BAB 57

Romance Completed 55259

Pagi itu, Dato' Fadzlee dan Datin Ramlah duduk di pondok zberdekatan dengan kolam. Datin Ramlah menuangkan teh ke dalam cawan manakala Dato' Fadzlee pula sedang membaca surat khabar. " Abang, sekarang umur Affan dah 28 tahun. Bila lagi dia nak kahwin agaknya ya? " tanya Datin Ramlah. " Mungkin, belum ada lagi yang dia berkenan. " jawab Dato' Fadzlee. " Tapi, haritu kan dia dah kantoi, dia ada perasaan pada orang lain kan. " kata Datin Ramlah.

" Kalau macam tu, awak tanyalah dia siapa perempuan yang dia suka tu. " ujar Dato' Fadzlee. " Abang ni, tak serious lah. Saya isteri abang sedang bercakap dengan abang ni. Abang pula sibuk, je baca surat khabar tu. Letaklah dulu. Kita berbual lah dulu pasal anak kita yang bujang tu. " ujar Datin Ramlah. " Yalah, yalah. Jadi, awak cakaplah dulu. " kata Dato' Fadzlee. " Hah, macam ni. Apa kata kita ke tempat kerja dia tu. Manalah tahu kita boleh dapatkan jawapan kat sana kan. " cadang Datin Ramlah.

" Tak payahlah. Nanti ganggu dia kerja lagi. " bantah Dato' Fadzlee. " Hah, kalau macam tu, kita upah orang untuk cari tahu siapa perempuan yang Affan sukakan sangat tu. " cadang Datin Ramlah lagi. " Macam nilah, lebih baik kita tanya pekerja - pekerja dia kat sana. Siapa perempuan yang dekat dengan dia sekarang ni. " cadang Dato' Fadzlee. " Hah, macam tu pun boleh juga tu. " balas Datin Ramlah.

Datin Ramlah pun lekas bangun dari kerusinya. " Eh, awak nak pergi mana pula ni? " tanya Dato' Fadzlee. " Saya nak ke sana tanya pekerja - pekerja dia sekarang juga! " jawab Datin Ramlah. " Eh, awak tak usahlah terburu - buru. Nanti tengahari ke, barulah kita ke sana. " ujar Dato' Fadzlee. " Ah, ya juga. " balas Datin Ramlah.

*******************************

Aireen menguap lalu kembali menaip sesuatu di komputer yang terletak di atas mejanya. Kemudian, telefon bimbitnya berdering. Dia pun segera ke tandas lalu menjawab panggilan tersebut.

************************

" Hello, Assalamualaikum, mama! Kenapa call Aireen pagi ni? " - Aireen

" Waalaikumussalam, Aireen! Ada dua berita mama nak beritahu Aireen. Berita baik dan berita buruk. Berita baiknya, semalam Ana pergi ke Australia. Alhamdulillah! Dia dah selamat sampai. Berita buruknya pula, semalam ada sekumpulan geng motor ganggu Aqil dan Natasha. Bibir dan pipi Aqil lebam. Alhamdulillah, tak ada apa - apa pun yang berlaku. Diorang dah lapor pada polis juga pasal hal ni. " - Datin Rossa

" Oh, ye ke? Betul ke Aqil baik - baik je ni mama? " - Aireen

" Ya, betul. Aireen tak payahlah nak risau. " - Datin Rossa

" Mama, tadi mama ada sebut nama seorang perempuan. Siapa Natasha tu? " - Aireen

" Oh, dia pekerja Aqil. Dia tinggal dengan kami buat masa sekarang sebab tak ada tempat nak tinggal. " - Datin Rossa

" Oh, okey. Semalam, Ana ada beritahu Aireen yang dia kat KLIA 2. Aireen pun tanyalah dia, dia buat apa kat sana. Dia pun jawab dia ke Australia sebab ada photoshoot. Aireen pun support lah dia. Aireen ada juga bagi nasihat pada dia, supaya dia boleh jaga diri kat sana nanti. " - Aireen

" Oh, baguslah kalau dia dah beritahu kamu. Kamu sebagai kakak memang patut pun beri nasihat pada dia. " - Datin Rossa

" Okeylah, ma. Aireen nak sambung kerja dulu ya! Assalamualaikum! " - Aireen

" Waalaikumussalam! " - Datin Rossa

*************************

Panggilan telefon pun ditamatkan. Aireen pun meletakkan telefon bimbitnya ke dalam poket lalu mencuci tangannya. Dia pun mengeringkan tangannya dengan alat pengering tangan yang disediakan di tandas. Dia pun keluar dari tandas lalu menyambung tugasannya semula. Tiba - tiba, Yusrina datang. Dia pun terus meletakkan cek di atas meja. " Apa khabar, Aireen. " sapa Yusrina dengan nada yang sederhana. " Oh, Cik Yusrina. Apa benda ni? " tanya Aireen. " Sekarang I nak you keluar dari sini. I nak you berhenti kerja kat sini. Kalau tak cukup, beritahu I. I boleh tambah, asalkan you tak ganggu I dengan Affan. " jelas Yusrina.

" Maafkan saya, Cik Yusrina. Saya, memang tak boleh terima cek ni. " kata Aireen. " Kenapa pula, tak cukup ke?! Kan I dah cakap I boleh tambah lagi, berapa you nak?! I tak suka tau tengok you kat sini! " herdik Yusrina. " Dan aku pun tak suka tengok kau kat sini! Merosakkan pemandangan aku je! " sampuk Affan. Yusrina dan Aireen terkejut kehadiran Affan disitu. " Kenapa ya, kau ni tak serik - serik?! Eh, kau tak bosan ke dari dulu sampai sekarang asyik ganggu hidup aku je?! " herdik Affan.

" Sebab I cintakan you, Affan! Kenapa you nak sangat perempuan ni?! I be better than her! You tak bosan juga ke dengan perempuan ni, hah?! " tanya Yusrina. " Buat apa pula aku nak bosan. Lagipun, kitorang berdua dah sepakat nak kahwin pun. " kata Affan dalam nada bersahaja. Aireen yang dari tadi hanya diam segera berdiri apabila Affan berkata sedemikian. " Cakap je ya. " bisik Affan di telinga Aireen.

" No, I don't want lah, Encik Affan. " balas Aireen ditelinga Affan. " Goodness for me, for you too. " bisik Affan. Mahu tidak mahu, Aireen pun terpaksa. " Yalah, yalah! Memang kitorang dah rancang pun sebelum ni. Cik Yusrina je yang lalai. " kata Aireen dalam nada yang terpaksa. Semua staf di syarikat itu terkejut mendengar kata - kata yang baru sahaja diucapkan oleh Aireen tadi. Mereka seperti tidak percaya dengan apa yang mereka dengar.

" It's that true, Affan? " tanya Dato' Fadzlee. Giliran Affan pula yang terkejut apabila melihat kedua - dua ibu bapanya berada disitu dan secara tidak sengaja, mereka turut terdengar kata - kata Aireen tadi. " Oh, jadi dialah perempuan yang Affan sukakan tu! Mama suka sangat dengan pilihan Affan! Kenapa Affan tak beritahu pada mama dan papa? Beritahu jelah kitorang. Bukannya kami marah pun. " ujar Datin Ramlah. Senyumannya makin melebar. Yusrina yang tidak tahan segera pergi dari situ. " Dia kenapa pula? " tanya Dato' Fadzlee. Datin Ramlah hanya mengangkat bahu. " Yang penting sekarang ni, beritahulah mama dengan papa pasal perancangan korang berdua tu! " kata Datin Ramlah dengan penuh keriangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience