BAB 25

Romance Completed 55259

Selepas menghantar Ayuni, Adi pun terus menuju ke Abu Bakar Holdings untuk bertemu dengan Affan. Dia pun sampai. " Aireen, bos ada kat dalam ke? " tanya Adi. " Ada, kenapa? Nak jumpa dia ke? " tanya Aireen. " Ya. " jawab Adi. " Encik Affan, Adi nak berjumpa dengan Encik Affan. " kata Aireen. " Suruh dia masuk. " kata Affan. " Adi, masuklah. " kata Aireen.
" Ada apa? Dah dapat maklumat pasal perempuan tu ke? " tanya Affan. " Tak salah lagi tekaan bos. Memang pasal perempuan tulah. " balas Adi. " Apa dia? " tanya Affan. " Macam ni, bos. Tunang saya ni, berkawan baik dengan Aireen. Saya tau cerita ni pun dari tunang saya. " kata Adi. " Stick to the point lah. " kata Affan. " Sorry, bos. Aireen ni sebenarnya, anak Dato' Yusof, pemilik Yusof Holdings, usahawan yang terkenal di negara ni. Aireen ni, dia dihalau dari rumah sebab hamil anak diluar nikah. Dia pun tak tahu siapa yang hamilkan dia sebab waktu tu, dia mabuk dan tak ingat apa - apa. " jelas Adi.
' Memang betul sangkaan aku selama ni. Esha tu, anak kandung aku. Maafkan aku, Aireen. Sebab aku, hidup kau rosak. Keluarga kau tak terima kau. ' bisik hati Affan. " Baiklah, itu saja? " tanya Affan. " Itu saja bos. " jawab Adi. " Baiklah, awak boleh keluar. " kata Affan. Adi pun keluar lalu menutup pintu bilik Affan dengan rapat. Affan teringat akan kejadian yang menimpa Aireen.

***********************

" Truth or dare? " tanya seorang lelaki. " Dare. " jawab Affan. " Baiklah, aku cabar kau tidur dengan perempuan malam ni. " kata lelaki itu. " Bukan masalah, bro. " jawab Affan. Affan melihat seorang gadis yang mabuk. ' Boleh juga dia ni. ' bisik hati Affan. " Hai, cantik! " tegur Affan. " Mmm. Awak siapa? " tanya Aireen. " Yang itu, awak tak perlu tau. Jomlah, ikut saya. " ajak Affan. Aireen pun mengikuti Affan ke sebuah hotel. Kemudian, dia meninggalkan jasad Aireen di kaki lima.

***********************

Affan merasa sangat bersalah. Dia pun mengatur rencana untuk memikat hati Aireen. Dia mahu berkahwin dengan Aireen untuk bertanggungjawab atas perbuatan di masa lalu. Dia sangat berharap agar rencananya berjalan dengan lancar. Baginya, berkahwin dengan Aireen dapat menebus semua kesalahannya di masa lalu.

***********************

Natasha dihantar oleh Khalid ke tempat kerjanya. Hari ini, dia tidak boleh mengecewakan Khalid, jikalau tidak dia akan tahu apa akibatnya. Natasha teringin sangat hendak terlepas dari rantai belenggu itu. Dia mahukan hidup bebas tanpa ada rasa bebanan. Hidup selesa dan nyaman seperti orang lain. Kerana takut keluarganya di apa - apakan, kerana Khalid sudah pun membantunya, dia terpaksa menghadapi semua itu.

Aqil yang diam - diam memerhatikan Natasha dari jauh segera menghampiri Natasha. Natasha yang menyedari akan hal itu lantas pergi ke tandas. Entah apa yang dilakukannya disana. Dia tidak mahu menanggung akibatnya. ' Kenapalah, bos ni? Asyik nak ganggu aku je? Tolonglah bagi kerjasama sikit. ' bisik hati Natasha. ' Tak apalah. Belum masa yang sesuai lagi aku nak luahkan perasaan aku pada dia. ' bisik hati Aqil.
Kemudian, seorang lelaki menegurnya dari arah belakang. ' Maafkan saya. Awak ni bos Natasha, bukan? " tanya Khalid. Semasa Natasha mahu keluar dari tandas itu, tiba - tiba dia terkejut melihat Khalid berjumpa dengan Aqil. Dia merasakan pasti akan berlaku sesuatu yang buruk pada Aqil. ' Habislah! Macam mana sekarang ni? Harap dia tak apa - apakan bos. ' bisik hati Natasha.
" Oh, ya saya bos dia kenapa ya? Awak ni abang dia ke? " tanya Aqil. " Abang ya, abang. Saya ni, bukanlah abang dia. Saya ni, boyfriend dia. Saya tengok, macam ada sesuatu je yang lain. " kata Khalid. " Tak ada apa - pun. Awak tak payahlah nak risau. Saya bukan nak kebas dia pun. Dia tu, cuma pekerja saya je. Lagipun, saya dah ada girlfriend sendiri. " kata Aqil kemudian berlalu pergi. ' Dia dah berpunya rupanya. Aku ingatkan, selama ni itu abang dia. Nasib akulah!. ' bisik hati Aqil.

***********************

Ariana pergi ke Butik Asiah untuk bertemu dengan Datin Rossa. " Selamat datang ke Butik Asiah! Silakan Masuk! " kata Shika. " Saya nak jumpa dengan Datin Rossa. Dia ada ke tak ada? " tanya Ariana. " Cik ni siapa? " tanya Shika. " Oh, saya Ariana. Anak dia. " jawab Ariana. " Oh, maafkan saya Cik Ariana. Saya tidak tahu pun cik ni anak Datin Rossa. " kata Shika. " Oh, tak apa. Lagipun, kita baru kenal harini kan. " ujar Ariana.
" Ya, betul tu. " balas Shika. " Datin Rossa, ada ke tak ada? " tanya Ariana. " Oh, dia ada. Nak saya panggilkan dia? " tanya Shika. " Tak apalah. Biar saya sendiri jumpa dengan dia. " kata Ariana. Shika pun membawa Ariana berjumpa dengan Datin Rossa. " Datin, anak datin, Ariana hendak berjumpa dengan, datin. " tegur Shika pada Datin Rossa. " Mama, saya ada nak cakap sikit dengan mama. " kata Ariana.
Shika pun meninggalkan Ariana dan Datin Rossa di dalam bilik itu. " Ariana nak cakap pasal apa? " tanya Datin Rossa. " Ni soal Kak Aireen, ma. " jawab Ariana. " Bila mama nak berjumpa dengan dia? " tanya Datin Rossa. " Belum lagilah, mama. Sekarang ni, Abang Aqil tengah susun rencana macam mana supaya mama dengan Kak Aireen boleh bertemu. Lagipun, papa tak boleh tahu pasal semua ni. Kalau tak, sampai bila - bila pun, kita dah tak boleh keluar jumpa Aireen. Papa tu kan lain orangnya. Dia tu tegas. " jelas Ariana.
" Mama teringin sangat nak berjumpa dengan Aireen, Ariana. 7 tahun tau dia tak ada di sisi mama. Mama tahu, betapa sukarnya dia diluar sana. Mama merasakan bahawa dia pasti hidup susah kerana perlu menyara hidupnya. " ujar Datin Rossa. " Dia baik - baik jelah mama. Memang sekarang ni dia tengah susah sebab kena cari duit untuk sara anak dia lagi. Ana tahu, Kak Aireen bukan seorang yang mudah berputus asa. Ana tahu, Kak Aireen tu bagaimana orangnya. " kata Ariana.
" Kalau Ariana dah cakap macam tu, sejuk hati mama mendengarnya. " kata Datin Rossa. " Sekarang, mama tak payahlah nak risau dah. Sebab, mama akan berjumpa dengan Kak Aireen. Saya dengan Abang Aqil akan pastikan mama bahagia, dapat bertemu dengan Kak Aireen. Kalau mama nak tahu, Kak Aireen teringin sangat nak balik rumah. Nak tengok mama dengan papa, Ana dengan Aqil. Keluarga kita bahagia, penuh dengan gurau senda dan gelak tawa. " ujar Ariana. Datin Rossa berasa lega. Dia tidak sabar untuk bertemu dengan Aireen.

**********************

Adi lega kerana pekerjaannya sudah pun selesai. Kini, dia dan Ayuni bolehlah melangsungkan perkahwinan mereka tanpa ada sebarang gangguan. Sudah dua tahun mereka bertunang. Inilah masa yang sesuai. Dia pun mengambil keputusan untuk bertemu dengan Ayuni. Mereka berjumpa di sebuah kafe.
" Sayang, saya dah tetapkan tarikh untuk kita berkahwin. " ujar Adi. " Saya juga dah pun beritahu bos saya supaya tak ganggu saya dulu untuk masa ni. 25 hari bulan ialah tarikh perkahwinan kita. Awak setuju tak? " tanya Adi. " Hundred percent! Saya setuju. Oh ya, kalau cari baju pengantin tu, saya nak ajak Aireen sekali. Lagipun, dia memang bijak memilih pakaian pengantin. " kata Ayuni.
" Okey jugalah tu. Seperti yang awak tahu, saya dah tetapkan tempat untuk melangsungkan majlis perkahwinan kita tu. Tapi, saya tak tahulah sama ada awak setuju ke tidak. Kalau tidak, awak bagilah pendapat awak kita nak langsungkan majlis perkahwinan kita tu kat mana. " jelas Adi. " Kat mana? " tanya Ayuni. " Bagaimana kalau kita kahwin kat dewan. Ada aircond tau. " jawab Adi. " Mestilah saya setuju. Okeylah tu. Saya tak kisah nak kahwin kat mana pun. Semua ru tergantung pada kemampuan awak je. " balas Ayuni.
" Terima kasih, sayang! " ucap Adi. " Sama - sama. " balas Ayuni. " Kalau macam tu, lauk pauk nanti kita bincang dengan mak ayah lah. Kalau decoration pelamin nanti, saya serahkan semuanya pada awak dan Aireen. Saya ni, tak tahulah nak pilih yang mana nanti. Semuanya cantik - cantik belaka. " kata Adi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience