Yusrina pergi ke Abu Bakar Holdings untuk bertemu dengan Affan. Yusrina melihat Aireen disitu. Dia tidak menghiraukan Aireen. " Cik Yusrina nak kemana? " tanya Aireen. " Aku nak jumpa Affan. " kata Yusrina. " Maafkan saya, Cik Yusrina. Encik Affan mengarahkan saya supaya jangan bagi Cik Yusrina masuk. Dia tak nak diganggu. " jelas Aireen. " Eh, suka hati akulah nak masuk. Yang kau sibuk ni kenapa pula?! " Yusrina berdegil. " Cik Yusrina, tolong bagi kerjasama. Encik Affan tak nak diganggu. " kata Aireen.
" Eh, kau ni tak faham bahasa ke?! Suka hati akulah! Eh, haritu kau dah tampar aku, sekarang kau nak halang aku pula?! Baik kau sambung kerja kau! Kau tak payah nak sibuk! " tegas Yusrina. " Saya tak nak cari gaduh dengan Cik Yusrina. " kata Aireen. Yusrina tidak mengendahkan Aireen. Aireen sudah pun berusaha untuk menghalang Yusrina namun hanya sia - sia. Yusrina pun masuk ke bilik Affan.
" Maafkan saya, Encik Affan. Saya dah bagitau dan halang dia tadi. Tapi, dia tetap berdegil. " kata Aireen. " Tak apa, Aireen. Awak pergi sambung kerja awak. " kata Affan. " You, I nak cakap dengan you. Dan kau perempuan, kau stay je kat sini. Sebab ni pun ada kena mengena dengan kau. " kata Yusrina. Aireen yang baru sahaja hendak keluar menghentikan langkahnya lalu berdiri disitu.
" Kalau kau nak cakap dengan aku, tak payah nak bawa dia. Dia tak ada kena mengena dengan kau dan aku! " tegas Affan. " Ada. Lepas ni, you akan tau PA kesayangan you ni macam mana orangnya. " kata Yusrina. Aireen teringin hendak keluar dari situ. Dia menyesal atas perbuatannya menampar Yusrina tempoh hari. Dia mulai ketakutan. ' Kenapalah hidup aku macam ni? ' bisik hati Aireen.
" Affan, I know you tak sukakan I, you tak sayangkan I, you benci I. Tapi, you sepatutnya kalau nak bercinta dengan perempuan ni, you siasat dulu tau latar belakang dia ni. " kata Yusrina. " Apa maksud Cik Yusrina?! " tanya Aireen. " Maksud aku, budak perempuan tu anak kau kan?! " kata Yusrina. " Ya, budak tu memang anak saya. Anak kandung saya, kenapa?! " tanya Aireen.
" Affan, kalau you nak tau, I ada upah orang untuk siasat latar belakang perempuan ni. I buat ni untuk you. For our relationship. " kata Yusrina. ' Apa?! Alamak, matilah aku. Cik Yusrina ni memang licik orangnya. ' bisik hati Aireen. " Kalau you nak tau, anak dia tu anak haram tau. " kata Yusrina. Affan dan Aireen terkejut. Aireen tidak tahu bagaimana Yusrina tau soal latar belakangnya.
" Yes. Finally, you tau sekarang kan. Kesiannya I dengan dia. I rasakan, tak sia - sia I cakap you ni pelacur. You ni memang perempuan murahan. You sengaja nak goda Affan, lepas tu yakinkan Affan kalau anak you tu nak dia kan. I know you nak bolot harta dia! " kata Yusrina. Yusrina sengaja menyakitkan hati Aireen. Aireen mula mengalirkan air mata. " Cik Yusrina, tolong berhenti! Saya tau Cik Yusrina bencikan saya! Saya tau Cik Yusrina dendam dengan saya soal tempoh hari. Tapi, takkanlah Cik Yusrina sampai nak korek latar belakang saya. " kata Aireen.
" Kenapa?! Plan you nak bolot harta Affan rosak ke?! Oh my god, Aireen saya minta maaf. Saya.....sengaja. " kata Yusrina. Yusrina memang sudah melampau. " Stop, Yusrina! Kau dah sakitkan hati dia! " Affan yang dari tadi diam akhirnya bersuara. " Affan, takkanlah you nak percaya betina macam ni?" perli Yusrina. Aireen tidak tahan lagi dirinya terus dihina. Aireen pun segera keluar kerana tidak tahan dicaci Yusrina. " Betina kalau plan dah rosak memang macam tu. " perli Yusrina. " Diam! Cukup Yusrina! Kau dah melampau! " kata Affan lalu keluar mengejar Aireen.
Aireen berlari keluar dari tempat kerjanya. " Aireen! " panggil Affan. Aireen tidak menghiraukan Affan. Dia terus berlari. Dia tidak tahan menanggung malu. Dia tidak tahan dirinya dihina. " Aireen! Aireen tolong berhenti! " panggil Affan. Aireen terjatuh di tengah jalan raya. ' Inikah balasan atas perbuatan ku dahulu?! ' bisik hati Aireen. Tiba - tiba, muncul kereta di jalan raya itu. Affan melihat Aireen berdiri dia jalan raya. Dia pun melihat ke kiri dan ternampak kereta di jalan raya. Aireen tidak menyedari dirinya di jalan raya.
Dia hanya terus menangis. Dia tidak menghiraukan sama sekali panggilan Affan. " Aireen! " panggil Affan. Affan berlari untuk mendapatkan Aireen. Malangnya, dia tersadung. " Aireen! " panggil Affan. Aireen pun melihat ke kiri. Baru dia sedar yang kini dia berada di tengah jalan raya. Sebuah kereta meluru ke arahnya. Kereta itu membunyikan hon. Kereta itu semakin dekat. Adakah ini pengakhiran hidup Aireen?
**************************
Datin Rossa berasa pening. Dia tidak sengaja terlanggar gambarnya bersama Aireen jatuh lalu pecah. " Astaghfirullahalazim! " lafaz Datin Rossa. Dia pun mengutip gambar itu. " Macam manalah gambar ni boleh pecah? " kata Datin Rossa. " Kenapa ni, Datin? " tanya Shika. " Oh, tak ada apa - apa. Gambat ni je jatuh. " jawab Datin Rossa sambil mengukir senyuman.
" Oh, okey. Saya tengok, Datin macam tak berapa sihat je? " tanya Shika. " Saya pening. Mungkin, asyik teringat dengan anak saya je. " ujar Datin Rossa. " Kalau macam tu, Datin pulanglah berehat. Biar Shika dan yang lain jaga kedai ni. " pinta Shika. " Terima kasih, Shika. " ucap Datin Rossa kemudian keluar dari Butik Asiah. Keretanya dipandu oleh Tahir. Tahir pun memandu kereta itu pulang ke rumah.
Sesampai sahaja di rumah, Datin Rossa segera ke biliknya untuk berehat. Dia pun teringat akan gambar yang pecah tadi. Dia berasa tidak sedap hati. Dia merasakan bahawa terjadi sesuatu pada Aireen. ' Aireen dalam keadaan baik atau tidak ya? ' bisik hati Datin Rossa. Dia khawatir akan keadaan Aireen sekarang. Dia berharap agar tidak berlaku sesuatu pada Aireen.
****************************
Ariana mengambil cuti satu hari. Dia pun memasak makanan untuk ibunya. Tiba - tiba, tangannya luka terkena pisau. " Ouch!" kata Ariana. " Kenapa ni, Cik Ariana? Cik Ariana tak apa - apa ke?! " tanya Mak Jah. " Ana okey je, Mak Jah. Sikit je ni. Nanti letak ubat sembuhlah. " jawab Ariana. " Oh, baiklah Cik Ariana. Ariana pun memasak makanan untuk ibunya. Dia pun meletakkan makanan itu di atas pinggan. Dia menuangkan teh lemon untuk ibunya.
Dia pun menghidangkan makanan itu ke ibunya. " Mama, ni Ana ada masak untuk mama. " tegur Ariana. " Hmmm, susah - susah je Ariana ni. " kata Datin Rossa. " Tak apa. Lagipun, mama ni kan mama Ana. " kata Ariana. " Kenapa tangan tu ada plaster? " tanya Datin Rossa. " Oh, ni tadi masa potong sayur tadi terkena pisau. Jadi lukalah. " jawab Ariana sambil mengukir senyuman.
" Ariana tak apa - apa ke ni? " tanya Datin Rossa. " Alaa, mama tak payahlah nak risau. Lagipun, sikit je ni. Ana okey je. " kata Ariana. " Okey. Mmm, sedapnya bau! Pandai Ariana masak. " puji Datin Rossa. " Semua ni berkat mama tau. Mama yang ajar Ana memasak. " balas Ariana. " Bau je sedap. Mama nak rasa sikit dulu ya. " kata Datin Rossa. Dia pun merasa makanan yang dimasak Ariana. " Mmm, sedapnya! Macam Aqil masak! " kata Datin Rossa. " Terima kasih, mama! " ucap Ariana.
*******************************
Selepas menyiapkan tugasannya, Ayuni pun segera keluar untuk menuju ke sebuah restoran untuk berjumpa dengan tunangnya. Sebaik sahaja dia keluar dari tempat kerjanya, seorang lelaki bertopi menekup mulutnya. Ayuni terkejut. Dia pun memijak kaki lelaki itu. " Ouw! " kata Adi. Rupanya, Adi yang menekup mulutnya itu. " Sorry! Awak okey ke? Saya ingatkan awak orang jahat, sebab tulah saya pijak kaki awak. Awak ni! " kata Ayuni.
" Saya minta maaf. Saya cuma nak bergurau dengan awak je. Tapi, saya pula yang terkena. " kata Adi. " Hah, jomlah! Kata nak makan. " kata Ayuni. " Semua kerja awak dah siap ke? " tanya Adi. " Dah, awak pula? " tanya Ayuni. " Harini, saya tak ada kerja pun. Saya bosan duduk kat dalam bilik tu. Sebab tulah saya ajak awak. " kata Adi. Mereka pun menuju ke sebuah restoran.
Rahadi atau Adi merupakan tunang Ayuni. Dia merupakan pembantu Affan. Aireen tidak pernah melihat wajah tunang Ayuni kerana dia tidak pergi ke majlis pertunangan Ayuni.
Share this novel