Aireen ketakutan. Affan segera mendapatkan Aireen. " Oi, nak mati ke apa, hah?! " marah lelaki yang memandu kereta tersebut. " Saya, minta maaf. Jom Aireen. " kata Affan. Dia segera membawa Aireen ke seberang. " Aireen, awak tau tak tadi tu bahaya?! Awak nak mati ke?! " tegur Affan. Aireen tidak membalas. Dia hanya menangis. " Ya, saya minta maaf. Saya cuma tegur awak tadi. " kata Affan. Dia pun memeluk Aireen. Dia cuba untuk menenangkan Aireen yang menangis.
' Aduh, aku cari penyakit ke marahkan dia ni?! Aku cuma tegur dia je tadi. ' bisik hati Affan. " Dahlah tu. Saya tak kisah dengan masa silam awak. " pujuk Affan. " Encik Affan boleh cakap macam tu sebab Encik Affan bukan kat tempat saya. Encik Affan tak tau betapa sakitnya hati saya dihina, dicaci! " tegas Aireen.
" Awak tak ceritakan ke semuanya pada saya? Manalah tau saya boleh tolong awak. " ujar Affan. " Maafkan saya, Encik Affan. Lebih baik, Encik Affan tak usah nak masuk campur hal peribadi saya. " kata Aireen. Dia pun berlalu pergi. Affan mengikutinya. " Aireen, tunggu dulu! " panggil Encik Affan. Aireen pergi ke tempat kerjanya. Yusrina berada di meja kerja Aireen.
" Kau masih ada kat sini? Kenapa, kau marah? Tak puas hati dengan aku. " perli Yusrina. Aireen tidak menghiraukan Yusrina. Dia pura - pura tidak melihat Yusrina disitu. " Hey, aku cakap dengan kau! Kau tak dengar ke, atau saja buat - buat pekak?! " kata Yusrina. Affan segera menghampiri Yusrina. " Yusrina, kau dah melampau! Lebih baik kau keluar dari sini sekarang! Out! Out! " tengking Affan.
Yusrina terkejut kerana ditengking Affan. Dia pun segera keluar dari Abu Bakar Holdings. Dia merasa dirinya dipermalukan di hadapan para pekerja Affan. Dia pun masuk ke keretanya. " Ih, sial punya perempuan! Yang Affan nak bela perempuan tu sangat dah kenapa, hah?! Apa kurangnya aku ni?! " marah Yusrina sambil menghentakkan tangannya ke stereng.
***********************
Aqil termenung dibiliknya. Kemudian, seseorang mengetuk pintu lalu masuk. " Encik Aqil, ada orang nak kerja. " kata perempuan itu. " Suruh dia masuk. " Seorang perempuan yang bertudung shawl berwarna putih itu pun masuk. Aqil terpesona melihat wajah gadis itu. " Nama saya Natasha, boleh panggil saya Tasha. Saya nak melamar kerja kat sini. " kata Natasha. " Ada bawa berkas lamaran kerja? " tanya Aqil. Natasha pun memberikan fail yang berwarna biru kepada Aqil.
" Semuanya ada dalam fail tu. " kata Natasha. " Baiklah, awak boleh mula kerja harini sebagai juruwang. " kata Aqil. " Terima kasih. " kata Natasha. " Sama - sama. " kata Aqil. Aqil merasa dia seperti bermimpi. Gadis yang bernama Natasha, wajahnya sangat ayu sehingga membuat Aqil jatuh hati padanya. Natasha pun mula bekerja. Dia bekerja penuh dengan semangat.
Aqil memerhatikan Natasha bekerja. Waktu Natasha kerja pun sudah tamat. Malam itu, dia pun pulang dijemput oleh teman lelakinya. Aqil memikirkan bahawa lelaki itu abangnya, tetapi bukan.
*************************
Aireen sedang menonton televisyen bersama Ayuni, Kiki dan Esha. Dia masih teringat akan hal yang terjadi siang tadi. ' Nasib baik, kereta tu tak langgar aku. Kalau tak, mungkin aku takkan berada disini. Esha sangat perlukan aku sekarang. ' bisik hati Aireen. " Reen, tak lama lagi, nanti aku akan kahwin. " kata Ayuni. " Oh, ye ke? Bila? " tanya Aireen. " Hujung bulan. " jawab Ayuni.
" Kalau kau dah kahwin, aku rasa sunyi pula. Aku harap semoga kau akan bahagia dengan dia buat selama - selamanya. " kata Aireen. " Terima kasih, Aireen. Oh ya, rumah ni aku akan hadiahkan pada kau. Aku buat semua ni untuk bantu kau. " kata Ayuni. " Terima kasih. Aku bersyukur sangat! Sebab selama ni, kau dah banyak tolong aku. " kata Aireen.
" Kan aku pernah cakap dengan kau, apa gunanya seorang sahabat kalau tak boleh nak bantu sahabatnya. " ujar Ayuni. " Ya, aku ingat. Aku nak ucapkan ribuan terima kasih atas semua pertolongan yang kau berikan pada aku. " ucap Aireen. " Sama - sama! " balas Ayuni.
Share this novel