BAB 14

Romance Completed 55259

Selepas bersarapan, Aireen dan Esha pun keluar. Sebaik sahaja dia keluar dari rumah, kelihatan kereta Affan dihadapan pagar. " Eh, Aireen! Siapa tu? " tanya Ayuni. " Oh, itu Encik Affan. Majikan aku. " jawab Aireen. " Kenapa dia ada kat sini? Jangan - jangan kau dengan dia dah bercinta eeh. " usik Ayuni. " Eh, tak adalah. Dia tu cuma majikan aku je. Mana mungkinlah dia nak dengan single mom ni kan?! " jelas Aireen.
Esha melihat Affan. " Papa! " jerit Esha. Dia segera menghampiri Affan. " Eh, Esha! Anak papa dah sarapan? " tanya Affan. " Dah. Mama papa dah sampai! Jomlah, mama! " panggil Esha. " Papa?! Kau kata kau tak ada apa - apa dengan dia. Habis, yang Esha tu panggil lelaki tu papa dah kenapa? " tanya Ayuni. " Panjang cerita dia, Ayuni. Nanti aku ceritakan kat kau. " jelas Aireen.
" Encik Affan buat apa kat sini?! Bukan semalam je ke Encik Affan cuma jadi papa dia pura - pura? " tanya Aireen. " Eh, salah ke? Suka hati sayalah nak jadi papa dia. Lagipun, dia perlukan kasih sayang seorang ayah. Kan, Esha? " jelas Affan. " Betul, betul, betul! " jawab Esha. " Esha, dia kan cuma......" percakapan Aireen dipotong.
" Esha sayang, mulai harini papa akan hantar Esha pergi sekolah tau. " kata Affan. " Okey, papa! " kata Esha dengan senang hati. Affan pun menghantar Esha ke sekolah. Mereka pun menuju ke Abu Bakar Holdings.

******************

Keluarga Dato' Yusof sedang bersarapan. " Papa tak nak.....papa dah lama......tujuh tahun Kak Aireen pergi dari rumah ni. " kata Ariana. Nama Aireen terus merubah ekspresi wajah Dato' Yusof. " Ariana, satu je papa nak minta pada kamu. Tolong jangan sebut nama tu lagi. " kata Dato' Yusof sambil menjeling tajam. Ariana pun keluar untuk menuju ke tempat kerjanya.
Ariana bekerja sebagai model iklan. Sesampai sahaja dia di tempat kerjanya, dia pun menukarkan pakaiannya, bersolek serta memakai hiasan. Beberapa keping gambarnya pun diambil.

**********************

Nifail pun masuk ke bilik Affan. " Eh, Affan! Apa cerita semalam? " tanya Nifail. " Semalam, Yusrina dan Aireen bertengkar. Yusrina yang duluan mula. Dia datang - datang je, terus hina Aireen. " jelas Affan. " Yusrina ni memang tak pandai berhenti nak ganggu kan? Dia nakkan, orang yang tak suka dengan dia. Habis, orang yang suka dia, dia tak suka pula. Pelik betul dia tu. " kata Nifail.
" Kau sabar je, Nifail. Aku yakin, suatu hari nanti dia akan suka dengan kau juga. Percayalah. " kata Affan dengan penuh yakin. " Oh ya, aku nak sambung kerja dulu. " kata Nifail lalu keluar. Affan menggunakan aplikasi WhatsApp untuk menghantar mesej.

************************

' Nifail, Raziq! Korang free tak? ' - Affan

' Free. ' - Nifail

' Free, kenapa? Ada apa Fan? ' - Raziq

' Kita jumpa kat Kinz Cafe. ' - Affan

' Boleh, tapi kenapa? ' - Raziq

' Aku ada nak cakap dengan korang. Nanti kita jumpa disana. ' - Affan

' Pukul berapa? ' - Nifail

' Pukul 2.00. ' - Affan

' Okey! ' - Raziq

**************************

Jam tangan Affan memanandakan pukul 2. 10. Kelibat Raziq masih belum kelihatan. " Mana Raziq ni? " tanya Nifail. " Kita tunggu jelah. " balas Affan. Raziq pun akhirnya sampai di Kinz Cafe. " Sorry, bro! Aku lambat sebab nak beli makanan untuk isteri kesayangan aku! " kata Raziq. " Mentang - mentanglah dah kahwin?! Kitorang ni belum lagi. " kata Nifail. " Ah, kau nak cakap apa sampai nak jumpa kat sini? " tanya Raziq.
" Sebenarnya, semua ni dah lama. Dulu aku pernah kena cabar dengan kawan aku, kena tidur dengan perempuan untuk satu malam. Jadi, perempuan tu PA aku. Dia pun tak tau apa yang terjadi malam tu, dan tak kenal siapa aku pada malam tu. Sekarang kenal lah. Aku kan majikan, dia PA. " jelas Affan. " So, sekarang kau nak kitorang tolong kau macam mana? " tanya Nifail.
" Aku nak, korang siasat tentang perempuan ni. Kau Raziq, kalau tak kenal dengan PA aku tak apa. Nifail kenal. Lagipun, perempuan tu dah ada anak. Aku rasa, anak perempuan tu, anak aku. Sebab, perempuan tu. mana ada suami lagi. Aku yakin itu anak aku, hasil dari benih aku malam tu. " jelas Affan. " Okey, kalau macam tu kitorang sedia tolong kau. " kata Raziq. " Terima kasih, bro! " ucap Affan. Mereka pun makan sambil berbual di kafe itu.

*******************************

" Alamak, dah lambat dah ni. Aku kena pergi sekarang! " kata Aireen. Waktu itu, dia sedang berada di tandas. Dia pun segera ke bilik Affan. " Encik Affan, saya nak......" Aireen ternampak anaknya berada di dalam bilik itu. " Mama! Tadi, papa yang datang ambil Esha. " kata Esha. " Mak jenis apa awak ni? Nasib baik saya ambil dia tadi. Kalau sekarang awak ambil, mesti dia tunggu lama kat sekolah tu. Awak boleh lewat satu jam tau. " perli Affan.
" Tut.....tunggu! Encik Affan ambil anak saya balik dari sekolah?! " tanya Aireen. " Yalah. " jawab Affan. " Eh, Encik Affan tak boleh sesuka hati ambil anak saya dari sekolah. Lagipun, dia bukannya anak Encik Affan. Kalau berlaku sesuatu dengan dia nanti macam mana. " ujar Aireen. " Awak ingat saya ni nak culik anak awak ke? Awak tak payahlah fikir yang bukan - bukan. Saya bukan orang jahat pun. Lagipun, saya suka budak. " kata Affan.
" Mama, bestlah kat sini! Ada aircond, lepastu papa bagi tengok tv pula. " kata Esha. " Oah, terima kasih Esha! " ucap Affan. " Esha, okey ke? " tanya Aireen. " Dia tak apa - apalah. Saya sayangkan Esha macam anak saya sendiri. Saya akan jaga Esha macam anak saya sendiri. " kata Affan. " Mama nak sambung kerja mama dulu ya, sayang! " pinta Aireen lalu keluar dari bilik Affan untuk meneruskan kerjanya.
' Encik Affan ni, dah handsome, baik hati pula tu. Dia betul - betul sayangkan Esha. Tapi, dia bukan untuk aku. Lagipun, dia bukan papa Esha. Aku kena cari lelaki tu sampai jumpa. Macam manalah keadaan papa dengan mama sekarang ni ya. ' bisik hati Aireen. Mejanya diketuk. Lamunan Aireen pun terhenti. " Awak ni, nak kerja atau mengkhayal je terus?! " tegur Affan. " Saya nak kerja lah ni. " kata Aireen. Dia pun menyelesaikan kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience