" Jadi, esok ke? " tanya Ariana. " Kita tak boleh nak terburu - buru sangat. Lagipun, esok kakak sibuk sangat. Lusalah. " ujar Aireen. " Okeylah kalau kakak dah cakap macam tu. " kata Aqil. " Cik Aqil, Cik Ariana minumlah dulu. Kiki dah buatkan teh ni. Sayang tau kalau tak minum. " kata Kiki. " Ya, Kiki. " kata Aqil.
**********************
Affan sedang menyiapkan tugasannya. Kemudian, dia keluar dari biliknya lalu menuruni anak - anak tangga. Dia pun ke dapur untuk mengambil minuman. " Aireen, saya pun tak tahu macam mana nak berterus terang dengan awak. Saya tak berani. Saya tahu kalau saya terus terang dengan awak, awak akan benci saya sebab dah rosakkan hidup awak. " kata Affan. Cuma satu sahaja tujuannya. Dia mahu berkahwin dengan Aireen untuk menebus kesalahannya pada Aireen.
Affan termenung. Cuma wajah Aireen dalam ingatannya. Cuma nama Aireen di dalam hatinya. Datin Ramlah melihat Affan sedang termenung. Air di dalam gelasnya itu tidak sedikit pun berkurangan. Datin Ramlah pun lekas menghampirinya. " Affan! " tegur Datin Ramlah. Affan tidak menjawab. Dia masih lagi termenung. " Affan! " tegur Datin Ramlah buat kali kedua.
Affan pun terkejut lalu menoleh ke arah ibunya. " Eh, mama. " sahut Affan. " Kenapa dengan Affan ni?! Termenung je sampai tak dengar mama panggil nama Affan. " kata Datin Ramlah. " Oh, tak ada apa - apalah. Sebenarnya, Affan pernah buat kesalahan dengan seseorang. Mama, kalau Affan berterus terang, orang tu, bencikan Affan tak? " tanya Affan. " Patutlah anak mama ni termenung je sampai tak dengar di panggil. Rupa - rupanya, mmmm. Macam nilah, Affan. Kadangkala, mungkin orang tu akan benci dan kecewa. Kadangkala, mungkin orang tu redha je sebab semua benda pun dah berlaku. Yang penting, Affan dah berterus terang dengan dia kan. Tengok orang dialah. " kata Datin Ramlah.
' Tapi, kalau Aireen, boleh ke dia maafkan aku? ' bisik hati Affan. " Terima kasih atas nasihat mama pada Affan. Kalau dia marah dan kecewa pada Affan, Affan terima je dan redha. Sebab, salah Affan tak berterus terang dengan dia. Tapi, kalau dia maafkan Affan, Affan bersyukur. " ujar Affan. Datin Ramlah tersenyum melihat Affan.
Keesokan harinya, Affan seperti biasa selepas bersarapan, dia pun segera menuju ke rumah Aireen. Waktu itu, Aireen belum siap lagi. Kiki mengajak Affan masuk lalu memberikan Affan minum secawan teh. Esha pula sedang menonton televisyen di pangkuan Affan. Aireen pun turun. " Perempuan memang lambat kan kalau bersiap, mandi. " tegur Affan.
" Eh, Encik Affan bila sampai? " tanya Aireen. " Dah lebih lima minit saya kat sini. " jawab Affan. Affan pun segera berdiri lalu melihat rumah yang sekarang sudah pun milik Aireen. " Perhiasan rumah awak murah sangatlah. " kata Affan. ' Ish, dia ni! Dah lah masuk rumah orang, tak reti ke hormat sikit. Aku tau lah aku ni cuma orang susah. Encik Affan tu orang kaya, mestilah perhiasan rumah dia mahal kan. Takkan lah kalau nak jadi PA pun perhiasan mesti mahal kan? ' bisik hati Aireen.
Affan pun memegang gambar diatas laci putih itu. Dia membelek - belek gambar itu. " Eh, Encik Affan! Gambar ni tal boleh sentuh. Harom! Kalau pecah nanti macam mana. " kata Aireen. Dia segera mengambil gambar itu dari tangan Affan lalu meletakkan gambar itu kembali di tempat asalnya. Kemudian, Affan memegang pasu berwarna biru yang kosong cuma menjadi perhiasan rumah itu. " Ni, original ke spicy? " tanya Affan. " Mestilah original. " jawab Aireen.
" Awak nak tahu tak, kalau nak tahu ni original ke spicy, mesti uji dulu. " kata Affan. " Uji macam mana tu, Encik Affan? " tanya Aireen. Affan pun dengan sengaja melepas pasu biru itu dari tangannya. Pasu itu pun pecah. " Hah, ni spicy lah ni. Tak ori. " kata Affan. Aireen hanya mengangguk. Kemudian, baru Aireen tersedar pasu itu pecah. Pasu yang dibelinya dengan harga yang mahal. " Encik Affan! Ni original lah! Saya beli ni mahal! " kata Aireen.
Aireen pun terduduk lalu memegang pasunya yang sudah pun pecah. Pasu yang dibelinya itu merupakan pasu kesayangannya. ' Ish, Encik Affan ni mesti sengaja kan?! Takpe - takpe. Nanti saya akan balas balik. ' bisik hati Aireen. " Kiki, tolong buang pasu yang pecah ni. " arah Aireen. " Eh, macam mana boleh pecah? Ni kan pasu kesayangannya Puan Aireen. " tanya Kiki. " Oh, pasu ni tak ori. Sebab tulah pecah. " jawab Aireen. ' Eh, dati mana pula Puan Aireen belajar ni? ' bisik hati Kiki. Kiki pun mengutip serpihan pasu itu dengan berhati - hati.
Aireen, Affan dan Esha pun menuju ke kereta. Affan menghantar Esha ke sekolah. Kemudian, dia mengatur keretanya menuju ke arah Syarikat Abu Bakar Holdings. Aireen pun seperti biasa duduk di kerusinya. Begitu juga dengan Affan masuk ke biliknya lalu membuka laptopnya. Aireen masih ingat tentang pasunya yang pecah tadi. ' Tak apalah, Encik Affan. Silap - silap, barang kesayangan Encik Affan pun akan pecah juga nanti. Kalau Encik Affan nak potong gaji saya, potonglah. ' bisik hati Aireen.
Share this novel