BAB 5

Romance Completed 55267

Affan sedang bermain gitar di dalam biliknya. Dia pun mula merasa bosan. Akhirnya, dia pun turun ke bawah. Dia terus keluar lalu menunggang motosikalnya. Kemudian, dia teringat sesuatu. Ingatannya tentang semasa dia berumur sepuluh tahun.
Dulu, Affan mempunyai seorang kawan perempuan. Dia sangat rapat dengan perempuan itu. Mereka sangat rapat dan suka bermain bersama - sama. Tapi sayangnya perempuan itu sudah pun berpindah sebaik sahaja umur Affan sepuluh tahun. Perempuan itu pula berumur lapan tahun. Affan hanya menyimpan sekeping fotonya bersama perempuan itu dan getah rambut yang berwarna hijau milik perempuan itu.
" Eh, betul ke awak nak pindah? " tanya Affan. " Ya. " jawab perempuan itu. " Kan awak dah janji dengan saya kalau kita akan kawan sampai bila - bila. " kata Affan. " Awak janganlah sedih. Kalau saya dah besar nanti, saya akan cari awak. " kata perempuan itu. " Janji ya? " tanya Affan. " Ya, saya janji. " kata perempuan itu lalu mengukir senyuman.
Affan pun pulang ke rumah. Bibik hairan melihat majikannya itu. Affan terus ke bilik tidurnya. Dia cuba untuk melelapkan matanya. Dia tidak dapat tidur malam itu. Dia pun melayari internet dan bermain permainan video. " Ah, bosannya! " kata Affan. " Mungkin, aku dah terbiasa tidur lambat. " kata Affan lagi. Dia pun cuba melelapkan matanya. Akhirnya, dia pun tertidur.
Keesokan harinya, Affan bangun awal. Seperti biasa, dia menyarungkan pakaiannnya lalu turun untuk bersarapan bersama keluarganya. " Morning, papa, mama. " ucap Affan. " Ya, good morning! " jawab Dato'Fadzlee. " Kenapa ni, Affan? Mama tengok, Affan penat je. Tidur lambat ke semalam? " tanya Datin Ramlah. " Affan tak boleh tidur. " jawab Affan. " Tulah, selalu sangat tidur lambat. " kata Dato' Fadzlee.
" Papa, Affan nak pinjam duit boleh? Credit card Affan kena block. " kata Affan. " Nak pinjam berapa? " tanya Dato' Fadzlee. " Saya cuma nak pinjam RM600 je. " jawab Affan. " Okey, nanti papa bagi. " balas Dato' Fadzlee sambil mengukir senyuman.

***************

" Apa aku nak buat sekarang ni? Orang yang buat aku macam ni, setan betullah! " marah Aireen. Waktu itu, dia berada di dalam tandas. " Takpa, sekarang ni, aku mesti cari lelaki tu suruh dia bertanggungjawab. " kata Aireen. Dia pun keluar dari tandas, kemudian turun untuk bersarapan. Selepas bersarapan, dia pun memandu keretanya menuju ke MUSM.
"Hai, Aireen! " sapa Ayuni. " Oh, ya hai. " jawab Aireen. " Jadi, apa kau nak buat sekarang? Maksud aku, tentang kandungan kau. " tanya Ayuni. " Sebelum papa aku tahu, aku mesti cari lelaki tu sampai jumpa. Aku nak dia bertanggungjawab. " balas Aireen. " Kat mana kau nak cari dia? " tanya Ayuni. " Entahlah. Aku nak minta maaf. Sebab, aku tak dengar nasihat kau. Tak sangka, rupanya nasihat itu satu amaran untuk aku." kata Aireen kesal.
Aireen menyesal atas semua yang berlaku kepada dirinya. " Takpelah, benda pun dah jadikan. Mungkin, ni ujian untuk kau." kata Ayuni. " Thanks, kaulah sahabat yang paling baik, yang pengertian, prihatin! Aku bersyukur tau, ada kawan macam kau. " kata Aireen. " Ya, sama - sama. Apa gunanya sahabat kalau tak boleh membantu sahabatnya sendiri kan. Aku akan tolong kau untuk hadap semua ni. Jadi, kalau ada apa - apa aku akan selalu ada. " balas Ayuni.
" Tapi, aku tak tau nak buat apa sekarang ni. Aku harap, semoga keluarga aku tak tau pasal ni. KL ni besar sangat, tak tau nak cari lelaki tu kat mana. " kata Ayuni. " Dunia ni kecil je. Cepat atau lambat, kau pasti akan tau siapa pelakunya. Dahlah tu. " kata Ayuni. " Aku betul - betul menyesal sekarang. Kalaulah aku dengar nasihat kau, pasti semua ni takkan jadi. Aku dah malukan keluarga aku. Aku dah kehilangan maruah aku sebagai perempuan. Aku dah tak suci lagi. Aku sudah bernoda. Sekarang ni, hamil di luar nikah. " kata Aireen. " Aku akan sentiasa tolong kau, support kau dan selalu bagi semangat kat kau. " kata Ayuni. Mereka pun bersama - sama menuju ke kelas masing - masing.

*************

Yusrina dan dua sahabatnya sedang menunggu Affan datang. Pertama kali Yusrina melihat wajah sepupunya yang sangat tampan sehingga membuatkan dia jatuh hati. Dia sangat mengharapkan agar Affan turut jatuh hati padanya. Tetapi, dia tahu Affan bukan seorang jejaka yang mudah jatuh cinta, kerana jika dilihat dari penampilannya dia tidak memandang kecantikan gadis itu, tetapi memandang sifatnya. Ramai siswi yang terpesona melihat Affan.
Kelibat Affan pun kelihatan. Yusrina terus menghampiri Affan. " Hai, Affan! " sapa Yusrina. Affan tidak menjawab. " Sebenarnya kan, first time I nampak wajah you yang begitu mempesonakan, I dah mula jatuh cinta dengan you. " kata Yusrina. " Wah, Affan! Lebih baik kau terima je cinta dia. " kata Raziq. “ Yalah, lagipun bukan senang nak dapat perempuan cantik macam dia ni. " sokong Nifail.
" Yusrina, kita ni cuma cousin. So, saya nak minta maaf. Sebab, awak bukan perempuan impian saya. " balas Affan. Yusrina terdiam. Langkahnya terus berhenti. Affan terus berjalan untuk menuju ke kelasnya. " Laa, yang kau sia - siakan peluang emas ni kenapa? Bukannya salah kalau nak kahwin dengan sepupu sendiri kan. " kata Nifail. " Kalau macam tu, lebih baik kau je yang bercinta dengan dia. Aku tengok pun, kau macam suka dengan dia je. " usik Affan. " Ya, aku rasa, aku dah mula jatuh cinta pada dia. " kata Nifail.
" Tapi, dia tak suka kau. Dia suka Affan. " jawab Raziq sambil ketawa. " Takpe, suatu hari nanti, dia akan cari aku juga. Dia akan cair dengan aku juga. Sekarang belum lagi. Lama - lama nanti, dia pasti akan lupa Affan dan mula minat kat aku. " kata Nifail.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience