Ayuni memandang ke cermin sambil memegang alat tes kehamilan. Sebqik sahaja di melihat ke arah skrin kecil alat itu, terpapar perkataan ' Pregnant '. Ayuni seperti tidak percaya bahawa dia hamil. Dia mengucapkan rasa syukur. ' Hah, ni kena bagitau Rahadi ni! ' bisik hati Ayuni. Dia pun segera keluar dari tandas lalu menuruni anak-anak tangga dengan perlahan-lahan. Kemudian, dia menuju ke dapur. Kelihatan Rahadi sedang minum sambil membaca berita dari telefon bimbit. Ayuni pun segera menuju ke arah Rahadi.
Kemudian, dia berdiri di belakang suaminya lalu menutup kedua-dua mata Rahadi. Rahadi pun menyentuh tangan Ayuni yang sedang menutup matanya. " Honey, kenapa pula ni? " tanya Rahadi. " By, saya nak beritahu sesuatu pada awak. " kata Ayuni. " Apa dia? " tanya Rahadi. " Tak lama lagi, kita akan ada malaikat kecil! " jawab Ayuni. Ayuni pun melepaskan tangannya daripada menutup mata Rahadi. Dia pun melabuhkan punggungnya di atas kerusi meja makan itu. Dia duduk berhadapan dengan suaminya.
" Malaikat kecil apa pula ni, hah? " tanya Rahadi lalu mengusap kepala Ayuni. Ayuni pun menunjukkan alat tes kehamilan itu kepada Rahadi. Rahadi pun segera mencapai alat itu. Alangkah terkejutnya Rahadi apabila dia mendapat tahu bahawa Ayuni hamil. " Kita akan ada anak ke, honey?! " tanya Rahadi dalam perasaan yang teruja. Ayuni hanyak mengangguk. Rahadi pun berdiri lalu melompat keriangan. Dia pun segera mengangkat isterinya. Mereka sangat gembira apabila mendapat tahu akan hal ini.
" By dah tak sabar-sabar nak ada anak! By harap, yang baby kita ni akan sentiasa sihat dalam kandungan honey. " ujar Rahadi. Dia pun menurunkan isterinya lalu memeluknya. Ayuni membalas pelukan itu. " Terima kasih, honey! " ucap Rahadi. Ayuni tersenyum riang melihat kelakuan Rahadi. " Honey akan jaga baby ni dengan baik. Honey harap sangat supaya baby kita sentiasa sihat. " ujar Ayuni. " Dan, By akan jaga isteri kesayangan By ni dan kandungannya! " balas Rahadi.
************
Sudah sebulan berlalu. Akhirnya, Shika melahirkan sepasang kembar lelaki. Raziq memberikannya nama Muhamad Afiq dan Muhamad Alif. Betapa gembiranya pasangan suami isteri itu apabila menyambut cahaya mata. " Assalamualaikum! " ucap Affan. " Waalaikumussalam! " jawab Raziq dan Rahadi serentak. " Wah, Ayuni pun dah ada kat sini rupanya. " ujar Aireen. Ayuni hanya tersenyum.
" Tahniah, Shika! Ni ada buah tangan untuk baby korang berdua. Alaa, comelnya! Kembar lagi tu! " ujar Aireen. " Terima kasih, Aireen! Terima kasih, semuanya! Saya sangat bersyukur sebab selama ni, saya menunggu untuk mempunyai anak. Saya dah keguguran dua kali. Dan syukurlah, Alhamdulillah! Akhirnya, Allah kurniakan saya sepasang anak kembar yang comel. " ujar Shika. " Hmm, kami berdua pun tengah tunggu masa je ni. " sampuk Ayuni.
" Tunggu masa apa pula ni? " tanya Raziq. " Ayuni dah mengandung. Satu bulan sepuluh hari. Jadi, kami ni pun tak lama lagi akan menimang anak juga. Harap-harap dapat kembar tiga sekaligus. " jelas Rahadi. Mereka pun ketawa apabila mendengar penjelasan Rahadi. " Wah, tahniah Ayuni! Dalam masa-masa ni, awak mesti jaga kesihatan. Jangan makan yang berminyak, yang tak berkhasiat. Banyakkan makan buah dan sayuran untuk kesihatan baby tu. " nasihat Shika.
" Hah, dengar tu! " kata Rahadi. Ayuni menyiku Rahadi. Mata mereka pun tertumpu kepada Affan dan Aireen. " Hah, korang berdua ni, bila pula nak kahwin? " tanya Nifail yang dari tadi hanya diam. " Dalam bulan ni jugalah. Hah, kau tu pula, takkan sampai tua nak membujang, saja? " tanya Affan. " Alaa, belum ada rezeki aku lagilah. Mana ada perempuan yang nak pandang aku ni. Yusrina tu pun, tak pandang aku. Jadi, aku dah lupakan Yusrina. Lagipun, kalau buat bini tak sesuai. Tengoklah tu, perangai dia aku tak suka. Jadi, kalau boleh aku nak perempuan yang baik hati, ikhlas. " ujar Nifail panjang lebar.
********************
Ariana duduk di tepi katil Aqil. Sudah sebulan berlalu, Aqil masih lagi belum sedar. Kemudian, Natasha pun datang dengan membawa tiga bungkusan makanan. " Ana, jomlah kita makan dulu. Aunty Rossa, jomlah. Ni, Tasha ada order nasi goreng kampung. Ana dengan aunty, dari pagi tadi takde sarapan kan. " ujar Natasha lalu meletakkan bungkusan makanan itu di atas meja.
" Terima kasih, Tasha. Selama aunty kat hospital ni, jaga Aqil, kamu selalu beli makanan. Untuk Aireen, Ana, aunty. " balas Datin Rossa. " Yalah, lagipun aunty langsung tak fikir pasal makan. 24 jam, hanya fikir pasal bos je. " ujar Natasha. Datin Rossa tersenyum. " Ana, jomlah makan sekali. Ana pun belum makan juga kan. " ajak Datin Rossa. " Ya, mama. Ana nak minta izin untuk ke tandas dulu. " balas Ana kemudian menuju ke tandas yang terletak di dalam bilik wad itu.
" Macam mana dengan bos? " tanya Natasha. " Tadi, doktor ada masuk. Dia kata, keadaan Aqil dah stabil. Tapi, tulah. Sampai sekarang, dia masih lagi belum sedar. Dah sebulan dia terbaring atas katil je. Mama dengar, kamu bantu untuk uruskan kafe dia kan. Macam mana dengan keadaan kafe dia sekarang? " tanya Datin Rossa. " Biasa je. Uncle Yusof pun banyak bantu saya untuk uruskan kafe bos. Semuanya berjalan dengan lancar. " jawab Natasha.
Share this novel