BAB 52

Romance Completed 55259

Shika melihat kelibat Aireen keluar dari bilik Datin Rossa. " Assalamualaikum, Aireen! Aireen ingat tak lagi dengan Shika? " sapa Shika sebaik sahaja Aireen keluar dari bilik Datin Rossa. " Oh ya, Aireen ingat lagi. Shika isteri Raziq dan Raziq tu sahabat Encik Affan kan?! " kata Aireen. " Ya, alhamdulillah kalau Aireen masih ingat Shika. " kata Shika lega. " Shika buat apa kat sini? Beli baju ke? " soal Aireen. " Saya sebenarnya bekerja kat sini. Dah lama dah. Sejak saya masih lagi jadi pelajar universiti dulu. Masa tu umur saya 21 tahun. Sekarang, dah pun 28. " jelas Shika.

" Oh, maksudnya Shika ni seumur dengan Encik Affan, kan?! " kata Aireen. " Ya, seumur juga dengan suami saya. " balas Shika. " Shika ni mengandung ke, alhamdulillah! Tapi, kenapa Shika masih kerja? " tanya Aireen. " Saya masih mampu lagi, masih ada tenaga lagi untuk bekerja. Saya nak sambung kerja dulu ya. Nanti di kata orang makan gaji buta pula kan. " ujar Shika. " Aha, ya. " kata Aireen. " Aireen, boleh tak kalau saya nak tahu, kenapa tadi jumpa datin? " tanya Shika. " Oh, Datin Rossa mama saya. Dia nak jumpa dengan saya harini katanya. " jawab Aireen.

" Oh ye ke?! Maaflah. Saya tak tahu pula kamu ni anak Datin Rossa. " kata Shika. " Tak apalah. Saya keluar dulu ya. " kata Aireen kemudian berlalu pergi. ' Maksudnya, Aireen anak Dato' Yusof dan Datin Rossa rupanya. ' bisik hati Shika.

***********************************

Affan termenung. Dia masih teringat akan hal semalam. ' Dia dah tahu rupanya. Tapi, macam mana pula dia boleh tahu? Memang tepat sangkaan aku. Tak mungkin dia nak terima aku. Lagipun, dia tetap juga berkeras nak cari lelaki tu. Tapi, kalau dia tahulah lelaki yang dia sedang cari tu aku, nak ke dia terima agaknya, ya? Dia terima kot. Tapi, dia mesti tak percaya kalau aku sendiri cakap kat dia yang aku ni ialah lelaki yang dia sedang cari selama ni. Aduh, kusut betullah kepala aku! Takkanlah nak tunggu dia tahu sendiri. Nanti dia mesti cakap aku ni lelaki yang tak ada rasa tanggungjawab, rasa belas kasihan. ' bisik hati Affan. Fikirannya bercelaru memikirkan hal tersebut.

Affan memandang kebawah. Dia tidak tahu apa yang perlu dia buat sekarang. Kedengaran bunyi ketukan pintu. " Masuk jelah. Pintu tak kunci pun. " kata Affan. Aireen pun masuk. Affan tidak menoleh. Dia terus memandang ke bawah memikirkan hal yang lain. " Encik Affan, saya nak minta maaf soal semalam. Saya harap Encik Affan faham apa yang saya katakan pada Encik Affan semalam. Lagipun, saya tak nak juga kalau nanti Cik Yusrina cemburu, lepas tu pula, terus memburuk - burukkan saya. " kata Aireen. Mendengar kata - kata Aireen, Affan pun cepat - cepat menoleh ke arah Aireen. Dia pun berdiri di hadapan Aireen lalu mengukir senyuman.

" Eh, tak apa. Tak apa. Saya faham perasaan awak. Awak pun tak nak kahwin dua kali makanya, awak pun lebih fokus kepada anak awak. Tapi, saya bukannya lelaki macam tu. Saya ni setia orangnya. Pasal crush saya yang banyak tu pun, diorang semua tu tak setia. Tak boleh diharap langsung. " kata Affan. " Emm, Encik Affan tak tahu ke? " tanya Aireen. " Hah, tahu apa? " soal Affan. " Sebenarnya, saya tak pernah kahwin dan tak pernah ada suami pun. " kata Aireen. " Oh, sebenarnya saya tahu. Tapi saya saja je. Saya tak nak nanti awak tak suka saya pula kalau saya tahu pasal tu. " jelas Affan. " Oh, tak apa. Lagipun penting untuk Encik Affan juga. " ujar Aireen.

" Kenapa penting untuk saya pula? " tanya Affan. " Encik Affan kan dah tahu, Jadi saya yakin Encik Affan pun tak suka perempuan hina macam saya ni, kan?! " kata Aireen. " Aireen, saya tak kisah pun pasal semua tu. Saya tak kisah pun apa yang berlaku dimasa silam awak. Semua orang boleh berubah. Saya lihat dalam diri awak. Awak seorang yang berakhlak baik. Tak semestinya kalau perkara tu dah berlaku, maruah awak akan tercemar selamanya. Saya nampak, awak masih lagi perempuan yang suci kerana sikap awak yang baik, awak masih lagi akan tetap menjadi wanita yang mesti dihormati. Saya lihat semua tu dalam diri awak. " kata Affan.

' Ada betulnya juga kata - kata Encik Affan ni. Memang betul. Aku masih lagi seorang wanita yang bermaruah. Encik Affan memang nampak semua tu dalam diri aku. Tapi, aku ni je yang tak yakin. Aku tak yakin dengan diri aku. Aku pun rasa, aku memang tak layak untuk menjadi seorang wanita. Memang aku pernah berfikir aku tak layak. ' bisik hati Aireen. " Tapi Encik Affan, selama ni, saya tak yakin yang saya mampu jadi seorang wanita. Sebab diri saya sendiri, tak dengar nasihat kawan, saya sendiri yang biarkan diri saya menjadi seorang wanita yang tiada maruah. " jelas Aireen.

" Aireen, awak masih lagi ada maruah, masih lagi seorang wanita yang suci. Ini kerana sikap awak yang baik akan sentiasa menjadikan awak seorang wanita yang bermaruah, yang suci. Jangan pandang semua tu. Jangan dengar apa orang kata. Awak kena yakin dengan keikhlasan awak. Satu - satunya yang menjadikan awak wanita yang bermaruah ialah sikap awak. Kalau awak bersikap baik, orang akan pandang awak. Saya suka awak pun bukan sebab kecantikan awak. Memang sebab kecantikan awak, tapi yang lagi menarik minat saya terhadap awak ialah akhlak awak yang baik, yang menghiasi kecantikan awak. Saya tak pandanglah masa lalu awak. " ujar Affan panjang lebar. Aireen terdiam lalu mengukir senyuman lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience