BAB 6

Romance Completed 55259

" Takpe, Fan. Sekarang masih terlalu awal. Suatu hari nanti, kau pasti akan jatuh cinta dengan aku juga. " kata Yusrina. Dia masih mengharapkan Affan agar Affan menerima cintanya itu. Dia tidak sedar bahawa cintanya pada Affan hanyalah cinta monyet. Dia tidak akan berputus asa untuk mendapatkan hati Affan.

************

Ariana sudah sembuh dari demam. Dia pun mula pergi ke sekolah. Datin Rossa seperti biasa di butik. Shika sudah tidak asing lagi dengan butik mewah itu. Impian Shika akhirnya tercapai untuk bekerja di Butik Asiah. " Shika. " panggil Datin Rossa. " Ya, Datin. Kenapa, Datin? " tanya Shika. " Macam ni. Boleh tak awak tolong jagakan butik ni. Sebab, saya nak pergi ke Yusof Holdings. " kata Datin Rossa. " Baiklah, Datin. " jawab Shika.
Datin Rossa pun keluar dari Butik Asiah. Sara segera menghampiri Shika. " Hai, Shika! " sapa Sara. " Oh, ya. Hai! " balas Shika. " Shika, sebenarnya, boleh tak ajar aku macam mana nak pakai shawl. Aku cuma pandai pakai tudung bawal je. " kata Sara. " Oh, boleh. Oh ya, kau tau tak apa - apa pasal Datin Rossa. Maksud aku, dia tu garang ke? " tanya Shika. " Eh, taklah. Dia tu, baik hati orangnya. Dah lah baik hati, peramah pula tu. Aku tak pernah nampak dia marah. " kata Sara. " Oh, aku tanya ni cuma nak tau je dia tu bagaimana orangnya. " balas Shika.
Mereka pun melanjutkan pekerjaan mereka. Jika pelanggan datang, mereka melayan pelanggan seperti majikan mereka sendiri. Jika tiada pelanggan, mereka akan berbual.

***************

Habis sahaja kelas, Affan dan kawan - kawannya pun keluar dari kelas. Yusrina menghampiri Affan. ' Perempuan ni, tak boleh ke satu hari tak ganggu aku. ' bisik hati Affan. " Hai, Affan! Awak nak pergi mana? " tanya Yusrina. " Yusrina, boleh tak saya nak minta tolong dengan awak? " tanya Affan. " Apa - apa je saya akan sanggup buat untuk awak. " jawab Yusrina. " Betul ke ni? " tanya Affan. " Yelah, betullah! " jawab Yusrina dengan penuh yakin.
" Tolong jangan ganggu saya, boleh. Awak kata awak sanggup buat apa saja untuk saya. Jadi, saya minta dengan awak tolong jangan ganggu saya. " kata Affan kemudian berlalu pergi bersama kawan - kawannya. Yusrina terdiam. Dia fikir, Affan hendak memintanya untuk menjadi kekasihnya. Tetapi, sebaliknya tidak. Dia merasa malu pada diri sendiri. Namun, dia tetap sabar. ' Takpe, biasalah. Nanti lama - lama dia pasti suka dengan aku juga. ' bisik hati Yusrina.
" Weh, aku tak sangka kau berani macam tu kat dia. Tapi, kenapa kau tak nak terima cinta dia? " tanya Raziq. " Dua sebab. First, dia annoying. Second, aku ada ciri perempuan yang aku suka. " balas Affan. " Korang doakanlah aku. Supaya, Yusrina suka aku! " kata Nifail sambil ketawa. Raziq dan Affan pun turut ketawa. Mereka bertiga pun membonceng motosikal mereka menuju ke KLCC.
Mereka pun sampai ke destinasi mereka. Mereka pun masuk ke bangunan berkembar tersebut. " Eh, geng! " panggil Nifail. " Kenapa?! " tanya Raziq. " Aku dengar, Shika kerja sambilan di butik. " kata Nifail. " Butik mana pula? Patutlah aku tak nampak dia. " kata Raziq. " Aku ni pun dah lupa apa nama butik tu. Takpelah, nanti kau tanyalah dia kerja di butik mana. " kata Nifail. " Eh, dah lah tu. Kalau kau nak dia minat kat kau, kau patutnya berubah Ziq. Jadi macam ustaz! " kata Affan. mereka bertiga pun ketawa.

******************

Aireen dan Ayuni singgah di sebuah restoran untuk makan. Mereka pun memesan makanan mereka masing - masing. Makanan mereka pun sampai. " Aireen, kenapa ni?! Makanlah. " tegur Ayuni. Aireen masih lagi memikirkan tentang kandungannya. " Aku rasa, mungkin keluarga aku akan tau juga soal ni. Aku takde selera nak makanlah. " kata Aireen. " Kau janganlah cakap macam tu. Yelah, diorang pasti akan tau suatu hari nanti. Tak kira cepat atau lambat. Kau makanlah dulu. Nanti aku fikirkan soal kau dengan lelaki tu. " kata Ayuni.
Selepas makan, Aireen dan Ayuni terus memandu kereta mereka menuju ke rumah masing - masing. Petang itu, dia kelihatan gelisah. Datin Rossa pun menghampiri anak sulungnya itu. " Aireen. " tegur Datin Rossa. " Oh, mama. Ada apa? " tanya Aireen sambil mengukir senyuman dengan paksa untuk menenangkan hati ibunya. " Mama tengok dari tadi Aireen nampak gelisah je. Kalau ada apa - apa masalah, ceritalah kat mama. " kata Datin Rossa.
' Tak mungkinlah aku nak cerita dengan mama kalau aku hamil sekarang ni. ' bisik hati Aireen. " Oh, takde apa - apa ma. Aireen sedang fikir soal kampus. Aireen rasa, Aireen nak berhenti belajarlah sekarang. " balas Aireen. " Kenapa nak berhenti belajar pula? " kata Dato' Yusof yang baru saja hendak menuju ke gazebo itu. Gazebo dimana Aireen dan Datin Rossa berada sekarang.
Aireen sedang memikirkan bagaimana dia hendak menjawab. " Oh, Aireen nak kerja. Aireen cuma nak cuba sara hidup sendiri. " kata Aireen. " Oh, kamu tak nak lagi pinjam ke duit papa dengan mama? " tanya Dato' Yusof. " Ya, saya nak kerja untuk cari duit sendiri. Lepas tu, saya nak bayar semua duit yang dah saya pinjam pada papa dan mama. " kata Aireen. " Tak apa lah, Aireen. Aireen anggap je duit yang Aireen pinjam tu hadiah dari papa. " kata Dato' Yusof. " Oh, terima kasih pa. Aireen naik atas dulu ya. " kata Aireen kemudian berlalu pergi meninggalkan Dato' Yusof dan Datin Rossa di gazebo itu.
*****************

Keesokan harinya, Aireen menuju kerumah Ayuni sebaik saja kelasnya habis. Dia dan Ayuni pun masuk ke dalam rumah. " Kau nak minum apa - apa ke? " tanya Ayuni. " Tak apa lah. Aku dah minum green tea tadi. " balas Aireen. " Okey. Reen, kau tak pergi klinik? Maksud aku, nak tau kesihatan kandungan kau tu." tanya Ayuni. " Aku memang nak pergi sana, tapi itupun kalau kau nak temankan aku. " kata Aireen. " Bila - bila masa je aku siap tolong kau. " kata Ayuni.
" Aku harap, aku segera berjumpa dengan lelaki yang buat aku macam ni. Sebelum keluarga aku tau soal ni. Kalau dah jumpa nanti, aku nak terus kahwin dengan dia. " kata Aireen. " Aku harap semoga sebelum keluarga kau tau soal ni, kau dah jumpa dengan lelaki tu. " kata Ayuni. " Oh ya, aku nak baliklah sekarang, ya. " pinta Aireen. " Oh, okey. Baik - baik ya, bawa kereta. " pesan Ayuni.
Aireen pun pulang ke rumahnya. Kemudian, dia turun ke bawah lalu mengambil sebiji epal dari dalam peti sejuk. Dia pun terus menuju ke gazebo yang berwarna perang itu. Gazebo itu sudah lama dan masih utuh. Ariana sedang duduk di gazebo itu sambil bermain telefon bimbit. Aireen pun segera menghampiri adik bongsunya itu. " Kakak tengok, Ana main handphone je. Kerja sekolah dah siap? " tegur Aireen. " Oh, dah. " jawab Ariana.
" Kakak nak ingatkan Ana ni, jangan main phone tu selalu. Kalau main phone tu, ingat belajar juga. Faham. " kata Aireen. " Okey, kak. " jawab Ariana. " Tahun depan, giliran Ana tau, yang nak duduki SPM. SPM ni penentuan masa depan Ana. Jadi, Ana kena banyak belajar dari Aqil, dari kakak. " kata Aireen. " Ana tau. Tapi, Ana tak ready lagi nak duduki SPM tahun depan. Ana harap, Ana dapat keputusan yang cemerlang. " kata Ariana.
" Kalau nak dapat keputusan yang cemerlang, jangan selalu main handphone. Gunakan handphone tu untuk belajar je. Jangan asyik kat bilik bertik tok, buat live. " usik Aqil sambil ketawa. " Ish, Ana taulah! " kata Ariana. " Kalau tau, buatlah. Kalau cakap je, tapi tak buat sia - sia je. " kata Aqil sambil ketawa. Ariana terus naik ke atas untuk menuju ke biliknya. " Eh, marah. " ucap Aqil sambil ketawa.
Aireen hanya memerhatikan gelagat adik - adiknya itu. Dia pun menuju ke ruang tamu. " Hai,papa mama! " tegur Aireen. " Aireen. " jawab Dato' Yusof. " Aireen, kenapa dengan Ariana tu. Nampak macam matah je? " tanya Datin Rossa. " Oh, Aqil usik dia tadi. " jawab Aireen sambil ketawa. " Aireen naik atas dulu ya. " kata Aireen. Aireen pun bangun dari tempat duduknya di sofa. Aireen tiba - tiba pengsan.
Dato' Yusof dan Datin Rossa terkejut. " Aireen, bangun Aireen! " kata Dato' Yusof. " Aireen kenapa ni?! Mak Jah, Mak Jah! " panggil Datin Rossa. " Tolong panggilkan Ariana dan Aqil ya! " pinta Datin Rossa. " Baik, Datin. " kata Mak Jah lalu menuju ke atas untuk memanggil dua beradik itu. Ariana dan Aqil terkejut mendengar kakak mereka pengsan. Mereka segera turun menuju ke ruang tamu.
" Tahir, Tahir! " panggil Dato' Yusof. " Ya, Dato'. " jawab Tahir yang merupakan pemandu kereta Dato' Yusof. " Tolong angkat Aireen masuk kereta. Saya nak bawa dia pergi hospital. " kata Dato' Yusof. " Baiklah, Dato'. " Tahir pun mengangkat Aireen masuk ke dalam kereta. Aqil, Ariana dan Datin Rossa bersama Dato' Yusof masuk ke dalam kereta. Mereka pun sampai di hospital.
Mereka menunggu dihadapan pintu rawatan sementara Aireen berada di dalam untuk dirawat. Doktor pun keluar. " Macam mana dengan anak saya doktor? " tanya Dato' Yusof. " Apa, suaminya ada disini? " tanya doktor. " Suami?! Dia tak ada suami. " jawab Dato' Yusof. Doktor memikirkan mungkin suaminya sudah meninggal dunia. " Macam ni, dia tak apa - apa. Tahniah, Dato'. Anak Dato' hamil. " kata doktor. Mereka terkejut mendengar doktor mengatakan bahawa Aireen hamil. Dato' Yusof dan keluarganya terus pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience