Raziq dan Nifail menuju ke bilik Affan. Waktu itu, Aireen di dalam bilik Affan. Raziq dan Nifail pun masuk. " Itu saja? " tanya Affan. " Ya, Encik Affan. " jawab Aireen. ' Itukan perempuan yang Affan tunjukkan tu. ' bisik hati Raziq. " Eh, Raziq, Nifail! Aireen, awak boleh keluar. " kata Affan. Aireen pun keluar lalu menyambung tugasannya. " Ya, kenapa?! Dah dapat maklumat pasal PA aku tu? " tanya Affan.
" Satu apa pun belum dapat lagi. Dah puas aku upah orang cari maklumat tentang perempuan tu. " jawab Raziq. " Kau pula? " tanya Affan pada Nifail. " Aku tau dia tinggal kat mana. " kata Nifail. " Kalau tempat tinggal dia, itupun aku tau. " kata Affan. " Sabar ya, Fan. Kitorang akan berusaha untuk tolong kau cari tau tentang latar belakang perempuan tu. " kata Raziq.
" Oh ya, aku nak balik dulu ya. Aku ada kerja lagi ni. " pinta Raziq lalu keluar dari bilik Affan. " Oh ya, Fan. Kau tak suruh pembantu kau ke untuk cari tahu siapa keluarga perempuan tu. Maksud aku, siapa adik beradik dia, siapa mak ayah dia. " jelas Nifail. " Ya, juga kan. Kalau macam tu baiklah.
*************************
Adi dan Ayuni sedang minum di Tealive Cafe. " Sayang, kalau saya nak ajak kawan saya ke majlis perkahwinan kita nanti boleh? Lagipun, saya ada ajak dia ke majlis pertunangan kita, tapi dia tak dapat datang sebab banyak kerja. Dia teringin sangat nak tengok wajah bakal suami saya nanti. " kata Ayuni.
" Apa salahnya? Boleh. Saya rasa kan, kawan awak tu teringin sangat nak jumpa saya sebab dia tahu saya ni handsome. " usik Adi. " Awak ni? Saya seriouslah! " balas Ayuni. " Ya, saya ni pun seriouslah ni. Jangan - jangan awak cemburu kan. " usik Ayuni. " Mana ada. " jawab Ayuni. Kedengaran bunyi notifikasi dari telefon bimbit Adi.
**************************
Adi awak kat mana sekarang? - Affan
Saya dan tunang saya tengah minum. Ada apa, bos? - Adi
Saya ada tugas untuk awak. Saya nak awak cari maklumat latar belakang perempuan ni. - Affan
Baik bos. Bila? - Adi
Esok. Kalau awak dapat maklumat soal keluarga dia, tolong bagitau saya secepat mungkin. - Affan
Baik, bos. - Adi
*****************************
" Awak tengah chat dengan siapa tu? " tanya Ayuni. Dia melihat Adi dari tadi sibuk membalas mesej. " Oh, ni bos saya ada bagi tugasan. Esok. Jadi, saya harap awak fahamlah dengan kerja saya ni. " kata Adi. " Yalah. Baru berapa hari saya nak awak luangkan banyak masa bersama saya. Tapi, awak sibuk. Tak apalah. Saya faham soal kerja awak tu. " kata Ayuni. " Saya janji, waktu saya sibuk, saya akan cuba luangkan masa saya bersama awak. " janji Adi. Ayuni hanya merenung wajah Adi sambil tersenyum lebar.
*****************************
Aireen tekun mengerjakan tugasannya. Mejanya diketuk oleh Affan. " Saya nak awak tengok pukul berapa sekarang. " tegur Affan. Aireen melihat jam tangan berwarna hitam yang mewah dan mahal di tangan Affan. " Kat tangan Encik Affan kan ada jam tangan. Kenapa tak tengok kat situ je? " tanya Aireen. Affan pun melepaskan jam tangannya lalu meletakkannya di dalam poket seluarnya.
" Sekarang, jam tangan saya dah tak ada. Pukul berapa sekarang? " tanya Affan. " Dalam poket seluar Encik Affan. " jawab Aireen. " Aireen, saya tanya sekali lagi pukul berapa sekarang? " tanya Affan. Dia duduk di atas meja Aireen. " Sekarang dah pukul 12.10 minit. 12.10 minit! Encik Affan saya nak izin keluar nak ambil anak saya! " kata Aireen.
Dia pun membuka langkahnya. " Awak nak pergi sana naik apa? " tanya Encik Affan. " Oh, saya naik......" percakapan Aireen dipotong. " Awak naik kereta sayalah! " kata Affan. " Tumpang lalu. " kata Affan. Aireen pun ketepi. Dia pun mengikuti Affan menuju ke kereta. Affan pun memandu keretanya menuju ke sebuah tadika. " Saya tengok, awak buat kerja awak dengan tekun sekali. " puji Affan. " Terima kasih, Encik Affan. " ucap Aireen.
" Malangnya, awak bukan seorang ibu yang baik kerana awak lupa kalau pukul 12.00 anak awak dah balik. Tapi, awak tak jemput dia dari sekolah pun. " usik Affan. ' Aku lupalah. Tolonglah faham sikit. ' bisik hati Aireen. ' Ai, terdiam. ' bisik hati Affan. " Encik Affan, macam nilah. Boleh tak kalau Encik Affan tak payahlah nak ambil saya dari rumah, hantar anak saya pergi sekolah. Lepastu, jemput dia dari sekolah, lepastu hantar saya balik rumah. Lagipun kan, Encik Affan, saya boleh guna Grab. " kata Aireen.
" Awak rasa saya ni mengganggu awak ke? " tanya Affan. " Tak, bukan tu maksud saya Encik Affan. Tapi, saya sangat berterima kasih sebab Encik Affan dah tolong saya. " jawab Aireen. " Awak tak suka saya ke? Awak benci saya ke? " tanya Affan. " Tak Encik Affan, tak! Saya tak pernah terfikir pun tak sukakan Encik Affan. Saya sukakan Encik Affan. " jawab Aireen. ' Terkena! Aireen, Aireen. Aku sengaja nak bagi kau cakap macam tu. ' bisik hati Affan. " Awak sukakan saya? " tanya Affan.
' Aku rasa aku dah dikenakan ni. Dia mesti sengaja. ' bisik hati Aireen. Affan tersenyum. " Saya cuma suka Encik Affan sebagai majikan saya je. " jawab Aireen. " Ye ke ni? " tanya Affan. " Yalah. Lagipun, saya bukan perempuan yang sesuai untuk Encik Affan. Cik Yusrina ialah perempuan yang terbaik untuk Encik Affan. " ujar Aireen. Wajah Affan berubah. Aireen merasakan bahawa dia tersalah cakap.
" Maafkan saya, Encik Affan. Saya, tak ada maksud pun nak sebut nama Cik Yusrina. " pujuk Aireen. Affan sengaja membuat Aireen kesal. ' Ha ha ha! Dia memang mudah diperdayakan. ' bisik hati Affan. " Tak adalah. Hah, tu Esha. Awak pergi lah ambil dia. " kata Affan. Aireen pun keluar mengambil Esha. " Esha, maafkan mama ya sayang. Mama lupa sebab mama banyak kerja. " kata Aireen. " Tak apa! Lagipun, Esha faham mama ada banyak kerja. " balas Esha.
Aireen pun membawa Esha masuk ke dalam kereta. " Esha, nak pergi office papa ke? " tanya Affan. " Nak, nak, nak! " jawab Esha. " Nanti kita main ya. " kata Affan. " Yay! Terima kasih, papa! " ucap Affan. Aireen hanya membiarkan Affan memanjakan Esha. ' Memang betul kata Encik Affan. Esha masih kecil dan perlukan kasih sayang seorang ayah. ' bisik hati Aireen.
Share this novel