BAB 69

Romance Completed 55259

Yusrina melihat fotonya bersama dengan Affan. Foto itu diambil sewaktu mereka berdua berusia lapan tahun. Dia pun menggunting foto itu kepada dua bahagian. Dia hanya memerhatikan foto Affan sewaktu kecil. " Aku dah lama kenal kau. Adakah aku ni tak cukup cantik untuk kau pandang? Cantik sangat ke Aireen tu sampaikan kau kagum sangat pada dia? Ataupun, kau dah kena sihir oleh Aireen? " kata Yusrina sendirian. Yusrina pun bingkas bangun dari katilnya lalu menukar pakaiannya. Tidak lupa juga untuk dia memakai mekap agar kelihatan lebih cantik dan yakin.

Yusrina pun segera keluar daripada biliknya kemudian menuruni anak-anak tangga dengan segera. Puan Zainab yang sedang menjahit pun melihat ke arah Yusrina. " Yusrina nak pergi mana tu? " tanya Puan Zainab kemudian bingkas bangun dari sofa yang dia duduk. " Yusrina nak keluar. Yusrina nak tenangkan fikiran. " jawab Yusrina. " Yusrina tak pergi jumpa Affan, kan? " tanya Puan Zainab lagi. " Tak lah, ma. Salah ke Yusrina nak keluar, jalan-jalan. Yusrina keluar dengan kawan je pun. Kenapa mama nak sibuk?! " bohong Yusrina.

" Oh, takde. Mama cuma tanya. Mama tak nak sayang terluka lagi. Sudah-sudahlah tu kalau niat kamu nak kejar Affan. Dia memang anggap kamu sebagai sepupu je." ujar Puan Zainab. Yusrina yang malas melayan Puan Zainab terus keluar dari rumah. Puan Zainab hanya menggelengkan kepala. " Semoga, dia tak berniat lagi untuk jumpa dengan Affan. " kata Puan Zainab lalu meneruskan jahitannya.

Yusrina pun masuk ke dalam keretanya yang berjenama Honda HRV berwarna merah. Dia pun segera memandu. Cuma satu tujuannya iaitu, dia ingin bertemu dengan Affan. Dia pun mengambil telefon bimbitnya dari dalam beg tangannya berjenama Yves Saint Laurent berwarna cerulean. Dia berniat untuk membuat panggilan. Tiba-tiba, sebuah motosikal trafik berwarna putih pun datang. Polis trafik itu menyuruhnya untuk memberhentikan kereta.

Yusrina pun memandu keretanya ke tepi. " Aduh, masa-masa nilah ya. Menyusahkan betul. " kata Yusrina kemudian keluar dari keretanya. " Selamat tengahari, cik. Saya nak tengok lesen, cik. " kata polis trafik itu. Yusrina pub kembali ke keretanya lalu mengeluarkan dompetnya dari dalam beg tangannya. Dia pun kembali keluar dari kereta kemudian mengeluarkan lesen memandunya lalu diberikan kepada polis trafik.

" Cik tahu tak, menggunakan telefon bimbit sambil memandu merupakan satu kesalahan besar. Bila-bila masa je, cik boleh kemalangan kerana menggunakan telefon bimbit sambil memandu. Jadi, saya terpaksa saman cik. " tegur polis trafik itu. Dia pun menulis sesuatu lalu mengoyakkan kertas. Kertas itu diberikan kepada Yusrina. Polis trafik itupun berlalu pergi. Yusrina pun masuk ke dalam keretanya semula.

Dia pun melihat ke arah kertas saman itu lalu meletakkannya di dalam peti berhadapan dengan tempat duduk penumpang dihadapan. Dia pun meneruskan semula perjalanannya.

************

" So, bila saya boleh jumpa ayah awak? " tanya Affan. " Buat masa sekarang ni, tak boleh kot. " jawab Aireen. " Laa, kenapa pula? Dia masih marahkan saya ke? " tanya Affan lagi. " Maksud saya bukan macam tulah. Maksud saya macam ni, adik saya masuk hospital semalam. Ayah saya, sedih bila tahu yang adik saya masuk hospital. " jelas Aireen.

" Adik awak masuk hospital?! Tapi kenapa?! Apa jadi pada adik awak?! " tanya Affan. " Adik saya kena pukul oleh tiga orang lelaki entah datang dari mana agaknya. Masa tu, mereka sedang simbah cat pada kafe adik saya. Lepastu, mereka pukul pula, adik saya. Buat masa sekarang ni, dia koma. " ujar Aireen. " Jadi, apa yang ayah awak buat sekarang? " tanya Affan. " Encik Affan ni banyak tanyalah. Okey, so semalam ayah saya dah pun laporkan hal ni pada polis. Nanti kalau ada apa-apa perkembangan, polis akan maklumkan. " kata Aireen.

" Aireen, boleh tak kalau saya nak bawa anak awak jalan-jalan? Tak! Maksud saya, anak...." Affan kehilangan kata-kata. " Tak payahlah Encik Affan nak minta izin daripada saya untuk bawa Esha jalan-jalan. Dia kan, anak Encik Affan juga. Lagipun, belakangan ni, dia asyik tanya saya. Boleh ke jumpa dengan papa Affan. Saya jawab je yang Encik Affan sibuk. " ujar Aireen.

" Aireen, saya rasa, tak perlu awak nak panggil saya Encik Affan. Panggil saya Affan pun dah cukup. " kata Affan. " Saya, dah terbiasa Encik Affan. " kata Aireen. " Awak cubalah biasakan diri awak untuk panggil saya Affan. Takkanlah sampai kita kahwin nanti awak nak panggil saya Encik Affan juga kan. " ujar Affan. " Saya akan cuba. " balas Aireen.

Tiba-tiba, pintu bilik ofis dibuka. Aireen pun menoleh ke belakang. Affan dan Aireen pun melihat ke arah Yusrina yang sedang berdiri tercegat dihadapan pintu ofis. " I dah dengar semuanya, Affan. Baru I faham kenapa you selama ni defend Aireen. Sebab, you have an affair with Aireen! So, Aireen ni perempuan simpanan you! Affan, I tak percaya yang anak Aireen tu anak you tau. Maybe, Aireen ada affair dengan orang lain. Dia sengaja je nak kenakan you. Dia nak jadikan you pak sanggup je. Yalah, kalau dah buat salah dengan orang lain, dia suruh orang lain pula jadi pak sanggup dia. Proud of you, Aireen! " ujar Yusrina.

" Eh, kau ada bukti ke yang aku buat hubungan sulit dengan orang lain?! Eh, aku pun tak pernah minta lah semua ni berlaku! " marah Aireen. " Alaa, dasar prostitute low class! " balas Yusrina. Tangan Aireen pun terus melayang di pipi Yusrina. " Kau memang kurang ajar, Yusrina! Kau ingat, aku tak sakit hati ke bila kau cakap aku macam tu?! Dah tinggi sangat ke darjat kau sampai kau nak kata aku ni low class! Low class tu, hanya untuk orang yang macam kau! Sebab apa, sebab sikap kau. Aku pun tak pernah juga kata kalau aku ni high class sangat! Dalam sifat baik aku, dalam diri aku ada juga sifat buruk. Bila lah kau nak berubah ni. Kita semua ni manusia. Tak lama nanti mati juga. Sebelum terlambat, baik kau ubahlah sikap kau. " tegur Aireen.

" Eh, kau siapa hah nak bagi aku teguran macam tu?! Ada hati nak bagi aku teguran, nasihat. Tapi sendiri mengandung anak luar nikah! " tengking Yusrina. " Sekurang-kurangnya dia dah berubah! Bukan macam kau, dari dulu sampai sekarang, tak pernah berubah walau sedikit pun. " sampuk Affan. " Affan! You sanggup ke nak jadi pak sanggup perempuan ni?! " tanya Yusrina dengan nada yang tidak berpuas hati. " Dia ada nama, dan nama dia Aireen. Dan dia memang perempuan. Macam nilah ya, aku nak jelaskan semuanya pada kau. Esha, anak Aireen tu ialah anak kandung aku! Dan aku ingat apa yang aku buat pada dia dulu. Dan kami berdua akan merancang perkahwinan kami. " ujar Affan.

Yusrina yang dalam keadaan marah pun keluar lalu menghempas pintu ofis dengan kuat. " Aireen!!!!!! " jerit Yusrina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience