BAB 61

Romance Completed 55259

Keesokan harinya, Aireen seperti biasa pergi ke Abu Bakar Holdings untuk bekerja. Kiki sudah pun menjejakkan kaki ke villa tiga tingkat itu. Hari ini lain sedikit kerana Aireen sendiri akan memandu keretanya sendiri ke Abu Bakar Holdings. Dia berazam tidak mahu menyusahkan Affan dengan menumpang kereta Affan. Tambahan pula, ini kerana agar para karyawan di Abu Bakar Holdings tidak akan menyangka bahawa dia ada hubungan dengan Affan. Tapi sayangnya, para karyawan sudah pun menyangka yang mereka mempunyai hubungan istimewa kerana kata - kata Aireen didengari mereka. Sebaik - sahaja Aireen melangkahkan kakinya masuk ke tempat kerjanya, para karyawan disitu melihatnya. Ada di antara mereka yang berbisik - bisik dan ada juga diantara mereka yang senyum melihatnya.

Namun, dia tidak mengendahkannya. Dia pun duduk di kerusinya lalu melakukan tugasannya. Affan pun keluar dari bilik. " Oh, Aireen! Saya nak awak masuk bilik saya sekarang. " pinta Affan. " O...okey, Encik Affan. " Aireen pun mengikuti Affan ke dalam bilik. " Aireen, saya nak tanya awak. Tadi, saya nak jemput awak kat rumah tapi kosong. Kenapa ya? " tanya Affan. " Oh, macam ni, Encik Affan. Saya dah pun berpindah ke rumah keluarga saya. Saya bersyukur sebab, akhirnya ayah saya terima saya semula. " ujar Aireen. ' Jadi dia pergi sini naik apa? ' bisik hati Affan. " Saya minta izin nak keluar dulu ya. " kata Aireen kemudian keluar dari bilik pejabat Affan.

Aireen kembali duduk di kerusinya. ' Alhamdulillah! Bersyukur sangat sebab akhirnya aku dapat bersatu kembali dengan keluargaku. Ana belum tahu pasal ni, kan? Tak apalah. Nanti mama akan beritahu juga Ana. Kalau Esha jejakkan kaki ke rumah tu nanti, mesti dia happy sangat sebab rumah yang di tinggal dulu tak lah sebesar mana. Tapi, aku tetap bersyukur. Walaupun rumah yang aku tinggal selama 7 tahun tu tak sebesar mana, tapi dah cukup untuk aku, Esha dan Kiki. Rumah tu lah yang melindungi aku dari badai dan hujan. ' bisik hati Aireen.
*************************

Shika sedang menyangkut tudung-tudung lalu memberikannya kepada pekerja yang membantu disitu. Selesai sahaja dia menyangkut tudung-tudung tersebut, dia pun duduk seketika untuk berehat. " Anak mommy, lahir nanti mommy nak kamu jadi anak yang kuat. Mommy sayang sangat dengan kamu. " ucap Shika sambil mengusap lembut perutnya. " Wah, gembiranya mommy Shika ni kan! " kata Datin Rossa lalu duduk disebelah Shika.

" Saya minta maaf ya, datin. Saya tak bermaksud pun nak makan gaji buta tapi, pinggang saya sakit jadi saya berehat sekejap. " kata Shika. " Tak apa, saya faham dengan keadaan awak yang sedang mengandung sekarang ni. Saya tak kisah pun kalau awak nak berehat. Awak tak nak ambil cuti ke? Lagipun, ini untuk kesihatan awak dan kandungan awak. " ujar Datin Rossa. " Selagi saya mampu untuk bekerja, saya akan tetap teruskan. " ujar Shika.

" Shika, kamu tak boleh paksa diri kamu untuk bekerja. " kata Datin Rossa. " Ya, saya tahu. Tapi, saya macam rasa tak selesa kalau duduk rumah berehat, tak buat apa-apa kerja pun langsung. " jelas Shika. " Kalau dah macam tu, baiklah. Shika kena ingat. Kesihatan Shika sangat penting supaya kandungan Shika pun dalam keadaan sihat. " pesan Datin Rossa. " Ya, datin. Shika akan ingat pesan datin. " kata Shika.

**************************

Affan sedang duduk di pejabatnya sambil melaksanakan tugasannya. Terpapar skrin di laptop hitam itu. Dia mengetik sesuatu di laptopnya. Kemudian, Affan bangun dari tempat duduknya lalu keluar. " Aireen, tolong.....eh, mana dia pergi? " tanya Affan sebaik sahaja dia tidak melihat kelibat Aireen disitu. Kemudian, dia melihat telefon bimbitnya. Terpapar di skrin telefonnya notifikasi ' Whatsapp ' dari Aireen.

Affan pun membuka aplikasi WhatsApp. ' Encik Affan, sorry saya lupa beritahu Encik Affan yang saya keluar sekejap. Saya makan kat luar luar. ' terpapar mesej Aireen di skrin telefon bimbit Affan. " Hmm, makan kat luar tak ajak aku. " kata Affan. Dia pun kembali semula ke bilik pejabatnya. Dia duduk di kerusinya semula. Dia pun membuka aplikasi WhatsApp di telefon bimbitnya.


***********************

------------------------------------------------------
I Aireen, bila lagi awak keluar? l. - Affan
--------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------
l 15 minit yang lalu. Sorry sebab l
I lupa beritahu bos. l. - Aireen
l---------------------------------------------------------I

------------------------
l. Yalah. I. - Affan
-------------------------

***********************

" Sorry ya, papa. Aireen tak tahu pula kereta tu tak hidup. Tadi pagi nak pergi kerja, okey pula masih kereta tu. " kata Aireen. " Tak apalah. Lagipun, kereta tu dah lama. Nanti, papa boleh je belikan Aireen kereta yang baru. " ujar Dato' Yusof. " Eh, tak payahlah. Nanti, Aireen boleh je servis kereta tu mana-mana workshop. " kata Aireen.

" So, kamu tak nak ke cerita siapa lelaki yang suka dengan kamu tu? " tanya Dato' Yusof. " Oh, ya saya lupa pula. So, nama dia Affan. Dia sebenarnya, majikan Aireen. Aireen tak tahu pula kalau selama ni, dia upah orang untuk siasat latar belakang Aireen. Dia buat macam tu sebab, dia kata dia sukakan Aireen. " ujar Aireen. " Jadi, macam mana pula dengan kamu? " tanya Dato' Yusof. " Macam mana pula dengan saya? Macam mana apanya. " kata Aireen. " Maksud papa, kamu suka dengan dia juga ke? " tanya Dato' Yusof.

" Bukan saya tak suka dia, tapi saya cuma anggap dia sebagai majikan saya je. Saya ni pun, sedar diri juga. Saya ni cuma pekerja dia saja. " jawab Aireen. " Betul ke ni? " tanya Dato' Yusof. " Eh, betullah. " jawab Aireen. " Hmm, okay. Berikan papa sebab kamu tak ada perasan langsung pada Affan. " kata Dato' Yusof. " Sebab, Aireen nak kan papa kandung Esha yang sepatutnya. " balas Aireen. " Tak jumpa-jumpa lagi ke? " tanya Dato' Yusof.

" Macam mana nak jumpa kalau tak kenal. Aireen memang tak ingat apa-apa pun. " jawab Aireen. Dia mulai sedih. " Dahlah tu. Mungkin, dia ada disekeliling kita tapi kita tak tahu pun. " pujuk Dato' Yusof. Aireen hanya mengangguk.

**********************

" Sayang seronok ke? " tanya Adi. " Mestilah sayang seronok. Sebab, abang dah bawa sayang bercuti kesini. " jawab Ayuni. " Esok, kita dah tak nampak dah semua ni. " kata Adi. " Abang ni macam tak sabarlah nak balik KL. Oh ya, abang dah check-in ticket flight ke? " tanya Ayuni. " Oh, dah. So, malam ni kita cuma perlu kemas barang-barang kita. Jadi esok, kita tinggal check-out hotel. " jawab Adi.

" So, pukul berapa flight kita esok? " tanya Ayuni. " Wah, sayang pun dah tak sabar juga nak balik KL jumpa best friend. Esok, flight kita kira-kira pukul 6.15 petang. Kita naik MAS lah. " ujar Adi. " Haduhh, balik KL nanti, sayang akan jadi stres tau sebab kerja lagi. " balas Ayuni. " Abang pun sama juga. Kerja kan, biasalah. Nak fikir pasal tu lagi, ni lagi. " ujar Adi.

" Nanti balik KL, abang ada suprise untuk sayang. " kata Adi. " Apa dia? " tanya Ayuni. " Mana boleh bagitahu. Sampai KL nanti abang beritahulah sayang. " jelas Adi. " Alaa, bagitahulah sekarang, bang. " rayu Ayuni. " Tak boleh. Kalau abang bagitahu sayang nanti, tak jadilah suprise. " kata Adi. " Okeylah! Janji ya abang nanti beritahu sayang. " kata Ayuni. " Ya, janji. " balas Adi. Adi hanya ketawa kecil lalu tersenyum riang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience