" Aireen, esok kan birthday Esha. Awak dah beli apa-apa ke untuk dia? " tanya Affan. " Alamak! Saya lupalah pula. Dia kata, dia nak sangat basikal dan unicorn bersaiz besar warna pink. Hah, apa kata awak singgah kat kedai tu. " ujar Aireen sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah sebuah kedai mainan. Affan pun memarkir keretanya berhadapan dengan kedai mainan tersebut. Mereka berdua pun segera keluar daripada kereta lalu masuk ke kedai mainan itu.
" Saya nak kesana ya. " kata Aireen. " Oh, okey. Saya ikut awak jelah. " balas Affan. " Awak pergilah cari hadiah untuk Esha. " ujar Aireen. " Tapi, saya tak tahu nak belikan mainan apa untuk dia. " jelas Affan. " Mainan yang budak perempuan sukalah. Contohnya macam, mainan masak-masak ke, Lego Friends ke, ataupun teddy bear. Oh ya, lagi satu. Dia suka warna pink. " balas Aireen. " Okey! So, saya pergi ke sana, ya. " kata Affan kemudian meninggalkan Aireen.
Affan pun menuju ke sebuah rak permainan. Kemudian, kakinya terus melangkah sehingga ke hujung. Dia pun teringat akan kata-kata Aireen. ' Basikal dan unicorn? Unicorn bersaiz besar warna pink? Hah, aku tahu! Basikal! ' bisik hati Affan. Affan pun segera menuju ke hujung rak. Kelihatan beberapa buah basikal yang dipamerkan di dalam kedai itu. " Hmm, warna pink. " kata Affan.
Affan pun terus menuju ke arah basikal berwarna merah jambu yang mempunyai empat roda. " Emm, maafkan saya. Saya nak tanya sikit. Basikal ni, sesuai ke untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun? " tanya Affan kepada salah seorang pekerja yang sedang menyusun basikal. " Basikal ni ke, encik? " tanya pekerja itu. " Ya, yang ni. " jawab Affan. " Ya. Sesuai untuk kanak-kanak 6 tahun. " ujar pekerja itu. " Saya ambil basikal ni ya. " balas Affan. " Baik, encik. " ucap pekerja itu.
Dia pun segera menuju ke kaunter pembayaran. Kemudian, Aireen pun datang membawa anak patung unicorn yang bersaiz besar berwarna merah jambu. " Eh, hadiah apa awak belikan untuk dia? " tanya Aireen. " Tu, basikal. " jawab Affan. Aireen pun berpaling menghadap ke belakang. " Wow! Pandai juga awak pilih. Cantik lagi tu. " ujar Aireen. Affan membalas dengan senyuman.
******************
Dato' Yusof sedang menemani Esha yang sedang sibuk melukis. Melihat kelakuan Esha yang comel itu, Dato' Yusof tersenyum-senyum sendirian. " Atuk! " panggil Esha. " Ya, Esha. Ada apa? " sahut Dato' Yusof. " Bila mama dan papa Esha pulang? Esha laparlah! Esha teringin sangat nak makan spaghetti mama. " kata Esha kemudian duduk di pangkuan Dato' Yusof. " Sabarlah, dulu. Kejap lagi mereka balik, ya. " balas Dato' Yusof lalu mengukir senyuman.
" Dato' Yusof, tadi datin ada call. Harini, dia, Cik Ana dan Cik Tasha akan balik. " tegur Kiki. " Oh, ye ke? Kalau diorang balik, siapa yang akan jaga Aqil? " tanya Dato' Yusof. " Kata Datin Rossa, dia dah upah orang untuk jaga Aqil selama dua hari. " jawab Kiki. Kemudian, kedengaran bunyi ketukan pintu dan suara seseorang memberi salam. " Assalamualaikum! " ucap Datin Rossa.
Kiki pun melangkahkan kakinya ke hadapan pintu. Pintu pun dibuka. " Waalaikumsalam, datin! " sahut Kiki. Dato' Yusof pun segera berdiri. " Waalaikumussalam. " sahut Dato' Yusof. Datin Rossa, Ariana dan Natasha pun masuk. " Macam mana dengan Aqil? Ada apa-apa perkembangan tak? " tanya Dato' Yusof. " Keadaan dia dah stabil. Tapi, tulah. Belum sedar lagi. " jawab Datin Rossa.
