Yusrina terus menuju ke rumahnya. Dia melontar semua barang - barang di dalam rumah itu.Yusrina sangat kecewa dan marah. Marahnya yang meledak apabila Affan mula jatuh cinta pada Aireen. Dia juga kecewa kerana Affan menengkingnya. Dia makin benci dengan Aireen. " Semua ni sebab perempuan tu! Kalau bukan sebab perempuan tu, semua ni takkan jadi! Perempuan tak guna! Perempuan sial! Kau tunggu pembalasan aku nanti! Dan, kau Affan! Tak akan ada sesiapa yang boleh ambil kau dari aku! Kau cuma milik aku seorang je! Selamanya! " kata Yusrina dengan perasaan marah. Dia pun menangis lalu membuang semua barang - barang di dalam rumah itu hingga ada yang pecah.
************************
Shika sedang bekerja di Butik Asiah itu. " Eh, Shika! Esok aku nak balik kampung. Aku dah pun minta izin dengan Datin Rossa. Aku ambil cuti dua minggu. " kata Sara. " Oh, yalah. Lagipun, dah lama dah kau tak jumpa keluarga kau. " ujar Shika. " Ya. Dah dua tahun aku tak jumpa diorang. Asyik sibuk dengan kerja je. " balas Sara. " Oh, ya! Aku lupa nak beritahu kau sesuatu. Cuba teka, apa dia? " tanya Shika.
" Apa dia? " tanya Sara. " Teka sajalah. " kata Shika. " Kau ambil cuti? Suami kau bawa pergi honeymoon? Kau ambil anak angkat? Kau menang? " jawab Sara. Semua jawapan Sara, Shika hanya menggelengkan kepalanya. " Cakaplah apa. " rayu Sara. " Aku, pregnant! " kata Shika. " Jap, betul ke ni?! Tahniah, Shika! " ucap Sara. " Terima kasih, Sara! " balas Shika. " Datindah tau ke soal ni? Dia mesti tau supaya dia tak bagi kerja yang berat - berat kat kau. " kata Sara.
" Aku dah beritahu dialah. Sekarang ni, aku tahu nak jaga Beanny ni. " ujar Shika. " Beanny? Beanny apa pula ni, Ka? " tanya Sara. " Beanny tu, gelaran untuk baby dalam kandungan aku. " jelas Shika. " Kau ni kan, ada - ada saja jelah. " kata Sara. Kadangkala, mereka berbual sambil bekerja. Datin Rossa pun datang ke arah mereka.
" Tengah bual pasal apa tu? " tanya Datin Rossa. " Oh, tak ada apa - apa. Cuma bual kosong je. " jawab Sara. " Okey. Shika tahniah saya ucapkan pada awak! Sekarang ni awak tengah mengandung, jadi saya nak buat keputusan untuk bagi awak cuti untuk jaga kandungan awak tu. " ujar Datin Rossa. " Oh, terima kasih, Datin. Tapi, buat masa ni saya nak kerja sajalah dulu. " kata Shika. " Baiklah, kalau itu yang awak nak. Saya tak boleh paksa awak. Semua tu pilihan awak. " kata Datin Rossa.
*************************
Malam itu, Aireen merasa sepi kerana sahabatnya, Ayuni sudah tidak tinggal lagi disitu kerana sudah mempunyai kehidupan baharu bersama suaminya, Adi. Kalau malam seperti ini, biasanya mereka menonton televisyen bersama atau berbual. Kadangkala, mereka bermain catur. Kiki melihat Aireen merenung lalu segera menghampirinya.
" Puan Aireen. Saya faham tentang puan sekarang ni. BFF puan sekarang dah kahwin. Doakan dia supaya bahagia dengan suaminya. " tegur Kiki. " Ya. " jawab Aireen. " Saya boleh je berbual dengan puan, main catur dengan puan. Yalah, itukan hal yang Puan Aireen dan Puan Ayuni buat pada masa lapang. " kata Kiki. " Terima kasih, Kiki. " ucap Aireen. " Sama - sama, puan. Jomlah, kita nak bual pasal apa? " tanya Kiki. " Apa - apa jelah. " jawab Aireen.
Belum sempat mereka berbual, kedengaran bunyi hon dari luar. Aireen segera keluar. Rupanya, Aqil dan Ariana yang datang. " Assalamualaikum, kak! " Ariana memberi salam. " Waalaikumussalam! Masuklah! " ajak Aireen. Aqil dan Ariana pun masuk. " Kiki, tolong buatkan air ya. " arah Aireen. " Baik, puan. " jawab Kiki. " Macam ni kak. Mama tu teringin sangat nak jumpa kakak. Yalah. Dah tujuh tahun kan tak jumpa. Dia rindu sangat dengan kakak. " ujar Aqil.
" Kenapa korang tak bawa mama ke sini je? Kakak pun rindu sangat dengan mama. " balas Aireen. " Bukan kitorang tak nak bagi kakak jumpa mama. Tapi, kitorang mesti ada plan supaya papa tak tahu soal kitorang jumpa kakak. Begitu juga dengan mama. " jelas Ariana. " Kakak harap sangat, kakak dapat bertemu dengan mama secepat mungkin. Kakak juga teringin nak jumpa papa, tapi.....kakak tahu papa tak nak tengok muka kakak lagi sebab dah malukan keluarga kita. " ujar Aireen.
" Sabar ya, kak. Kitorang akan cuba berusaha untuk tidak melengah - lengahkan masa untuk kakak bertemu dengan mama. " kata Aqil. ' Ya, Allah. Semoga, hamba mu ini segera bertemu dengan ibu hamba. Sudah lama kami tidak bertemu. ' bisik hati Aireen. Sudah lama dia tidak mendengar suara ibu dan ayahnya. Aireen sangat menginginkan keluarganya yang bahagia seperti dahulu. Tanpa ada rasa kecewa, dipenuhi rasa kasih sayang. Dia sangat mendahagakan kasih sayang ibu bapanya itu. Namun, dia tetap bersabar kerana suatu hari, dia pasti akan dapat bertemu dengan ibu bapanya. Dia juga berharap agar dia boleh melangkahkan kaki ke rumah itu.
" Maaf ya. Tadi, Kiki terdengar perbualan Puan Aireen, Cik Aqil dan Cik Ariana. Kalau Kiki nak tanya, apa yang dah jadi sebenarnya ni? Manalah tahu Kiki boleh bantu. " tanya Kiki. Aqil pun menceritakan segalanya kepada Kiki. Kiki merasa kasih akan Aireen. Dihalau dari rumah kerana hamil anak diluar nikah. Kiki ingat, selama ini Aireen sudah pun berkahwin. Sama ada dia bercerai ataupun kematian suaminya. Rupanya, masa lalunya.
" Maafkan, Kiki ya Puan Aireen. Kiki tak tahu pun masa lalu Puan Aireen. Macam nilah, bagaimana kalau Kiki bantu Puan Aireen jumpa dengan ibu puan boleh? " tanya Kiki. " Ada, apa - apa plan ke? " tanya Ariana. " Ini Kiki akalnya tajam. Macam ni jelah, Kiki cadangkan kalau Puan Aireen menyamar sebagai costumer di Butik Asiah. Lepas tu pula, masuk bilik mana - mana ke baru puan beritahu siapa puan. " cadang Kiki. " Setuju! " jawab Aqil dan Ariana serentak.
Share this novel