" So, jadi Aireen dah berapa lama kenal dengan Affan? " tanya Datin Ramlah. " Tak lama mana pun. Mungkin, selama saya kerja kat sini sebagai PA dia kot? Kitorang pun masa tu, tak lah rapat sangat. " jawab Aireen. Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga melayan Datin Ramlah. " Aireen, sekarang dah pukul berapa? " tanya Affan. " Oh, dah pukul 1.30 petang. Meeting tu tak lama lagi. " jawab Aireen. " Mama, papa. Affan nak minta izin dulu ya ke bilik mesyuarat. " kata Affan.
" Oh, baiklah. Kalau macam tu, mama dan papa balik dulu ya. " kata Dato'Fadzlee. " Okey! " balas Affan. Dato' Fadzlee dan Datin Ramlah pun melangkah keluar dari bilik pejabat Affan. " Huh, mama dengan papa tak beritahu pula nak datang. " luah Affan. " Tulah, sepatutnya Encik Affan berfikir dulu sebelum suruh saya buat sesuatu. " kata Aireen. " Awak ni tak habis - habis ke nak salahkan saya? " tanya Affan. " Ya, memang tak habis. Sekarang saya ni yang tanggung. Ibu Encik Affan tadi pun, macam - macam dia tanya saya. Saya ni pula yang terpaksa menipu. Taklah semuanya. Ada juga yang saya jujur. " ujar Aireen.
" So, kita nak buat apa sekarang? " tanya Affan. " Encik Affan tanya saya pula. Tengoklah nanti. Sekarang ni, susah saya nak berfikir. Mana semalam saya stres lagi. Nak jaga anak lagi. Encik Affan pun janganlah nak harapkan saya saja. Encik Affan pun, kenalah beri kerjasama juga. Hah! Today is my bad day! " luah Aireen. Masing - masing berasa takut jikalau semuanya terbongkar. " Macam nilah! Apa kata kalau Encik Affan jelaskan semuanya pada mereka. " cadang Aireen.
" Hah, jelaskan semuanya pada mereka?! Awak dah gila ke?! Dahlah kita menipu. Nak jujur dengan diorang pun susah. Susah saya nak jelaskan semuanya pada mereka. Hah, ataupun lebih baik kita mulakan hubungan macam, kita bercinta ke. " cadang Affan. " No, saya tak nak lah! Semenjak saya kerja dengan Encik Affan, macam - macam hal yang berlaku. Yusrina dan sekarang pula, parents Encik Affan pula. " ujar Aireen.
***********************
Aqil duduk di kerusi kafe. Dia memikirkan hal semalam yang berlaku ke atasnya. Sakit di badannya masih lagi terasa. ' Memang dia berdendam dengan aku haritu lagi sebab aku belasah dia. Cuma untuk bagi pelajaran tapi sebaliknya balas dendam pula. Bukan main teruk ni ya. ' bisik hati Aqil. Natasha tersenyum melihat Aqil dari jauh. Kemudian, Aqil tersedar bahawa Natasha tersenyum padanya. Aqil yang hairan segera menuju ke arahnya.
" Kenapa awak senyum - senyum pula ni? " tanya Aqil. " Bos, bos. Tulah, semalam tunjuk hero lagi. " perli Natasha. " Kalau tak, nyawa awak pun mungkin dah lama melayang tau tak?! Macam tu juga dengan saya. " ujar Aqil. " Alhamdulillah, bersyukur saya bos sebab saya tak apa - apa. " luah Natasha. " Awak memang tak apa - apa tapi saya yang tanggung. " kata Aqil.
" Oops, sorry bos. Kalau diorang ganggu kita lagi macam mana? " tanya Natasha. " Mungkin dia dah takut. Lagipun, tiga orang kawan dia dah diberkas oleh polis semalam. Sekarang, tinggal dia dan dua orang kawan dia je lagi. Jadi, sekarang kita cuma perlu berhati - hati. " jelas Aqil. " Bos jagalah dulu diri bos tu. Tak payah nak hiraukan saya. Saya boleh je jaga diri saya sendiri. " kata Natasha.
" Sombong awak?! Awak tak tahu ke apa yang jadi pada awak haritu?! Keselamatan awak lagi penting daripada nyawa saya. Tak payahlah awak nak meninggi diri. Awak pun haritu penakut juga sampai menangis sebab Khalid. " jelas Aqil. Natasha menjeling ke arah Aqil. ' Hish, mengungkit lah tu!' bisik hati Natasha.
****************************
Datin Rossa mundar duduk di sofa ruang tamu. Dia sedang berfikir bagaimana hendak bertemu dengan Aireen. Dia ingin merancang pertemuannya dengan Aireen. Kemudian, dia pun mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Aireen.
*****************************
Hello, Assalamualaikum Aireen! - Datin Rossa
Waalaikumussalam, mama! Ada apa? - Aireen
Boleh tak kalau kita berjumpa. Mama rindu sangat dengan Aireen. Kalau boleh, mama nak sangat setiap hari tengok Aireen. Setiap hari berbual dengan Aireen. - Datin Rossa
Oh, okey! Boleh je. Aireen tak kisah pun. Kita jumpa kat butik mama ke? - Aireen
Tak, bukan kat situ lagi. Nanti mama share location kat whatsapp ya! - Datin Rossa
Okey! Aireen nak sambung kerja dulu ya! Assalamualaikum! - Aireen
Waalaikumussalam! - Datin Rossa
************************
Panggilan telefon pun dimatikan. " Alhamdulillah, akhirnya boleh lagi berjumpa dengan Aireen! " ucap Datin Rossa. " Nak jumpa Aireen ke? " tanya Dato' Yusof. Datin Rossa pun memandang ke arah belakang. Dia terkejut apabila melihat Dato' Yusof betul - betul berdiri dihadapannya. " Saya nak tanya awak, awak sebelum ni ada jumpa dengan Aireen ke? " tanya Dato' Yusof.
" Baiklah, saya akan jelaskan semuanya pada abang. " jelas Datin Rossa. Datin Rossa pun menceritakan segalanya kepada suaminya. Dia terpaksa kerana semuanya sudah terbongkar. Dia sangat menyesal. " Saya, nak jumpa dengan Aireen nanti. Boleh tak kalau izinkan saya ikut dengan awak untuk bertemu dengan Aireen. Saya, memang betul - betul rindukan dia! Saya tahu saya silap. Saya silap membuat keputusan. " rayu Dato' Yusof.
" Kalau abang dah cakap macam tu, saya.... baiklah. Boleh. Kalaulah memang betullah niat abang tu, baiklah. Saya akan tunaikan. Saya bersyukur sangat sebab, tuhan dah bukakan pintu hati abang. Semoga, abang tak akan melakukan kesilapan yang sama. " kata Datin Rossa. Dato' Yusof mengucapkan rasa syukur kerana dia akan bertemu dengan anak perempuan sulungnya.
Dia sangat menyesal dengan perbuatannya dahulu. Dia berharap sangat agar dia dapat bahagiakan kembali semula keluarganya. Selama 7 tahun dia tidak melihat wajah Aireen. Selama 7 tahun itu juga dia tidak mendengar suara Aireen. Mungkin, dia juga akan berjumpa dengan cucunya yang juga merupakan anak Aireen.
Share this novel