" Mama, papa. Ana nak naik ke atas dulu ya. " pinta Ariana. Dato' Yusof hanya mengangguk. " Oh ya, Affan dan Aireen mana? " tanya Datin Rossa. " Mereka keluar tadi pagi. Dalam pukul 9.00 macam tulah. Katanya, sahabat Aireen melahirkan. " jawab Dato' Yusof. " Alhamdulillah! " ucap Datin Rossa. " Anak lelaki ke perempuan? " tanya Datin Rossa lagi. Dato'Yusof menggeleng. " Manalah saya tahu. Nanti, awak tanyalah dia sendiri. " jawab Dato' Yusof.
**************
Khalid sedang mengatur strategi untuk menculik Natasha. Kemudian, dia mengambil pisau lipat lalu disisipkan pada seluar jeans berwarna biru. " Aku akan dapatkan balik hak aku. Dan aku yakin kali ni, tak ada sesiapa yang boleh halang aku lagi selain Aqil. Aqil, dah nak mampus mangkuk tu. " kata Khalid sendirian sambil menghadap cermin. " Dan, kalau ada yang halang aku pun, ni. Pisau ni satu-satunya sebagai senjata aku. " katanya lagi.
**************
Hari yang ditunggu-tunggu pun telah tiba. Esha sangat gembira kerana sambutan hari jadinya kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Kalau dulu, sambutan hari jadinya tiada datuk dan nenek, saudara-mara dan rakan-rakannya. Akhirnya, dia dapat merasai hari jadinya disambut besar-besaran. " Aireen, awak tunggu kat luar kenapa? " tanya Affan. " Oh, sebenarnya. Macam ni. Saya tengah tunggu kek Esha sampai. " jawab Aireen. " Oh, okey. So, Esha mana? " tanya Affan.
" Dia ada. Dengan Ana. " jawab Aireen. " Hah, kalau macam tu saya masuk dululah ya. " balas Affan. Aireen hanya mengangguk. Affan pun ke halaman rumah. Disitulah hari jadi Esha bakal disambut. Dia membantu Nifail menyusun kerusi dan meja. Ayuni pula membantu Shika menjaga anak kembarnya. Kemudian, Aireen pun datang dengan membawa kek.
Kek dua tingkat itupun disusun di atas meja. " Tasha, tolong panggilkan Ana dan Esha turun ke bawah sekarang. Dah ramai tetamu tunggu kat bawah ni. " pinta Aireen. Natasha hanya mengangguk. " Esha mana? " tanya Affan. " Kat dalam, dengan Ana. Saya dah suruh Tasha untuk panggil mereka keluar. Majlis pun, dah nak mula dah ni. " jawab Aireen.
*************
" Khalid, kau biar betul. Rumah Dato' Yusof ni. Entah-entah, mangkuk yang kitorang belasah hari tu anak dia. Dahlah! Aku tak nak masuk campur lagilah! " kata rakan Khalid kemudian keluar dari van berwarna putih itu meninggalkan Khalid dan dua orang lagi sahabatnya. " Pergilah! Pergi! Pergi jauh dari hidup aku! Lepas ni, aku akan pastikan kau masuk penjara. Dan, aku takkan terlibat langsung. Ada sesiapa lagi nak keluar? Nak keluar mari sini. Aku bunuh korang dulu. " tengking Khalid. Mereka berdua pun hanya menggeleng.
" Jadi, bila nak mula? " tanya salah seorang rakannya. " Aku nak kau perhatikan majlis tu. Kau perhatikan Tasha juga. Kalau dia keluar seorang diri, kau bagi aku isyarat. " jelas Khalid. " Macam mana pula kalau tiba-tiba ada orang lain dengan dia? " tanya rakannya yang berambut keriting itu. " Itu, kerja aku. Biar aku yang selesaikan. Dan kau, kalau aku dah dapat Tasha, kau datang terus. Jangan lambat. " Khalid memberikan amaran.
Share this novel