ni saya............" tiba - tiba, telefon bimbit Natasha berbunyi. ' Ish, kacaulah! Sabar, sabar. Masih ada masa lagi. ' bisik hati Aqil. Natasha pun selesai berbual di dalam telefon. " Cakaplah, bos. " kata Natasha.
" Macam ni, sebenarnya......." percakapan Aqil dipotong. Natasha ternampak Khalid di luar kafe tempat dia bekerja. Khalid merenungnya dengan tajam. " Maafkan saya, bos. Saya nak ke tandas sebentar. " pinta Natasha. ' Aduh, masa ni pula dia nak pergi tandas?! Tak apa, sabar tu separuh dari iman. ' bisik hati Aqil kemudian berlalu pergi. Dia pun pergi ke biliknya.
Semasa berada di dalam tandas, telefon bimbit Natasha berbunyi. Tertera nama Khalid di skrin telefonnya. Dia pun segera menjawab panggilan itu dalam ketakutan.
***********************
Helo. - Natasha
Bukan main lagi ya aku nampak kau dengan lelaki lain. - Khalid
Awak janganlah salah faham. Dia tu cuma bos saya je. - Natasha
Sebab dia bos awak, kaya sebab tulah awak sibuk nak berbual dengan dia kan?! Awak berani buat macam tu kat belakang saya kan?! - Khalid
Awak janganlah salah faham. Betul! Saya masih setia dengan awak. Secara jujurnya, saya cintakan awak. Saya tak ada apa - apa hubungan pun dengan bos saya. - Natasha
Tak apa, kau tunggulah nanti! - Khalid
*************************
Khalid pun mematikan telefon bimbitnya dalam keadaan marah. Dia pun berlalu pergi dari kafe tempat Natasha bekerja. Dari awal, Natasha sudah pun menjangka nasibnya akan buruk. Dia tahu apa yang bakal Khalid lakukan padanya. ' Macam mana sekarang ni?! Semoga tak ada apa - apa. ' bisik hati Natasha. dia cuba menenangkan dirinya. Dia pun kembali untuk meneruskan kerjanya.
Dia pun sudah tidak melihat kelibat Aqil di bahagian kaunter pembayaran. Dia juga tidak melihat kelibat Khalid di luar kafe itu. Dia berasa lega, tetapi, dia tahu nasibnya apabila balik dari kerja nanti.
************************
Affan sedang menyiapkan tugasannya. Dia juga menandatangani cek yang harus segera di tanda tangan. Aireen sedang menyiapkan tugasannya. Lalu, dia pun dipanggil oleh Affan agar datang ke biliknya. " Aireen, masuk bilik saya sekarang. " panggil Affan. Aireen pun masuk ke dalam bilik Affan. " Ya, saya. Ada apa, Encik Affan? " tanya Aireen. " Saya dah tanda tangan semua cek ni. Saya juga dah buat pengesahan. Jadi, awak ambil ni, nanti berikan pada klien - klien kita. " pesan Affan.
" Baik, Encik Affan. " kata Aireen. Aireen pun keluar dengan membawa cek dan beberapa fail. Kemudian, Aireen pun menuju ke dapur untuk membancuh air untuk dia minum. Affan keluar dari biliknya. Dia tidak melihat kelibat Aireen di luar. ' Mana pula perempuan tu pergi? ' bisik hati Affan. Affan pun segera ke dapur kerana dia ingin membancuh minumannya sendiri kerana tidak melihat kelibat Aireen disitu.
' Oh, dia kat sini rupanya. ' bisik hati Affan. Selepas membancuh minumannya, Aireen pun memcuci tangannya sebelum minum. Sebaik sahaja dia berpaling kebelakang, dia melihat kelibat Affan disitu. " Oh, Encik Affan. Ada apa ya? " tanya Aireen. " Tak ada apa - apa. Saya nak suruh awak bancuhkan air untuk saya. Tapi, terima kasih. Awak memang tahu kalau saya nak minum. Saya bangga dengan awak. Tak sia - sia saya ambil awak bekerja sebagai personal assistant saya. " kata Affan.
Dia pun segera minum air yang dibancuh oleh Aireen. " Encik Affan, air tu......." belum sempat dia bercakap, Affan sudah pun minum teh bancuhannya. " Kenapa? " tanya Affan. " Ob, tak ada apa - apa. " jawab Aireen. Affan pun minum teh itu. Aireen membuat muka kesal dan marah. Apabila Affan melihatnya, dia pun pura - pura tersenyum. ' Encik Affan ni, kenapalah tak berfikir dulu untuk tanya teh ni siapa punya?! Hmm, tak apalah. Ikhlaskan jelah. ' bisik hati Aireen.
Selepas minum teh itu, Affan pun berlalu pergi. " Sampai habis dia minum?! Tinggalkanlah untuk aku juga! " kata Aireen. Affan mendengar kata - kata Aireen. " Awak cakap apa tadi? " tanya Affan. " Oh, tak ada apa - apa. Saya cuma nak tanya, sedap ke teh bancuhan saya, Encik Affan? " tanya Aireen. " Oh, sedap! " jawab Affan. " Oh, terima kasih, Encik Affan! " ucap Aireen. " Ya, sedap rasa pasir. " kata Affan kemudian berlalu pergi. ' Tengok tu, dah minum teh aku sampai habis, boleh pula dia cakap rasa pasir?! ' bisik hati Aireen. Dia tetap sabar dengan perangai Affan.
Affa. pun masuk ke biliknya. " Aku dengar lah apa kai cakap tadi. " kata Affan sambil tersenyum lebar. ' Aku tau itu minuman kau. Tapi, aku sengaja nak tengok ekspresi wajah kau je kalau aku minum air kau. ' bisik hati Affan. Affan pun ketawa kecil.
*********************
Adi sedang mencari maklumat dan menyiasat tentang latar belakang Aireen. Dia belum menemukan satu apa pun. Dia berusaha untuk nencari maklumat tentang Aireen. Telefonnya pun berdering. Dia segera menyambut panggilan itu.
*********************
Helo bos. - Adi
Ah, helo Adi. Macam mana dengan latar belakang perempuan tu, dah dapat? - Affan
Satu apa pun saya belum dapat, bos. Yang saya dapat pun, alamat rumah dia, nama penuh dia, status dia. - Adi
Tak apalah. Awak cuba siasat lagi. Saya harap awak tak akan mengecewakan saya. - Affan
Baik, bos! - Adi
**********************
Affan pun mematikan telefon bimbitnya. Dia keluar dari biliknya lalu melihat ke arah Aireen yang sedang menyiapkan tugasannya. " Ahem, ahem! " tegur Affan. Aireen tidak menghiraukannya. " Ahem, ahem! " Affan menegur Aireen. Aireen hanya diam, dia tekun mengerjakan tugasannya. ' Dia merajuk dengan aku ke ni? ' bisik hati Affan. " Ahem, ahem! " tegur Affan buat kali ketiga. " Ya, Encik Affan. Encik Affan kenapa? Encik Affan sakit tekak ke? Nak saya ambilkan air? " tanya Aireen.
" Bila masa pula saya sakit tekak? " tanya Affan. " Yang Encik Affan ahem, ahem tadi tu dah kenapa? " tanya Aireen. " Tak ada apa - apa. Saya cuma nak tengok awak bekerja, dan juga karyawan - karyawan saya yang lain bekerja. Saya cuma nak tengok, awak dan diorang ni kerja dengan tekun, atau makan gaji buta je. " kata Affan kemudian belalu pergi. ' Dah kenapa dengan Encik Affan tu? Mental dia harini tak sihat kot.' bisik hati Aireen.
Affan pun keluar dari Abu Bakar Holdings. Dia tidak sedar kalau Yusrina menuju ke arahnya. " Affan! " tegur Yusrina dari arah belakang. " Oh,. Yusrina. Kau nak apa lagi? Kau tak puas hati lagi ke dengan PA aku?! " tanya Affan. " I nak minta maaf soal I hina PA you. Boleh tak, kalau kita.......mmm, yelah. You pun taukan. " kata Yusrina. " Mmm apa? Kahwin? " tanya Affan.
" Yeah, kahwin. " jawab Yusrina. Affan ketawa. " Kau, nak kahwin dengan aku?! Hmm, jangan mimpilah. Sampai bila - bila pun, aku takkan kahwin dengan kau lah Yusrina. " jelas Affan. " But, Affan! Please, forgive me. Okey, macam nilah. Kalau macam tu, I sanggup buat apa - apa sahaja yang you nak. " kata Yusrina. " Okey, kalau macam tu, aku nak kau berhenti ganggu dan kacau hidup aku. " balas Affan lalu masuk ke dalam kereta. Dia sama sekali tidak menghiraukan Yusrina. Yusrina pun berlalu pergi dengan perasaan marah, benci dan dendam.
************************
Ayuni ternampak Adi sedang menuju ke kereta. Dia pun lantas menghampiri Adi. " Sayang! " tegur Ayuni. Adi pun menghadap ke belakang. " Eh, awak buat apa kat sini? " tanya Adi. " Saya kerja, tapi saya keluar sekejap nak beli roti dengan telur ni je. Ingat nak buat sarapan untuk esok. " ujar Ayuni. " Oh, saya pula sekarang macam biasa tengah kerja. Yalah, awak pun tahu kan pekerjaan saya. " kata Adi. " Oh ya, boleh tak kalau awak ada masa, nanti malam kita keluar makan. Saya nak ajak kawan saya. " kata Ayuni.
" Oh, boleh! Apa salahnya. Lagipun, malam ni saya free. Kalau saya tak ada buat apa - apa kerja, saya duduk terpuruk je dalam bilik. Sekarang awak dah ajak saya ni, dah terisi lah masa saya. Bila, malam ni ke? " tanya Adi. " Ya. " jawab Ayuni. " Okey, kalau macam tu nanti awak WhatsApp je saya tempatnya ya. " kata Adi. " Okey, bye! See you! " kata Ayuni. " Bye! " Adi pun masuk ke dalam keretanya kemudian berlalu pergi. Ayuni pula meletakkan barang - barang yang dibelinya tadi ke dalam kereta. Kemudian, dia pun meneruskan kerjanya sebagai seorang karyawan.
Share this novel