BAB 29

Romance Completed 55259

Ariana pun mendekati Natasha. Dia pun memperkenalkan dirinya pada Natasha. " Hai, nama saya Ariana! Boleh panggil saya Ana. Saya baru je kerja kat sini. " tegur Ariana. " Oh, ya hai. Nama saya Natasha. Boleh panggil saya Tasha. " balas Natasha. Mereka berdua pun bekerja.

*******************

" Aireen, aku dah tak sabar esok. Rasa excited sebab, esok majlis perkahwinan aku. " kata Ayuni. " Esok, kau dah tak ada dalam rumah ni. Sepilah aku. Tak ada kawan nak berbual. " kata Aireen. " Tak apa, Puan Aireen. Kiki kan ada. Bila - bila masa saja Kiki ada. Asyiap bos! " kata Kiki. Perwatakan Kiki seorang yang lucu. " Yalah! Jadi, Kiki ni dah boleh jadi kawan untuk aku borak. Ayuni, nanti kita boleh video call, chatting kan. Aku doakan semoga majlis esok baik - baik je. Tak ada gangguan. " kata Aireen.
" Terima kasih, Aireen. " ucap Ayuni. Aireen mengukir senyuman. " Kiki jadi sedih ni. Esok, Cik Ayuni dah tak ada dalam rumah ni. Lima tahun Kiki kerja disini. Kenal dengan Puan Aireen dan Cik Ayuni. " ujar Kiki. " Ouh, Kiki pun tak payahlah nak risau. Tak mungkinlah kan aku nak lupakan Kiki dan BFF aku dari sekolah rendah lagi. Nanti, aku akan selalu jugalah datang sini. " kata Ayuni.
" Aunty, Esha sayang, sangat kat aunty! Esha harap sangat, aunty bahagia! " ujar Esha. " Oh, thanks my sweetie! " ucap Ayuni. " Esok, kau bukan lagi bergelar tunang orang, tapi...isteri orang. " ujar Aireen. " Kiki, tak sabar nak tengok Cik Ayuni duduk atas pelamin! " usik Kiki. " Ada - ada sajalah, Kiki ni! " kata Ayuni. " Kiki, tolong bawa Esha naik atas masuk tidur. Saya dan Ayuni masih ada kerja untuk persiapan esok. " pinta Aireen. " Baik, Puan Aireen! " kata Kiki.

***********************

Hari ini adalah majlis perkahwinan Adi dan Ayuni. Ibu bapa mereka masing - masing hadir di majlis itu. Tidak lupa juga dengan Affan, Nifail dan Raziq bersama Shika turut hadir di majlis yang meriah itu. Majlis akad nikah pun mula. Dengan sekali lafaz sahaja, akhirnya Ayuni begelar isteri kepada Adi. Aireen mengucapkan rasa syukur kerana majlis itu berlangsung dengan baik tanpa sebarang gangguan.
Aireen juga bersyukur akhirnya sahabatnya Ayuni akhirnya berkahwin dengan pilihan hatinya. " Congratulations, Ayuni! " kata Aireen. " Oh, terima kasih. " jawab Ayuni. " Congrats, Adi! " kata Affan. " Ya, bos. Terima kasih. " jawab Adi. " Selamat ya! " kata Shika. " Ya, terima kasih! " jawab Ayuni. Aireen merupakan pengapit Ayuni. Majlis perkahwinan Adi dan Ayuni sangatlah meriah. Mereka mengambil gambar bersama - sama.
Pada waktu siang, mereka berdua mengenakan pakaian pengantin berwarna putih. Pada waktu malamnya pula, Adi mengenakan kot berwarna ' baby blue' , Ayuni pula mengenakan gaun berwarna ' baby blue '. Acara potong kek pun dimulakan. Mereka menyuap kek antara satu sama lain sambil mengukir senyuman. Ayuni turut menyuap Esha satu suap kek.
" Harini, malam pertama kau dengan Adi. Harini juga malam pertama aku tanpa kau. " kata Aireen. " Kalau aku ada masa nanti, aku akan pergi rumah tu. Lagipun, rumah tu aku berikan pada kau. " kata Ayuni. " Terima kasih, Ayuni! " ucap Aireen. " Sama - sama! " kata Ayuni.

************************

Kinz Cafe pun tutup. Ariana dan Natasha sedang berbual. ' Esok, aku ada photoshoot pula. Harap Aqil faham. ' bisik hati Ariana. " Oh, ya! Nanti, balik naik apa? " tanya Natasha. " Oh, nanti abang saya jemput saya. Abang saya tu kadang - kadang garang juga. Dia garang pun sebab untuk kebaikan saya. " kata Ariana. " Saya tak ada abang. Saya jelah anak sulung. Ada dua orang adik. Sekarang cuma ada mak je. Ayah saya dah pun meninggal masa umur saya 17 tahun. " jelas Natasha.
Deruman enjin motor kedengaran. Khalid datang untuk menjemput Natasha pulang. ' Oh, jadi lelaki ni rupanya. Tak apa, Tasha. Aku akan tolong kau. ' bisik hati Ariana. Khalid memberikan topi keledar kepada Natasha. Khalid diam - diam memerhatikan Ariana. ' Cantik juga perempuan ni. ' bisik hati Khalid. " Bye, jumpa esok! " Ariana melambaikan tangannya. Motosikal itupun berlalu pergi. Ariana pun segera menuju ke kereta Aqil.
" Hah, macam mana? " tanya Aqil. " Saya tengok lelaki tu pun macam nak telan Ana. " jawab Ariana. " Soal Natasha, dah dapat? " tanya Aqil. " Dia anak sulung ada dua orang adik. Ayah dia dah meninggal sewaktu dia berusia 17 tahun dan sekarang cuma tinggal dengan mak dia je. Mak dia ada penyakit kanser usus. Tapi, rawatan kos semua dah bayar. Mak dia dah baik - baik sikit. " jawab Ariana. " Esok, abang harap kamu dapat maklumat lebih tentang dia. Abang nak tahu macam mana dia kenal dengan lelaki tu. " pesan Aqil.
" Dia ada cerita sikit ka Ana. Nama boyfriend dia Khalid. Dia kata boyfriend dia tu baik sangat. Tapi, Ana tahu dia tipu. Dia tutup semua tu. Dia tak nak orang tahu. Dia tak ceritakan pula macam mana dia boleh jumpa dengan jantan berperangai setan tu! " ujar Ariana. ' Tak apa. Bangkai gajah takkan dapat ditutup dengan nyiru. ' bisik hati Aqil. Mereka pun menuju pulang ke rumah. " Oh ya, bang! Esok saya tak boleh nak tolong abang sebab esok saya ada photoshoot. Nanti, saya akan beritahu dia kalau saya ni sakit. " kata Ariana.
" Ana ada number phone dia ke? " tanya Aqil. " Mestilah Ana ada. Dia pun ada number phone Ana. " jawab Ariana. " Nanti, tolong send kat abang number phone dia. " pinta Aqil. " Baik, bang. " jawab Ariana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience