BAB 4

Romance Completed 55259

Affan dan sahabatnya sedang berada di kafe malam itu. Kemudian, mereka meneruskan perjalanan mereka ke Bukit Bintang. Lagu di kelab malam itu sangat kuat. " Wei, Raziq! Kau kenapa?! " tanya Affan. " Bro, aku rasa, aku nak berubahlah. " balas Raziq. " Sebab Shika ke? " tanya Nifail. " Dua sebab. Pertama, aku tak nak masa depan aku hancur. Kedua, sebab Shika. " balas Raziq. " Kalau kau nak berubah, aku pun nak ikut jugalah. " kata Nifail. " Kau pun?! Kalau macam tu, aku ikutlah. " balas Affan.

**************

Pagi itu, Aireen seperti biasa memandu keretanya ke MUSM. Sesampai saja disana, dia merasa pening. ' Peningnya kepala aku! Mungkin aku minum banyak sangat kot. Tapi kan dah berapa hari. Mungkin memang macam ni simptom minum minuman keras banyak sangat. ' bisik hati Aireen. " Hai, Aireen! Kau kenapa, kau sakit ke?! " tanya Ayuni. " Entah. Takpelah, jom masuk! " ajak Aireen. Aireen tiba - tiba pengsan. Dia pengsan di bahagian tempat letak kereta. " Eh, Aireen! Kenapa ni?! Aireen, bangun! " Ayuni terkejut. " Korang tolong! Aireen pengsan, tolong aku hantar dia pergi bilik rawatan! " Ayuni cemas. " Dia cuba mengejutkan Aireen. Para siswa dan siswi mula berkumpul. Akhirnya, Aireen pun bangun. " Eh, aku kenapa? " tanya Aireen.
" Aireen, kau okey ke? " tanya salah seorang siswa. " Jom, kitorang hantar kau ke bilik rawatan. " ajak seorang siswi. " Takpa, takpa. Saya okey. " ucap Aireen. Dia pun berdiri. " Betul ke ni?! Kau nampak macam lemah je?! " kata Ayuni. Ayuni sangat mengkhuatirkan Aireen. " Takpa, aku okey. Jomlah! " kata Aireen. Mereka berdua pun bersama - sama menuju ke kelas mereka. Para siswa dan siswi pun turut menuju ke kelas mereka masing - masing.
Tiba - tiba, Aireen merasa loya. " Weh, aku nak ke tandas jap! " kata Aireen kemudian berlalu pergi. " Eh, tunggu! " Ayuni menngikuti Aireen ke tandas. Aireen masuk lalu dia muntah di sebuah lubang tandas. " Aireen, kau okey ke?! " kata Ayuni sambil mengetuk pintu tandas. " A...aku okey. " sahut Aireen dari dalam tandas. Dia pun keluar. " Betul ke ni, hah?! Kalau kau tak sihat, kau baliklah, nanti aku akan jelaskan pada prof. Aku yakin dia faham. " kata Ayuni. " Lepas ni, boleh kau ikut aku tak? Aku nak pergi farmasi. " kata Aireen. " Apa - apa je aku sanggup. Kita kan best friend. " kata Ayuni. Mereka pun bersama - sama menuju ke kelas.

**************

Pada hari ini, Ariana tidak pergi ke sekolah kerana demam. " Ariana, mama nak masuk. " Datin Rossa meminta izin. " Masuklah. " balas Ariana. " Ariana dah makan ubat? " tanya Datin Rossa. " Dah, ma. Mama, Ana lapar. " kata Ariana. " Tadi, mama dah suruh Mak Jah masak bubur untuk Ana. Mama panggil Mak Jah dulu ye. " kata Datin Rossa. " Mak Jah! Mak Jah! " panggil Datin Rossa. " Ye, Datin. " sahut Mak Jah. " Bubur dah masak? Ariana dah lapar dah tu. " tanya Datin Rossa. " Sudah, Datin. " balas Mak Jah. " Tolong bawa bubur tu ya. " pinta Datin Rossa.
" Baiklah, Datin. " balas Mak Jah. Dia pun turun ke dapur lalu menyediakan semangkuk bubur dan sudu. Kemudian, Mak Jah pun naik dengan membawa bubur. Dia memberikan bubur itu kepada Datin Rossa. Datin Rossa pun masuk ke dalam bilik Ariana. Datin Rossa menyuapkan Ariana bubur. " Terima kasih, mama. " ucap Ariana. " Ye, nah. " balas Datin Rossa lalu menyuapkan bubur tersebut.

****************

Selepas sahaja kelas habis, Aireen dan Ayuni memandu kereta mereka masing - masing untuk menuju ke sebuah farmasi. Aireen membeli alat ujian kehamilan. " Aku cuma nak tau je. Sebab, mungkin ada sesuatu berlaku masa aku mabuk haritu. " kata Aireen. " Semoga, takde apa - apa jadi kat kau. " kata Ayuni. Mereka pun keluar dari farmasi. " Boleh tak kalau aku nak cek kat rumah kau. Lagipun, aku tak nak keluarga aku tau tentang semua ni. " kata Aireen. " Boleh, jomlah. " kata Ayuni.
Kereta mereka bersama - sama menuju ke rumah Ayuni. Mereka pun sampai di rumah Ayuni. Mereka pun masuk. " Yuni, aku nak pinjam tandas kau boleh? " tanya Aireen. " Boleh. Tandas kat bilik akulah. " jawab Ayuni. Mereka pun bersama - sama menuju ke bilik. Aireen terus masuk ke tandas. Ayuni pula menunggu dihadapan pintu tandas. Aireen pun keluar. " Dah ke? " tanya Ayuni. " Belum lagi. " jawab Aireen.
" Harap - haraplah, negatif. " kata Ayuni. Aireen memberikan alat itu ke Ayuni. Ayuni terkejut. Aireen terduduk kemudian menangis. " Ayuni, macam mana ni?! Kalau papa aku tau, macam mana?! " kata Aireen. " Macam nilah. Apa kata, kau cari orang tu. " kata Ayuni sambil menenagkan Aireen. " Nak cari kat mana? Aku ni pun tak sedar kalau semua ni berlaku. " kata Aireen. " Dahlah tu. " kata Ayuni.
" Macam nilah, aku rasa baik aku gugurkan je kandungan ni. " kata Aireen. " Kau gila ke?! Mana boleh! Berdosa tau. Kalau kau gugurkan kandungan kau, sama je kau bunuh orang. Bayi tu tak bersalah. Yang melakukannya yang bersalah! " tegas Ayuni. " Jadi, aku nak buat apa? Yuni, please tolong jangan bagitau keluarga aku soal ni! Aku takut. " kata Aireen. " Tapi, kalau kau sorok, suatu hari nanti keluarga kau akan tau juga. Tulah, aku dah nasihatkan kau, tapi kau tak nak dengar. " kata Ayuni. Baru Aireen sedar bahawa nasihat Ayuni merupakan amaran baginya. " Ye, aku tau aku salah. Aku tak dengar nasihat kau. Aku cuma nak enjoy je. Aku tak minta pun semua ni berlaku. " kata Aireen. " Redha jelah. Mungkin, ni ujian buat kau. Kau kena ingat ni, setiap kesusahan, pasti ada kesenangan. Begitu juga sebaliknya. Aku akan tolong kau supaya keluarga kau tak tau pasal ni. Tapi, kau kena ingat. Bila - bila masa je diorang akan tau pasal ni. Tak kira cepat atau lambat. " kata Ayuni sambil menenangkan Aireen.
Aireen pun pulang kerumah. Dia terus menuju ke biliknya. Dia menyembunyikan alat ujian kehamilan itu di bawah tilamnya. Dia kemudiannya mandi. Selepas itu, dia menuju ke bilik Ariana. Aqil sedang berbual dengan Ariana. " Tengah bual apa tu? " tanya Aireen sebaik sahaja di masuk ke bilik Ariana. " Kak, cuba kakak tengok ni! " kata Aqil lalu memberikan sekeping kertas ke Aireen. Rupanya, itu ialah slip keputusan SPM. Aqil mendapat 9A dalam SPM. " Wah, betul ke ni Qil?! Kakak tak sangka tau, akhirnya Aqil berjaya dapat keputusan yang cemerlang! Mama dan papa dah tau ke soal ni?! " tanya Aireen.
" Belum. Ariana dan kakak je yang tau soal ni. Nanti kalau diorang dah balik, Aqil bagitaulah. " kata Aqil. " Tahun depan, giliran Ariana lagi tau! Kakak yakin Ana boleh berjaya macam Aqil! " kata Aireen. " Oh ya, lagipun harini kan birthday abang Aqil. Happy birthday bang! " ucap Ariana. " Sorry, Aqil. Akak lupa pula kalau harini birthday Aqil. " kata Aireen. " Tahun ni, umur Aqil pun dah genap 18 tahun. " kata Aqil.
Bunyi ketukan pintu pun kedengaran. Mak Jah membuka pintu tersebut. Dato' Yusof dan Datin Rossa pun masuk. Mak Jah pun menutup pintu. Dato' Yusof dan Datin Rossa menuju ke bilik Ariana. " Ana dah okey ke? " tanya Dato'Yusof. " Okey je. " kata Ariana. Remaja yang berumur 16 tahun itu mengukir senyuman. " Baguslah kalau macam tu! " kata Dato'Yusof. " Aireen rasa, Aqil nak cakap sesuatu dengan mama dan papa. " kata Aireen.
" Ye Aqil. Apa dia? " tanya Datin Rossa. Aqil pun memberikan slip keputusan SPM itu ke Dato' Yusof. " Alhamdulillah, akhirnya Aqil berjaya juga lulus dalam peperiksaan SPM! " kata Dato' Yusof. " Mama tak sangka, anak mama yang selalu gagal, putus asa, akhirnya boleh berjaya! " kata Datin Rossa. " Oh ya, harini kan birthday Aqil! " kata Aireen. " Ya, kami ingat. " kata Dato' Yusof dan Datin Rossa serentak. " Oh ya, papa dah pun siapkan semuanya. Papa akan meriahkan majlis malam ni untuk meraikan birthday Aqil yang ke 18 tahun dan juga meraikan kejayaan anak papa ni! " kata Dato' Yusof.
" Thanks, papa mama ! Semua ni takkan terjadi kalau bukan sebab korang. Kakak yang selalu berikan tunjuk ajar kepada Aqil, Ariana yang selalu prihatin, mama dengan papa yang selalu bagi nasihat dan motivasi pada Aqil, Aqil sayang kamu semua! " kata Aqil. " Keluarga itupun berpelukan. Mak Jah gembira melihat keluarga itu bahagia. Namun, ada satu hal yang disorokkan Aireen dari keluarganya. Lambat laun, keluarganya akan tahu soal itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience