BAB 58

Romance Completed 55259

Aireen dan Affan duduk di sofa yang empuk itu. Begitu juga dengan Dato' Fadzlee dan Datin Ramlah. Aireen hanya tersengih - sengih apabila Datin Ramlah duduk bersebelahan dengannya. Affan hanya memandang ke luar tingkap. ' Aduh, macam mana pula boleh jadi macam ni?! Apalah aku nak jawab dengan papa dan mama nanti. ' bisik hati Affan. ' Hari yang paling malang buat aku harini! Semua ni memang salah Encik Affan lah! Kalaulah dia tak suruh aku cakap tu ke tadi! ' bisik hati Aireen.

" Jadi, apa yang kamu berdua dah rancang? " soal Datin Ramlah. " Oh, datin, izinkan saya untuk bercakap sebentar dengan Encik Affan kat luar dulu ya. Ada benda nak cakap sikit ni. " Aireen meminta izin dari Datin Ramlah. " Kenapa pula panggil Encik Affan? Tak ada panggilan yang manja ke? " tanya Datin Ramlah. " Ada je. Tapi, Aireen tak biasa cakap kat tempat kerja. Bukan kat tempat kerja je, tapi.... dia memang pemalu orangnya. " kata Affan.

Aireen dan Affan pun keluar dari bilik. Mereka berdua segera menuju ke arah dapur. Aireen pun mengunci pintu dapur agar tiada seorang pun yang masuk serta mendengar perbualan mereka berdua. " Semua ni, salah Encik Affan! Kalaulah Encik Affan tak suruh saya cakap pasal tu tadi, semua ni takkan jadilah! " marah Aireen. " Aduhai, awak marah pun comel lah! " puji Affan.

" Saya tengah serious ni, Encik Affan! Saya tak main - main ni! So, apa kita nak buat sekarang? " tanya Aireen. " I don't know. But, saya.....hah! Macam ni lah! Apa kata kalau kita cakap je yang kita rancang pun masa umur saya 31 ke nanti baru kita kahwin! " cadang Affan. " No, tak boleh lah, Encik Affan! Diorang takkan percaya pun! " bantah Aireen. " So, how about, we just meet your parents? " tanya Affan. " No, tak boleh juga! Hah, saya tahu apa perlu buat! " kata Aireen.

" Nak buat apa? " tanya Affan. " Encik Affan ikut saya jelah! " kata Aireen lalu secara tidak sengaja, dia memegang tangan Affan lalu membuka pintu dapur. Aireen melihat ke arah Affan lalu melepaskan tangan Affan. Affan hanya buat - buat tidak tahu. Mereka berdua pun segera menuju ke bilik kerja Affan. Kelihatan Dato' Fadzlee dan Datin Ramlah sedang menunggu jawapan daripada mereka berdua.

" Maaf ya sebab buat dato dan datin menunggu. " kata Aireen. " Eh, tak apalah! Tak jadi masalah pun, kan. " balas Dato' Fadzlee. " So, kami cuma rancang untuk mulakan hubungan yang baru. " jelas Aireen. " Maksud kamu apa? " tanya Datin Ramlah. " Kitorang pernah berhubungan sebelum ni, tapi kitorang break up. Sebab, saya rasa dia takkan terima saya sebab, saya dah ada anak dah pun. Rupanya, dia tak kisah pun. Kami berdua pun, bersatu semula. " jelas Aireen.

" Oh, dah ada anak! Baguslah tu, walaupun bukan cucu saya, tapi dia akan jadi bakal cucu saya nanti! " kata Datin Ramlah dengan penuh gembira. " Isteri saya ni, memang suka dengan budak - budak. Dia tak kisah pun Affan nak memperisterikan sesiapa. Yang penting, sikap dia, serta Affan ada anak dan isteri saya ni bolehlah main dengan anak dia. Memang itu yang dia nakkan sangat dari dulu. Tapi, Affan ni je memilih sangat. Dah banyak yang dijodohkan dengan dia. Semua dia tolak. Termasuklah juga Yusrina. Sepupu dia yang tadi tu. " jelas Dato' Fadzlee.

" Ya, saya dah kenal. Dia yang kenalkan pada saya. Dia banyak cerita pasal kehidupan dia. " ujar Aireen.

*************************

Rasa rindu dihati Dato' Yusof mulai wujud. Dia selalu terbayang wajah Aireen di dalam ingatannya. Seandainya dia boleh merubah waktu dan masa, ingin sekali dia mengembalikan semula masa itu serta ingin dia merubah keputusannya itu. Dia merasakan bahawa dia terlalu mengikutkan emosi dan perasaan. ' Andai aku boleh putarkan semula waktu dan mengubah apa yang terjadi di masa lalu. ' Kata - kata yang selalu diucapkan di dalam hatinya tanpa henti. Inikah yang dinamakan kerinduan seorang ayah terhadap anak perempuan sulungnya?

Mak Jah hanya melihat Dato' Yusof dengan wajah kasihan. Dia sepertinya dapat membaca apa yang difikirkan oleh Dato' Yusof. Dato' Yusof duduk seorang diri di gazebo yang berwarna perang itu. Dia memikirkan perbuatannya di masa lalu di tempat yang indah itu. Gazebo yang disekelilingnya dihiasi dengan pokok bunga yang berwarna - warni dan harum baunya. Kecuali di kawasan masuk dan keluar tidak ada pokok bunga kerana menjadi tempat laluan.

Mak Jah pun menghampiri Dato' Yusof yang hanya duduk termenung melihat ke arah kolam renang. " Maaf ya, kalau saya ganggu. Dato nak minum apa - apa ke? " tanya Mak Jah. " Oh, boleh juga. Saya nak minum kopi. " balas Dato' Yusof. " Baiklah, dato. " balas Mak Jah. Mak Jah pun segera ke dapur. " Apa, lah nak jadi dengan keluarga ni ya? Semoga mereka dapat bersatu kembali. " kata Mak Jah sendirian lalu menyediakan kopi untuk Dato' Yusof.

Selama Mak Jah bekerja sebagai pembantu rumah di rumah itu selama 30 tahun, tidak pernah lagi berlaku persengketaan atau ketidakbahagiaan dalam keluarga itu. Kalau berlaku pergaduhan, itupun semasa Aireen, Aqil dan Ariana kecil. Biasalah, namanya juga kanak - kanak, pasti akan bergaduh kemudian berbaik semula. Tapi, kali ini sangat berbeza. Mak Jah sudah lelah melihat keluarga itu tidak aman tanpa adanya Aireen.

Dia berharap sangat agar Aireen kembali semula ke rumah banglo tiga tingkat itu. Mungkin kalau dia ada sekarang, dia juga akan mengetahui siapa Natasha. Itulah yang difikirkan Mak Jah. Padahal sebenarnya, Aireen sudah pun mengetahui melalui Datin Rossa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience