BAB 39

Romance Completed 55259

Affan sepertinya tidak percaya dengan kata - kata Raziq tadi. Dia termenung lalu melanjutkan kerjanya. Kemudian, dia termenung semula. ' Kalau tak silap, sebelum ni aku pernah terserempak dengan Dato' Yusof. Tapi kat mana ya? Kalau betul dia anak Dato' Yusof dan Datin Rossa, kenapa dia tinggal kat rumah yang biasa je tu? Kenapa dia tak tinggal kat rumah dia? Ataupun.....? ' lamunan Affan terhenti.
" Encik Affan, ni ada beberapa fail yang perlu pengesahan dari Encik Affan. Dan ni ada sepuluh keping cek yang perlu ditanda tangani segera. " tegur Aireen. " Oh, baiklah. Letak je kat situ. Aireen saya nak.....? " entah apa yang ingin Affan tanya pada Aireen. " Ya, Encik Affan. Apa dia? " tanya Aireen. " Oh, tak ada apa - apalah. " jawab Affan. Sepertinya, dia tidak jadi untuk menanyakan soal itu kepada Aireen.
Aireen pun keluar dari bilik Affan. " Pelik betullah Encik Affan tu. Tadi pagi, okey je. Tapi sekarang, lain macam je. Mesti dia ada fikir sesuatu ni kan. " kata Aireen sebaik sahaja dia keluar dari bilik Affan. " Ahem, ahem. Apa maksud awak? " tanya Encik Affan. Aireen terkejut dengan kehadiran Affan. Mata mereja saling menatap antara satu sama lain. " Oh, tak ada apa - apa. Maksud saya,....... harini Encik Affan handsome sangat. " jawab Aireen.
Affan tidak yakin dengan jawapan yang diberikan Aireen. Lama dia menatap wajah Aireen. Aireen sepertinya ketakutan. " Baiklah. Tumpang lalu. " balas Affan. Dia pun segera berlalu dari situ. Aireen pula duduk di tempat duduknya. " Huh! Nasib baik dia percaya tadi. Mesti dia dengar apa aku cakap tadi kan?! " kata Aireen lalu menyambung pekerjaannya.

*************************

Ayuni sedang menyiapkan tugasannya. Selesai sahaja tugasannya, dia pun keluar untuk menuju ke sebuah restoran. Dia dan Adi sudah pun berjanji untuk makan tengahari bersama - sama di sebuah restoran. Dia pun melihat Adi di restoran itu. Adi sedang berbual dengan seseorang dari dalam telefon bimbitnya. Adi pun mematikan panggilan telefon itu. Ayuni pun terus menuju ke arah Adi.
" Siapa call? " tanya Ayuni. " Oh, ni hah. Bos sayalah. " jawab Adi. " Kenapa? Abang ada kerja ke? Jadi, tak jadilah kan kita makan sama - sama. " balas Ayuni. " Eh, tak lah. Bukan macam tu. Dia call abang pun mana ada dia bagi kerja apa - apa kat abang. Abang minta dengan dia cuti lima hari. " jelas Adi. " Cuti? Cuti apa pula ni? " tanya Ayuni. " Abang dah rancang. Sayang je yang tak tahu. Abang, nak bawa sayang honeymoon kat Pulau Langkawi. " ujar Adi.
" Betul ke ni, bang?! Wah, terima kasih! " ucap Ayuni. " Hah! Minggu depan kita akan pergi. Jadi, sayang mintalah cuti lima hari je dengan bos sayang. " kata Adi. " Hmm, tengoklah nanti. Sebabkan bang, kadang - kadang sayang ni selalu sibuk. Susah nak ambil cuti. Lima hari lagi tu. " jelas Ayuni. " Alaa, lima hari je. Duit abang ni dah banyak. Nanti, abang akan booking hotel mewah untuk sayang! " ujar Adi.
" Sayang rasakan, abang tak perlu kot booking hotel yang mewah. Sayang ni mana - mana je. Ikut kemampuan abang. Lagipun, sayang tak nak susahkan abang. Nanti kalau sayang minta macam - macam, mesti abang stres. Ikut mana yang mampu jelah. " kata Ayuni. " Abang mana - mana je. Asalkan untuk sayang, abang sanggup buat apa - apa saja. " ujar Adi.
" Abang, ni kita asyik berbual ni, kita duduk kat sana jelah. Kita pesanlah makanan dulu. Lepastu, baru sambung berbual." kata Ayuni. Mereka berdua pun menuju ke sebuah meja. Mereka pun memesan makanan mereka masing - masing. " Sayang, abang nak tanya boleh tak? " tanya Adi. " Tanyalah. " jawab Ayuni. " Haritu, abang ada ternampak Datin Rossa dengan Aireen. Apa hubungan mereka ya? " tanya Adi.
Adi terpaksa berbohong. Affan menyuruh Adi bertanya kepada Ayuni soal Aireen. " Oh, sebenarnya..... sebenarnya..... Aireen anak Dato' Yusof dan Datin Rossa. Tapi, abang jangan beritahu siapa - siapa pula. Janji tau. Jaga rahsia ni. " pesan Ayuni. " Tapi, kenapa dia tinggal kat rumah Ayuni? Kan dia ada rumah dia sendiri. " kata Adi. " Kan saya pernah cerita kat abang. Dia kena halau dari rumah sebab hamil. Abang janji tau jangan beritahu sesiapa. " pesan Ayuni. " Ya, abang janji. " kata Adi.

****************************

Affan sedang mundar - mandir di dalam biliknya. Dia sedang menunggu berita tentang Aireen dari Adi. Bunyi notifikasi pun kedengaran. Dia segera melihat telefonnya tetapi, itu bukan Adi, bahkan Yusrina. Yusrina ingin berjumpa dengannya. " Hish, dia tak habis - habis nak ganggu akulah. " kata Affan. Terpapar di skrin telefonnya nama Adi. Adi mengirimkan pesanan mesej menggunakan aplikasi WhatsApp.
' Bos, Aireen tu memang anak Dato' Yusof. Tapi, tujuh tahun lalu dia dihalau dari rumahnya sebab dia hamil diluar nikah. ' Affan membaca pesanan mesej itu. " Ni semua memang salah aku. Kalaulah aku tak buat semua tu, mungkin hidup dia tak jadi macam sekarang. Maafkan aku, Aireen. Aku janji akan kahwin dengan kau untuk tebus semua kesilapan ku pada kau. " kata Affan dengan penuh kesal.
Dia pun membuka aplikasi galeri di telefon bimbitnya. Dia menatap gambar Aireen dan Esha. " Esha memang betul anak kandung aku. Tapi, kalau aku berterus terang dengan dia, mesti dia kesal, marah dan benci dengan aku. Sebab aku dah buat perkara yang tak senonoh pada dia. Kesian Esha. Dia membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Kalaulah aku tak buat semua tu pada dia, mesti dia tak hidup macam sekarang. Dahlah sekarang ni dia hidup susah. Dia kerja keras untuk jaga anak dia. Single parents. " kata Affan. Dia pun mematikan telefon bimbitnya lalu menyambung kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience