Menyiapkan bekalan makanan untuk Esha ke sekolah sudah menjadi rutin harian Kiki. Selain itu, Kiki turut membantu Mak Jah menyiapkan sarapan dan sebagainya. Wajah Aireen kelihatan muram. Dia asyik memikirkan keadaan Aqil yang dirawat di hospital. Kalau boleh, mahu sahaja dia mengupah seseorang untuk mencari tahu tentang tiga orang lelaki yang melarikan diri selepas memukul adiknya. " Mama, Esha nak jumpa papa Affan boleh? Rindu lah kat dia. " rayu Esha.
" Buat masa sekarang ni dia asyik sibuk je. Tak apa, Esha. Nanti mama akan tanya bila dia ada masa yang sesuai untuk jumpa Esha, ya! " jelas Aireen. " Yay, I love you mama! Sayang mama sangat-sangat! " kata Esha dengan penuh perasaan teruja. " Esha, mana boleh la macam tu. Dah berapa kali mama cakap. Mesti makan sayur. " kata Aireen sebaik sahaja melihat Esha meninggalkan sayuran di atas pinggan. " Alaa, mama. Sayur ni tak sedap lah. " balas Esha.
" Esha, tak baik tau cakap tak sedap depan rezeki yang Allah bagi. Banyak tau kebaikan makan sayur ni. Esha nak sentiasa sihat tak? " tanya Aireen. " Mestilah Esha nak sentiasa sihat. " jawab Esha. " Hah, kalau macam tu cepat habiskan sayur tu. " kata Aireen. Aireen pun menyuapkan sayuran ke mulut Esha. Kemudian, Aireen pun mengusap lembut kepala Esha.
************
Yusrina membuang semua bantal dan selimutnya ke lantai. Kesemua barangan kosmetiknya juga turut dibuang ke lantai sehingga ada beberapanya pecah. " Affan! " jerit Yusrina. Yusrina pun bersandar di tepi katil. Air matanya mula membasahi pipi. " Apa kurangnya aku di mata kau?! " kata Yusrina. Puan Zainab hanya mampu untuk mengetuk pintu agar Yusrina membenarkannya untuk masuk ke dalam bilik. " Sayang, buka pintu ni. Biarkan mama masuk. " rayu Puan Zainab.
" Affan! Aku sayang sangat dengan kau! Kenapa Aireen juga yang kau pilih! Akulah orang pertama yang cintakan kau dulu! Tapi, sebab perempuan tu .... perempuan tu rampas kau daripada aku! " kata Yusrina. Pisau boleh laras pun diambil lalu dikoyakkan bantal yang dicampakkan ke lantai tadi. Dia melakukan sambil menjerit-jerit nama Affan.
" Yusrina, tolonglah buka pintu ni sayang. Jangan buat mama macam ni. Bibik, ambil kunci dalam laci tu, sekarang! Cepat sikit! " pinta Puan Zainab. Bibik pun menghulurkan kunci kepada Puan Zainab. Dengan pantasnya Puan Zainab mengambil kunci itu daripada bibik. Dia pun lekas membuka pintu yang dikunci oleh Yusrina dari dalam bilik. Sebaik sahaja pintu dibuka, alangkah terkejutnya Puan Zainab melihat keadaan bilik Yusrina yang berhamburan itu.
Dia turut terkejut melihat keadaan Yusrina yang tidak terurus itu. Sedih hatinya melihat anak tunggalnya seperti itu. Puan Zainab pun segera mendekati Yusrina lalu memeluknya dengan erat. Puan Zainab pun mula mengalirkan air mata. " Sabar ya, sayang. Memang Affan bukan jodoh kamu. Kamu mesti lupakan dia. Tolonglah jangan macam ni. " pujuk Puan Zainab. " Mama! " kata Yusrina.
*************
Natasha masuk ke dalam wad. Dia membawa teh yang baru sahaja dia bancuh dari rumah. Dia melihat ke arah Datin Rossa yang sedang khusyuk membaca Yasin untuk Aqil. Tasha pun meletakkan termos yang berisi teh di atas meja. Selesai sahaja Datin Rossa membaca Yasin untuk Aqil, dia pun meletakkan Yasin ke dalam laci. Dia pun menoleh ke arah Tasha. " Datin, ni ada teh. Saya bancuh sendiri. Saya bawa dari rumah. " kata Tasha lalu menuangkan teh susu itu ke dalam gelas. Dia pun memberikan gelas itu kepada Datin Rossa.
" Panggil je saya Aunty Rossa. Kamu tak usah nak panggil saya datin. Saya dah anggap kamu macam keluarga saya sendiri. " balas Datin Rossa. Tasha membalasnya dengan senyuman. " Aqil macam mana? Ada apa-apa perubahan ke? " tanya Tasha. " Belum ada apa-apa perubahan. Doktor kata, dia belum stabil lagi. Aunty harap sangat, Aqil sembuh dengan segera. Tak sanggup aunty nak tengok dia macam ni. " ujar Datin Rossa. Dia tidak mampu untuk menahan kesedihannya.
" Aunty, Aqil ni seorang yang kuat. Saya yakin yang dia, mampu untuk sembuh. Saya meletakkan semua harapan saya pada dia. Dialah, orang yang baik hati yang saya pernah kenal. Dia dah banyak bantu saya jika saya ditimpa kesusahan. Dia baik, kuat, bijak, pandai pula tu. Dia memang pandai jaga hati orang. Dia seorang yang sangat memahami. Saya kagum dengan dia. " ujar Tasha.
" Hanya dia satu-satunya anak lelaki aunty. Aunty memang terkejut bila dengar yang Aqil dah macam ni. Aunty harap sangat, Aqil cepat bangun dari katil ni. Tak sanggup aunty nak tengok dia terbaring je atas katil ni. " tangis Datin Rossa. Tasha pun berdiri lalu menuju ke arah Datin Rossa untuk menenangkannya. " Sabar ya, aunty. Ni semua ujian daripada Allah. Saya yakin, yang Aqil akan segera sembuh. Aqil akan segera bangun dari katil ni. Kita hanya mampu untuk berdoa dan membisikkan kata-kata semangat ke telinganya. Aqil seorang yang kuat. " ujar Tasha.
" Terima kasih, Tasha. Kamu memang seorang yang baik hati. Patutlah Aqil banyak bantu kamu. Dah, aunty dah tak nangis dah. Aunty nak cuba dulu teh yang Tasha bancuh ni. Mesti sedap ni. " kata Datin Rossa lalu menghirup teh yang panas itu.
****************
" Affan, betul ke kau buat semua ni?! Wah, aku memang betul-betul tak percaya! Tapi, kenapa? " tanya Nifail. " Mari aku beritahu kau. Aku tak sengaja pun lah. Itulah aku nak sangat kahwin dengan dia. Aku nak tanggungjawab atas segalanya. " jawab Affan. " Jadi, Esha tu....anak kau juga lah ye? Wah, dahsyat betul kau ni Affan. " kata Nifail. " Shh, jangan lah cakap kuat sangat. Entah-entah, dia kat luar tengah buat kerja. Perlahankan lah sikit suara kau tu. " balas Affan.
" Bila kau nak beritahu dia perkara sebenar? " tanya Nifail. " Aku....entahlah. Dah banyak kali tau aku fikir. Macam mana caranya supaya aku nak berterus-terang dengan dia. " kata Affan. " Cakap jelah dengan dia secara berdepan. Kan senang. Tak susah pun kan. " kata Nifail. " Ya, bagi kau. Tapi bagi aku tak. Kalau aku terus-terang dengan dia, aku yakin yang dia akan benci aku sampai mati weh, sampai mati. Itulah aku suruh kau datang ke bilik aku ni untuk tolong aku. Tolonglah aku. Kau kan best friend aku. Lagipun, aku tak tahu macam mana nak berterus-terang dengan dia. " ujar Affan.
" Eh, kalau aku dalam situasi kau pun, aku rasa aku pun tak boleh jugalah. Macam ni jelah, kau beritahu dia pada waktu yang sesuai. Time dia happy happy, kau beritahulah dia. Kalau ikutkan hati aku kan, aku tak nak tolong kau ni. Kau yang buat dia, kau sendirilah yang tanggung. Tapi, disebabkan mood aku baik harini, aku boleh je tolong kau. " Nifail memberikan cadangan. " Tak ada cadangan lain ke? Aku nak cadangan yang lain. Tolonglah, kalau cakap macam tu pun mungkin tak boleh juga. Lagipun, bapa dia tu garang gila weh! Mesti bapa dia marah sangat kat aku sebab aku dah buat Aireen hamil. Lagipun, anak dia tu anak aku juga. Esha tu dah 6 tahun dah. " kata Affan.
Tiba-tiba, pintu bilik ofis pun dibuka. Kelihatan Aireen dihadapan mereka berdua. " Aireen, a....ada.....ada apa? " tanya Affan. ' Dia dengar ke ni apa yang baru je aku cakap tadi tu? Silap esok aku nampak cahaya dah esok. Cahaya yang akan menjemput aku kot. ' bisik hati Affan. ' Sorry, Fan. Aku tak mampu nak tolong kau. ' bisik hati Nifail. " Saya dah dengar semuanya, Encik Affan. " kata Aireen. " Aireen, saya.... saya... " Aireen pun terus keluar dari ofis Affan. " Aireen! " jerit Affan lalu mengejar Aireen.
Share this novel