BAB 41

Romance Completed 55259

Aireen dan Affan sedang makan disebuah restoran berdekatan dengan Abu Bakar Holdings. Affan termenung. Ingin sahaja dia menanyakan Aireen soal Esha. Dia menunggu masa yang sesuai. ' Nak tanya ke, tak ya? ' bisik hati Affan. Aireen melihat Affan termenung. Makanan yang dipesan Affan sikit pun belum disentuh. ' Dah kenapa pula dengan Encik Affan ni? Pelik betullah. ' bisik hati Aireen.
" Encik Affan. Kalau tak makan makanan tu, nanti sejuk pula kan. " tegur Aireen. " Oh, ya. Saya sekarang nak makan. Tapi tak tahulah. Tengah tunggu masa yang sesuai. " jawab Affan. ' Apa kena mengena pula dengan tunggu masa yang sesuai?! Aneh. ' bisik hati Aireen. " Saya ni dah nak habis makan dah. Encik Affan bila lagi? Encik Affan ni, diet ke? " tanya Aireen. " Eh, tak...tak. Saya makan dulu lah ya. Baca doa. Takut ada syaitan pula kan ganggu kita makan. " jawab Affan.
Dia pun menyuapkan nasi ke mulutnya. ' Tadi tunggu masa, sekarang apa kena pula dengan syaitan ni? Ataupun jangan - jangan, dia mesti fikir tentang Yusrina. Yalah, hobi Yusrina tu kan suka kacau Encik Affan. ' bisik hati Aireen. Selesai sahaja makan, Affan dan Aireen pun menuju ke Abu Bakar Holdings untuk melanjutkan kerja mereka. Affan masuk ke biliknya manakala Aireen, duduk di kerusinya untuk melanjutkan kerjanya.
Sebaik sahaja Affan membuka pintu, kelihatan Yusrina sedang menunggunya. ' Aduh, perempuan ni nak apa lagi?! ' bisik hati Affan. " Hei, apa kau buat kat sini?! " sergah Affan. Yusrina pun segera menuju ke arah Affan. " Affan, I dah lama tunggu you tau. You pergi mana tadi? Jangan cakap kalau you keluar dengan PA you tu. " kata Yusrina. " Eh, suka hati akulah nak keluar dengan PA aku. Lagipun, memang tugas dia mesti dengar apa yang aku suruh. " jawab Affan.
" Okay, okay. Keep calm. Keep calm. Sorry kalau I buat you marah. I tak nak kita gaduh lagi. Lagipun, you kan cousin I. Bukan tu je, tak lama lagikan kita nak kahwin. " ujar Yusrina. "Sampai bila - bila pun aku takkan kahwin dengan kau lah. Kau sedarlah diri kau tu sikit. Kalau aku tak nak kahwin dengan kau, kau jangan nak paksa akulah! " jawab Affan. " So, kalau you tak nak kahwin dengan I, habis dengan siapa?! PA you, Aireen?! Hah?! " tanya Yusrina. " Kau tak perlu nak sibuk hal aku, urusan aku. Aku nak kahwin dengan siapa itu pilihan aku." jawab Affan.
" Oh, jadi betullah kan yang you nak sangat kahwin dengan perempuan tu kan?! Eh, dulu you tak macam ni tau! Muncul je perempuan tu, you memang dah berubah. Kenapa ya? I rasa, mesti perempuan tu dah sihir you. Sebab tulah you jadi macam ni, kan?! " kata Yusrina. " Tak mungkin dia dah sihir aku. Aku selama ni solat. Tak mungkin aku dah kena sihir. Jangan - jangan, kau ni yang nak sihir aku. " kata Affan. Yusrina marah lalu keluar dari bilik itu. Kedengaran bunyi pintu bilik Affan dihempas dengan kuat. Dia sempat menjeling ke arah Aireen sebelum berlalu pergi. " Eh, marah. " kata Affan sambil ketawa kecil.

************************

Ariana menguap seketika. Kemudian, dia menyambung kerjanya mengelap meja makan. Natasha tersenyum melihat Ariana menguap. ' Entah - entah, dia semalam mesti dia tidur lewat ni. ' bisik hati Natasha. Ariana pun menuju ke dapur lalu ke meja kaunter. " Tadi, aku nampak kau menguap. Kenapa ni? Tak cukup tidur ke? " tanya Natasha. " Yalah. Aku...aku ambil cuti dua minggu. Minggu depan. " jawab Ariana.
" Dua minggu? Lama tu. Kau nak pergi mana sampai ambil cuti dua minggu? " tanya Natasha. " Aku....." Ariana terhenti seketika. ' Tak mungkin kan aku nak beritahu Tasha kalau minggu depan aku ada photoshoot. ' bisik hati Ariana. " Aku nak balik kampung. Yalah, dah lama aku tak balik kampung. Aku nak jumpa keluarga aku. " jawab Ariana.
" Belum raya lagi nak balik kampung ke? " tanya Natasha. " Tak semestinya kalau raya je mesti balik kampung kan. " jawab Ariana. " Nanti sampaikan salam aku pada keluarga kau ya walaupun aku tak kenal. Nanti kau kenalkan lah aku pada keluarga kau. Tunjuk gambar je. " ujar Natasha. " Ada - ada sajalah kau ni. Okeylah. Itupun tengoklah kalau aku tak lupa. " balas Ariana.
" Kau ada berapa orang adik beradik? " tanya Natasha. " Tiga. Kakak aku yang pertama, lepas tu pula aku ada abang anak nombor dua. Last sekali, aku anak bongsu. Sebenarnya aku nak ada adik, tapi tak dapat. Nasib. " jawab Ariana. " Kau okeylah anak bongsu. Kalau aku ni, anak sulung. Banyak tanggungjawab pula tu. Tapi, aku okey je. " kata Natasha. " Eh, kau tak rasa ke, kalau bos kita tu handsome? Manalah tau kau tersuka dengan dia kan?! " usik Ariana. " Apalah kau ni. Kau pun tahu kan aku dah kena taken. " ujar Natasha. " Hmmm, yalah. Aku nak sambung kerja dulu tau. " kata Ariana kemudian berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience