Seperti biasa, Aireen dan Esha dijemput oleh Affan dari rumah. " Papa! " panggil Esha. " Hmmm, wanginya anak papa ni! " puji Affan. " Papa, boleh tak kalau lepas balik sekolah nanti kita jalan - jalan? " tanya Esha. " Boleh. Apa salahnya. Nanti, kita pergi makan aiskrim, makan coklat, pergi main, pergi shopping. Nak tak? " tanya Affan. " Nak - nak! " jawab Esha dengan penuh semangat.
" Kalau nak, Esha mestilah belajar bersungguh - sungguh. " kata Affan. " Baik, papa! " jawab Esha. " Ahem, ahem! Jomlah, hantar Esha pergi sekolah lepastu macam biasa kerja. " kata Aireen. " Jom Esha! " kata Affan. Affan pun menghantar Esha ke sekolah. Kemudian, dia pun menuju ke Abu Bakar Holdings. " Semalam awak ada urusan apa? " tanya Affan. " Urusan peribadi. " jawab Aireen. ' Sibuk je tau. ' bisik hati Aireen.
" Urusan peribadi apa? " tanya Affan. ' Ish, dia ni. Tak habis - habis. Nak marah tapi kena sabar. Nasib baik dia majikan aku, kalau tak dah lama dia kena. Asyik menyibuk je. ' bisik hati Aireen. " Tak ada apa - apalah. Ni Encik Affan. Kenapa Encik Affan beritahu pada Shika kalau saya ni girlfriend Encik Affan?" tanya Aireen.
" Kenapa? Awak suka ke? " tanya Affan. " Eh, tak adalah. Saya tak pernah pun anggap Encik Affan lebih dari tu. Kalau macam ni, mesti Yusrina marah dan lagi benci kat saya. " kata Aireen. " Saya tak suka dengar nama perempuan tu. " kata Affan. " Maafkan saya, Encik Affan. Tapi, satu je saya nak minta tolong dengan Encik Affan. Tolonglah jangan anggap saya lebih sangat. Saya ni cuma pekerja Encik Affan je. Malu kalau orang office pandang nanti. Nanti, kita ni jadi bahan gosip diorang pula. " pinta Aireen.
" Kenapa? Awak suka saya ke? " tanya Affan. ' Perasan betullah dia ni. ' bisik hati Aireen. " Eh, tak adalah. Kenapa saya nak suka dengan Encik Affan pula. Lagipun, saya tak sepadan dengan Encik Affan. Saya ni, cuma orang biasa - biasa je. " jawab Aireen. " Manalah tau. Sebab saya ni kan handsome. Sampaikan Yusrina, sepupu saya sendiri pun tergila - gilakan saya. Jodoh ni, tak kisah dia orang susah, biasa ke, kaya ke, berpangkat ke, semua tu tak kisah. " balas Affan.
' Perasan betul. Memang handsome tapi,..... lupakan jelah. ' bisik hati Aireen. " Tadikan Encik Affan kata tak nak dengar nama Yusrina. Tapi, tadi saya dengar Encik Affan sebut nama dia. " kata Aireen. ' Hmmm, terkena pula aku balik. Kenapalah aku sebut nama dia tadi. ' bisik hati Affan. Affan hanya diam. Dia tidak membalas percakapan Aireen. Mereka pun tiba di Abu Bakar Holdings.
Sebaik sahaja Affan masuk ke biliknya, para pekerja sedang berbisik - bisik. " Kau tau tak, setiap hari Encik Affan dan Aireen pergi kerja sama - sama. Pulang kerja pun sama - sama. " bisik salah seorang pekerja wanita itu. " Jangan - jangan, mereka ada apa - apa hubungan istimewa tak?! " bisik seorang pekerja wanita lagi. Affan pun keluar dari biliknya.
" Aireen, saya nak keluar sekejap. " kata Affan. " Baik, Encik Affan. " balas Aireen. Nifail mengikuti Affan keluar dari syarikat itu lalu menuju ke sebuah restoran berdekatan dengan syarikat itu. Kelihatan, Raziq sedang minum. " Ziq! " panggil Nifail. " Eh, aku baru je sampai ni. Korang pesanlah minuman ke, makanan ke. " kata Raziq. Seorang pelayan pun datang. " Bagi saya teh tarik satu. Kau pula nak apa? " tanya Nifail.
" Aku tak naklah. " kata Affan. " Ah, tu je. " kata Nifail kepada pelayan itu. Pelayan itu pun berlalu pergi. " Eh, dah berberapa hari ni, aku tak nampak kelibat Yusrina. Dia pergi mana ya? " tanya Nifail. " Entah. " jawab Affan. " Kau sepupu dia kau tak tahu? Kau sepatutnya ambil tahu pasal dia. " kata Nifail. " Kenapa pula aku nak ambil tahu pasal dia?! " tanya Affan. " Dia kan sepupu kau. " jawab Nifail.
" Hmmm, korang tak ajak aku borak dengan korang ke? Dari tadi, asyik korang je yang berbual. Aku nak berbual dengan korang pun korang tak bagi peluang. " kata Raziq. " Ah, yalah - yalah. Cakaplah apa kau nak cakap. " kata Nifail. Minuman yang dipesan Nifail pun sampai. " Affan, semalam Shika kata, Aireen pergi Butik Asiah. Dia jumpa Datin Rossa. Rupanya, Aireen tu anak datin. Aku pun.... macam tak percaya juga. Tak sangka rupanya Aireen anak datin. " kata Raziq.
" Eh, betul ke ni? Kau jangan nak buat cerita pula. " kata Affan. " Eh, aku tak buat ceritalah. Betul. Dia memang anak datin. Kalau yak silap aku, suami Datin Rossa tu, Dato' Yusof. Pemilik Syarikat Yusof Holdings yang terkenal tu. " kata Raziq. " Biar betul kau ni?! Dahlah Aireen tu cantik. Memang patut pun dia anak Dato' Yusof dan Datin Rossa. " ujar Nifail.
' Jadi, Aireen tu rupanya anak usahawan yang terkenal tu ya. Kalau tak silap, aku pernah jumpa dengan Dato' Yusof. Tapi, kat mana ya? Lupakan jelah. ' bisik hati Affan. " Kalau memang betullah dia tu anak Dato' Yusof dan Datin Rossa, kenapa dia boleh tinggal kat rumah teres yang biasa - biasa je? Tak silap aku, rumah Dato' Yusof tu villa yang besar sangat. Kenapa dia tak tinggal kat sana je? " tanya Affan.
" Eh, manalah aku tahu. Kau ingat, aku ni abang dia ke, penjaga dia 24 jam ke nak tahu pasal semua tu. Kau tanyalah dia sendiri. " jawab Raziq. " Hah, tapi kalau cerita pasal Aireen ni kan, ceritalah juga pasal Yusrina. " kata Nifail. " Kalau pasal dia, kau dengan Raziq jelah. Malas betul aku nak layan perangai entah apa dia tu. Perangai dia yang gedik tu. " kata Affan. " Bukan semua perempuan gedik. Macam tu juga dengan lelaki. " kata Nifail.
Share this novel