BAB 68

Romance Completed 55259

Aireen keluar dari Abu Bakar Holdings. Affan yang melihatnya pun segera mendekatinya. " Aireen, saya nak awak dengar dulu apa yang saya nak cakap ni. Tapi, disini bukan tempat yang sesuai untuk saya jelaskan semuanya pada awak. Saya, nak awak ikut saya. Saya nak bawa awak ke tempat yang sesuai. " jelas Affan. Aireen pun hanya mengikuti kata-kata Affan. Affan pun membukakan pintu kereta untuk Aireen. Aireen pun masuk lalu menutupnya. Giliran Affan pula yang masuk ke dalam kereta.

Kemudian, dia pun menghidupkan enjin lalu membawa Aireen ke Taman Tasik Permaisuri. Sesampai sahaja disana, kedua-duanya pun menuju ke sebuah pondok. " Apa yang Encik Affan nak cakap pada saya tadi? " tanya Aireen. " Okey, so sebelum tu.... saya nak minta maaf pada awak. Saya tahu saya salah. Sayalah punca hidup awak hancur, awak dihalau oleh ayah awak sendiri. Sebenarnya, malam tu. Malam tu saya ada dengan kawan-kawan saya. Enjoy kat night club. Dan malam tu jugalah, kali pertama saya jumpa awak. Saya nampak awak dalam keadaan yang sangat mabuk. " ujar Affan.

Affan menarik nafas dalam. " Saya, dicabar oleh rakan saya untuk tidur dengan mana-mana gadis yang ada kat night club tu. Jadi, awaklah yang menarik perhatian saya. Lepas je semua tu, saya.....saya tak boleh nak berfikir dengan baik. Saya asyik, teringatkan awak je. So, saya cari awak lagi kat night club yang sama. Malangnya, saya tak jumpa awak. Puas saya cari awak. Saya nak tebus kesilapan saya. Tapi, bila awak datang sendiri, untuk cari kerja. Saya pun terima awak sebagai PA saya. Cuma satu je niat saya masa tu. Saya nak kahwin dengan awak. Lagipun, saya tahu yang saya nilah....ayah kandung Esha. " Affan mengulas.

" Saya ingat lagi, awak pernah langgar saya. Masa tu, saya dan mama saya, shopping. Awak langgar saya, kemudian awak lari tanpa ada perkataan maaf keluar daripada mulut awak tu. Baru saya tahu kenapa awak lari macam tu je. Sebab, awak ingat saya kenal awak masa tu. " kata Aireen. " Yes, that's right! " balas Affan.

" Aireen, tolonglah! Saya, nak sangat kahwin dengan awak. Untuk tebus semua kesilapan saya. Saya nak bertanggungjawab atas semua ni. Lagipun, Esha tu anak kandung saya. Tolonglah, saya nak awak terima saya. Saya tahu saya silap masa tu. Saya tak fikir panjang sebelum buat, saya tak fikir kalau perkara ni akan jadi macam ni. Saya....tak boleh hidup dengan aman. Siang dan malam, saya asyik memikirkan tentang awak. " ujar Affan.

" Encik Affan, sebenarnya.....ni salah saya juga. Saya pun tak pernah terfikir. Tak pernah terlintas di fikiran saya kalau semua ni akan jadi macam ni. Saya tak pernah dengar nasihat kawan saya. Ya, dah berapa kali dia cakap dengan saya jangan pergi ke night club. Saya ni, buat-buat pekak aje. Saya nak marah Encik Affan pun, tak ada gunanya. Sebab, saya pun salah juga. Saya ni, keras kepala. Tak dengar nasihat orang. " Aireen mengulas.

" Jadi, Aireen..... adakah awak menerima saya sebagai suami awak? Awak terima ke lagi saya yang dah hancurkan hidup awak? Awak terima lagi ke saya untuk bertanggungjawab ke atas awak? " tanya Affan. Aireen terdiam untuk beberapa saat. " Kamu nanyeak? Saya gurau je. Untuk halalkan hubungan kita berdua, saya terima awak sebagai suami saya. Saya, akan beritahu semua ni pada parents saya. Awak pun, kenalah beritahu parents awak juga. " jawab Aireen. Affan tersenyum. Dia pun menarik nafas lega. ' Kalau aku tahu macam ni, lebih baik aku beritahu je dia dulu. ' bisik hati Affan.

************

" Aduh, bosan pula kalau macam ni. Dahlah kerja aku banyak bertimbun-timbun. " kata Ayuni. Dia pun meneruskan menaip di laptop. " Hah, tulah. Tak tunggu cuti dulu. Terus je kan nak minta cuti. Nak pergi honeymoon lah konon. Hah, macam mana? Best ke cuti dengan suami? Aku ni pun kalau boleh, nak tamatkan zaman bujang aku juga. " tegur rakan sepejabat Ayuni yang duduk di sebelahnya. " Eleh, kau ni sibuk je kan. Suka sangat jaga tepi kain orang. Eh, kau ni dah bila nak kahwin? " tanya Ayuni.
" Macam mana aku nak kahwin kalau dia tu asyik sibuk je dengan pekerjaan dia. Maklumlah, dia tu kan askar. Dia kata, hujung tahun ni kitorang akan kahwin. Sepatutnya, tahun ni. Tapi, tahulah kan kerja dia tu. Aku ni pun, kesian jugalah tengok dia tu. Siang dan malam, asyik kerja. Kalau video call dengan dia pun, sebulan tiga kali je tau. " kata Nisa yang merupakan rakan sepejabatnya tadi.

" Kau doakan jelah yang terbaik untuk dia. Aku ni pun, akan sentiasa doakan kebahagiaan kau. Dan juga, aku harap sangat yang perkahwinan korang jadi juga hujung tahun ni. " ujar Ayuni. " Terima kasih. Aku tengok kau kahwin pun, dah buat aku jealous, tau tak?! Aku harap kau dengan suami, hidup bahagia sampai akhir. Sentiasa bersama sehidup semati. " ujar Nisa. Ayuni membalasnya dengan senyuman. Kemudian, Ayuni pun teringat akan Rahadi, suaminya. ' Apalah yang abang tengah buat sekarang ni? ' bisik hati Ayuni kemudian tersenyum sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience