" Encik Affan, saya nak minta izin keluar kejap boleh? " tanya Aireen. " Awak nak pergi mana pula?! Kenapa, nak makan gaji buta. " kata Affan. " Bukan macam tu maksud saya. Saya nak keluar sekejap je. Tolonglah, Encik Affan. " rayu Aireen. " Baiklah, sekejap je tau. " balas Affan. " Terima kasih, Encik Affan. " ucap Aireen kemudian berlalu pergi.
Affan menggunakan telefonnya untuk memanggil Adi. " Helo, ikut kemana dia pergi dan jangan lupa ambil gambar. " kata Affan dari dalam telefon. " baik, bos. " jawab Adi. Adi pun mengikuti Aireen.
Aireen menjemput Esha dari sekolah. Dia tidak sedar kalau dia diikuti oleh Adi. " Mama! " kata Esha. " Sayang! Macam mana sekolah harini? " tanya Aireen. " Okey! Seronok! " jawab Esha. " Mama sekarang ni nak terus hantar Esha balik rumah. " ujar Aireen. " Alaa, kenapa tak boleh jalan - jalan macam semalam? " tanya Esha. Dia sedih. " Maafkan mama ya, sayang. Mama kerja. Takpelah, nanti mama suruh Kiki bawa Esha jalan - jalan. Nak tak? " tanya Aireen. " Nak! " kata Esha.
Adi mengambil beberapa keping gambar Aireen dan Esha lalu menghantarnya pada Affan menggunakan WhatsApp. Affan pun melihat foto itu. ' Jadi, dia dah ada anak. Apa, dia dah kahwin atau belum? Atau itu anak aku? ' bisik hati Affan. Dia pun mematikan telefon bimbitnya.
Aireen pun menghantar anaknya pulang. " Assalamualaikum, Kiki. " Aireen memberi salam. " Waalaikumussalam, eh, Puan Aireen, Esha! " jawab Kiki. " Tolong jaga Esha lepas tu suruh dia mandi. Bawa dia jalan - jalan ya. " pesan Aireen. " Baik, Puan Aireen. " balas Kiki. " Baiklah, saya nak kerja dulu ya. " kata Aireen. " Baik, Puan Aireen. Hati - hati ya. " kata Kiki. Aireen pun berlalu pergi. Esha melambaikan tangannya. Aireen pun membalas lambaian tangan Esha.
Aireen pun menuju semula ke tempat kerjanya. Dia pun mengetuk pintu lalu masuk ke bilik Affan. " Maafkan saya Encik Affan kalau saya lambat. " kata Aireen. " Oh, tak apa. Awak pergilah sambung kerja awak. " kata Affan. " Baik, Encik Affan. " kata Aireen lalu keluar dari bilik itu dan menuju ke mejanya.
Waktu kerjanya pun habis. Dia pun pulang dengan menaiki Grab. Dia terus ke biliknya untuk mandi. Selepas mandi, dia pun turun ke bawah untuk makan malam bersama Ayuni dan Esha. " Mama, nak tu boleh? " tanya Esha. Jari telunjuknya menunjuk ke arah nuget. " Nah, mmm sayang anak mama. " kata Aireen sambil mencubit pipi Esha.
*****************
Affan masih lagi tertanya - tanya tentang Aireen. ' Agak - agaknya, apa yang jadi dengan perempuan tu ya. Kenapa ya, hati aku kuat mengatakan kalau budak perempuan ni anak aku? ' bisik hati Affan sambil melihat foto Aireen bersama Esha di telefonnya. Ketukan pintu kedengaran. " Ya, masuklah. Pintu tak kunci pun. " kata Affan. Datin Ramlah pun masuk ke dalam bilik Affan.
" Oh, mama. Ada apa? " tanya Affan. " Macam ni, tahun ni umur kamu dah 28 tahun. Kamu tak terfikir ke nak kahwin? " tanya Datin Ramlah. " Buat masa sekarang ni, Affan sibuk lagilah, ma. Jadi, Affan takde masa nak fikir pasal semua tu. " jawab Affan. " Kalau macam tu, baik kamu kahwin dengan Yusrina. Lagipun, tahun Yusrina pun 28 tahun juga. Mama tengok kan, Yusrina tu baik orangnya. " ujar Datin Ramlah.
" Baik, baik ada makna tu. " kata Affan. " Kenapa pula kamu cakap macam tu. Memang betullah Yusrina tu baik orangnya. Takde dalam undang - undang pun tak boleh kahwin dengan sepupu sendiri. " kata Datin Ramlah. " Affan memang nak juga kahwin. Tapi, Affan ada jenis perempuan yang Affan suka. " kata Affan. " Maksud Affan, perempuan yang macam mana pula ni? " tanya Datin Ramlah.
" Affan nak perempuan yang patuh kepada suaminya, baik hati, jujur, ikhlas dan yang paling penting sekali boleh dapatkan zuriat. " ujar Affan. " Mama tengok, semua ciri perempuan yang Affan nak kan tu dah ada dah. Affan je yang tak perasan. " kata Datin Ramlah. " Siapa? " tanya Affan. " Yusrina. " jawab Datin Ramlah. " Yusrina lagi. " kata Affan.
" Kenapa Affan tak nak kahwin dengan Yusrina? Affan tak suka dia ke, Affan benci dia ke? " tanya Datin Ramlah. " Affan tak benci pun dengan dia. " jawab Affan. " Habis tu? " Datin Ramlah tertanya - tanya. " Yusrina tu, annoying lah, mama. Lagipun, Affan tak nak kahwin dengan sepupu sendiri. Affan nak kahwin dengan perempuan yang tak ada hubungan keluarga dengan kita. " ujar Affan.
" Mana - mana jelah Affan. Kamu yang nak kahwin. Kalau mama, Yusrina tu ialah yang terbaik untuk jadi isteri Affan tau. " kata Datin Ramlah. " Bagi mama dia memang yang terbaik. Tapi bagi Affan, Affan tak anggap dia lebih. Affan cuma anggap dia sebagai sepupu je. Dia je yang lebih - lebih. " ujar Affan. " Dahlah, mama nak tidur dulu. Goodnight, Affan. " kata Datin Ramlah. " Ya, goodnight mama. " balas Affan. Datin Ramlah pun berlalu pergi dari bilik Affan lalu menuju ke bilik tidurnya.
*******************
Affan bangun awal. Dia kemudiannya menyarungkan pakaiannnya lalu turun untuk bersarapan. " Morning papa, mama. " sapa Affan. " Morning, Affan. " jawab Dato' Fadzlee. " Ya, good morning Affan. " jawab Datin Ramlah. " So, dah empat tahun Affan bergelar manager di Abu Bakar Holdings. Kalau ada apa - apa masalah tentang syarikat tu, bila - bila masa je papa. boleh tolong. " ujar Dato' Fadzlee. " Alright, papa. " jawab Affan. Affan pun menuju ke tempat kerjanya.
Sesampai sahaja disana, Aireen sudah pun datang. Affan pun masuk ke biliknya. Selepas sepuluh minit Affan berada di dalam bilik, Aireen pun mengetuk pintu lalu masuk ke bilik Affan. " Encik Affan, ni ada sepuluh keping cek yang perlu Encik Affan tanda tangan dengan segera. " beritahu Aireen. " Itu je? " tanya Affan. " Ya, itu saja. " kata Aireen lalu memberikan cek itu kepada Affan. Aireen pun keluar.
*******************
Datin Rossa termenung. Dia masih memikirkan soal anaknya, Aireen. ' Aireen kat mana sekarang? Mama rindu dekat Aireen. Tolonglah, Aireen balik ya. ' bisik hati Datin Rossa. Shika sedar Datin Rossa termenung. Shika tahu apa yang terjadi pada keluarga Datin Rossa. " Datin Rossa nak minum apa - apa ke? " tanya Shika. " Tak apalah Shika. Saya okey je. " jawab Datin Rossa.
" Sudah - sudahlah tu Datin. Saya faham apa yang Datin alami sekarang. Saya yakin anak Datin baik - baik je kat luar sana. " pujuk Shika. " Saya tak dapat nak lupakan anak saya, Shika. Saya betul - betul rindukan dia sangat - sangat. Dah tujuh tahun saya tak jumpa anak saya. Tujuh tahun. " balas Datin Rossa. " Kalau Datin nak apa - apa, saya siap tolong Datin. Maksud saya, tolong Datin cari dia ke. " kata Shika.
" Terima kasih, Shika. Saya rasa memang awak dah tolong saya pun. Tapi, takpe. Nanti saya upah seseorang untuk cari anak saya. Cari anak saya, macam mana dengan keadaan dia, dia tinggal kat mana sekarang. " kata Datin Rossa. " Oh, sama - sama, Datin. " ucap Shika. Dia pun menyambung semula pekerjaannya.
" Shika, tolong jaga butik ya. Saya nak keluar sekejap. " pesan Datin Rossa. " Baiklah, Datin. " balas Shika. Datin Rossa pun melangkah keluar dari Butik Asiah. Kemudian, dia mengupah seseorang untuk mencari anaknya.
*******************
Dato' Yusof seperti biasa sedang bekerja di Yusof Holdings. Tiba - tiba, dia teringatkan anaknya, Aireen. ' Dah tujuh tahun berlalu. Dia memang dasar anak tak mengenang budi! ' jerit hati Dato' Yusof. Begitu bencinya dia dengan darah dagingnya sendiri. Bunyi ketukan pintu kedengaran. Rita, pembantu peribadi Dato' Yusof pun masuk. " Maafkan saya, Dato'. Saya cuma nak ingatkan, pukul 2.00 petang nanti ada meeting dengan klien. " pesan Rita. " Baiklah, Rita. " jawab Dato' Yusof. Rita pun keluar.
Share this novel