BAB 49

Romance Completed 55259

Natasha seperti biasa bekerja di Kinz Cafe sebagai juruwang. Buat sementara waktu, dia dan keluarganya tinggal di rumah Aqil, banglo tiga tingkat itu. Dia perlu bekerja untuk keluarganya serta mencari rumah sewa. Dia pun teringat kembali pada Ariana. Minggu hadapan, Ariana akan ke Australia. " Hmm, tak apalah. Bukannya lama pun. Satu minggu je. " kata Natasha. " Apa yang satu minggu? " tanya Aqil. Aqil terdengar percakapannya.
" Oh, Ariana minggu hadapan akan ke Australia selama satu minggu. Dah beberapa hari berlalu, tak tahulah bagaimana dengan keadaan Khalid sekarang. Semoga dia berubah. " ujar Natasha. " Eh, selama ni dia kan dah pukul awak, marah awak. Awak rindu lagi dengan dia ke? " tanya Aqil. " Saya tak rindu. Saya ingat je. " jawab Natasha. " Samalah tu. " kata Aqil. " Eh, tak samalah bos. Saya tak rindu. Tapi, saya ingat. " balas Natasha.

" Tasha, awak memang dah tak ada keluarga lain ke? Sepupu ke? Mak cik dengan pak cik awak, takkanlah tak ada langsung? " tanya Aqil. " Ada, tapi itupun sebelah mak je. Sebelah ayah pula, ayah tak pernah kenalkan kepada kami keluarga dia. " ujar Natasha. " Peliknya. Kenapa pula? Semasa ayah awak masih hidup, awak tak pernah syak sesuatu tentang dia? " tanya Aqil.

" Tak. Kalau tak silap dulu, dia selalu jumpa dengan seorang lelaki yang berpakaian kot pernah jumpa dengan dia. Tapi, saya tak kenal. Jadi, abaikan jelah. " jawab Natasha. " Kenapa keluarga sebelah mak awak tak ambil tahu soal ni? " tanya Aqil. " Manalah diorang nak ambil tahu pasal keluarga ni, bos. Mereka tak pedulikan pun. Kalau diorang tahu pun, diorang......susah saya nak terangkan pada bos. Diorang tu mata duitan. Gilakan harta je. Kalau ayah masih hidup, sudah tentu dia akan halang perbuatan mereka. Semua harta yang diwariskan pada keluarga saya, diorang rampas. Tanah diorang jual. " jelas Natasha panjang lebar.

*******************************

Waktu itu, Natasha berumur 17 tahun. Dua hari berlalu setelah kepergian ayahnya. " Tak sangka betul. Banyak harta yang dia tinggalkan pada kamu, Teja. Tanah 10 ekar. Kaya kalau jual tanah ni. " kata Pak Long. " Abang tak boleh je sesuka hati jual tanah tu! Tu harta arwah, bang. Dia dah wariskan semuanya pada Tasha, Fikri dan Fieya. Kubur dia masih merah lagi, yang abang ingat cuma harta je! " kata Teja. Air matanya bercucuran.

" Eh, Ja! Tasha tak akan sekolah kalau bukan sebab aku. Aku yang sekolah kan dia. Masa kau kecil, aku yang bagi kau makan. Aku yang bagi kau pakai. Jadi sekarang ni, kau perlulah balas semua jasa aku pada kau. Kau ni kedekutlah! Tamak sangat! " kata Pak Long. " Eh, Ja! Kau dengar ke apa yang abang kau tu cakap?! Bagi jelah semua harta tu pada kami. Kau memang tamak! " kata Mak Long.

" Kami yang tamak atau Mak Long dengan Pak Long yang tamak?! " sergah Natasha. Dia baru sahaja balik dari sekolah. " Masa dia hidup dulu, korang selalu minta duit dari dia. Sampaikan, dia terpaksa pinjam duit dari along! Masa dia sakit, ada korang melawat dia?! Tak ada kan. Yang korang tau, nak senang je. Terus minta duit dari dia. Tanah kat kampung yang korang dah jual kemarin, tak cukup lagi ke sampai nak rampas harta kitorang! " tengking Natasha.

" Eh, Tasha! Kau jangan nak kurang ajar ye. Eh, Ja! Macam mana cara kau jaga anak ni?! Kurang ajar betul dengan orang tua. " kata Mak Long. " Habis, anak Mak Long tak kurang ajar ke?! Saya tanya Mak Long. Macam mana cara Mak Long besarkan anak Mak Long?! Korang ni, bernafsukan syaitan. Tak cukup ke duit tanah kat kampung yang korang dah jual tu! " balas Natasha. " Tasha, dah lah tu. Diorang tu Mak Long dan Pak Long kau. Mereka orang tua. Ingat, Tasha. Hormat orang yang lebih tua. " rayu Teja.

" Diorang sama je, bu. Diorang pun kurang ajar, tak hormat arwah atuk dengan nenek. Diorang jual tanah kat kampung tu. Macam nilah. Kalau korang nak harta sangat, ambillah. Kitorang tak perlukan semua tu. Semua harta tu, mana boleh bawa mati pun. " kata Natasha kemudian berlalu pergi masuk ke dalam bilik. Pak Long dan Mak Long hanya diam membisu.

***************************

" Sekarang bos dah tahukan semuanya. Arwah ayah saya tak pernah beritahu pasal tanah dan harta dia. Sebab dia tak nak Pak Long dan Mak Long tau pasal tu. Kalaulah ayah masih hidup, dia pasti akan halang perbuatan mereka. " ujar Natasha. " Maksudnya awak ni, bukanlah orang yang susah juga kan. Tapi, keluarga awak jadi macam ni sebab bapa saudara awak dan mak saudara awak. " kata Aqil.

" Ya, sebenarnya ada lagi keluarga saya yang kat kampung tu. Mereka pernah nak tolong saya dan keluarga, tapi saya tolak. Lagipun, menyusahkan diorang je nanti. Jadi, lebih baik saya berusaha sendiri. " kata Natasha.

******************************

Datin Rossa sedang menyiram pokok bunganya dihalaman rumah. Selepas itu, dia pun menuju ke biliknya. Dia memastikan agar tiada sesiapa, hanya dia seorang sahaja. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu membuka aplikasi ' Contact'. Dia pun mencari nama ' Aireen '. Tiba - tiba, kedengaran ketukan pintu biliknya. Dia pun segera mematikan telefon bimbitnya lalu meletakkan di bawah bantal. Kemudian, dia pun segera membuka pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience