BAB 70

Romance Completed 55259

Ariana keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 lalu menuju ke sebuah kereta hitam yang berjenama Honda HRV. Tahir yang merupakan pemandu dalam keluarga mereka itupun keluar daripada kereta. Dia membantu Ariana memasukkan beg bagasi ke dalam bonet kereta. Ariana pun membuka pintu kereta lalu masuk. Begitu juga dengan Tahir.

" Pak Cik Tahir, bawa saya terus ke hospital, ya. Saya nak melawat abang saya. " kata Ariana lalu membuka kaca mata hitamnya. Dia pun duduk menyilangkan kakinya. " Baik, Ana. Kamu dah sedia ke nak melawat abang kamu? " tanya Tahir. " Ya, saya sedia. " jawab Ariana. Tahir pun terus memandu keretanya menuju ke hospital. Ariana melihat ke luar tingkap kereta.

************

Shika sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen. Kemudian, dia pun bangun dari sofa lalu menuju ke dapur. Dia pun terus ke arah peti sejuk. Peti sejuk pun dibuka. Dia mengambil dua biji epal dan sebiji mangga. Dia pun segera mengambil papan pemotong yang disangkut berhampiran dengan singki. Dia pun membuka laci untuk mengambil pisau. Dia pun terus memotong buah epal dan mangga yang diambilnya dari dalam peti sejuk.

Almari dibuka lalu diambilnya pula pinggan berbentuk oval dari dalam almari itu. Diletakkannya pula buah epal dan buah mangga yang sudah siap dipotong ke dalam pinggan berbentuk oval itu. Dia pun kembali menuju ke ruang tamu lalu duduk di sofa bersebelahan dengan Raziq. Shika pun meletakkan pinggan berbentuk oval yang berisi buah epal dan mangga di atas meja. Dia pun mengambil sepotong buah epal.

" Abang, abang rasakan, anak kita ni nanti lelaki ke perempuan? " tanya Shika. " Manalah abang tahu. Tapi kalau boleh, abang nak anak sulung kita nanti lelaki. " jawab Raziq. Shika melihat ke arah suaminya. " Why? " tanya Shika. " Sebab, anak lelaki ni seorang yang bertanggungjawab. Bukan maksud abang anak perempuan ni tak bertanggungjawab. Cumanya, mungkin dia boleh jaga adik-adik dia dengan baik nanti. " ujar Raziq.

" Abang, dah lama dah kita tak jumpa mak dengan ayah abang. " kata Shika. " Rindu ke? " tanya Raziq. " Eh, mestilah sayang rindu. Lagipun, sayang dah anggap mereka macam mak ayah sayang sendiri. Abang sendiri pun tahu kan yang sayang ni anak yatim piatu. " ujar Shika panjang lebar. " Kalau sayang rindu sangat dekat diorang, abang akan call diorang supaya datang sini jumpa sayang. Lagipun, mak abang dah tak sabar nak menimang cucu. " balas Raziq.

" Abang dah bagitahu mak? Bila abang bagitahu? " tanya Shika. " Sejak abang dapat tahu yang sayang pregnant. Lepas je abang beritahu yang sayang pregnant pada mak dan ayah, mereka happy sangat. Sampaikan, dah berapa kali mereka cakap dengan abang, ' perhatikan Shika tu 24 jam. Jaga dia baik-baik. Jangan bagi dia makan makanan yang tak berkhasiat. ' Abang pun, mengiya je. " ujar Raziq panjang lebar. Dia pun meneguk air oren yang berada dihadapannya yang terletak di atas meja ruang tamu itu.

************

Ariana pun membuka pintu bilik wad. Terkejut dia apabila melihat Aqil terbaring di atas katil tidak sedarkan diri. Dia juga turut melihat ibunya dan Natasha duduk di tepi katil. " Assalamualaikum, mama. " ucap Ariana lalu menuju ke arah ibunya. Dia pun menyalam tangan Datin Rossa lalu duduk bersebelahan dengannya. " Waalaikumussalam, Ana. " jawab Datin Rossa. Datin Rossa pun terus memeluk anak bongsunya itu lalu mengalirkan air mata. Ariana pun turut mengalirkan air mata sehingga membasahi pipinya.

" Apa yang berlaku sebenarnya? " tanya Ariana. Natasha pun menceritakan segalanya kepada Ariana. Terkejut Ariana apabila mendengar segalanya yang keluar daripada mulut Natasha. Dalam hatinya, dia cukup marah atas apa yang dilakukan kepada abangnya dan dia juga turut sedih atas apa yang menimpa abangnya. Tidak sanggup lagi dia melihat abangnya terbaring di atas katil hospital tidak sedarkan diri. Dia berharap sangat agar abangnya cepat sedar dari koma.

" Tasha ada syak siapa-siapa ke? " tanya Ariana. " Ada. Khalid. Sebab, Khalid je yang boleh buat semua ni. Lagipun, bos sebelum ni ada bergaduh dengan dia. Khalid marah sangat. Jadi, saya syak dia balas dendam atas perbuatannya bos. " ujar Natasha. " Kenapa pula Aqil nak cari gaduh dengan dia? " tanya Datin Rossa. " Sebenarnya, aunty bos selamatkan saya daripada Khalid. Sebab selama ni, Khalid kalau lagi marah, dia akan lampiaskan semua kemarahan dia pada saya. Saya dipukul, ditampar, ditendang tanpa belas kasihan. Dia juga pernah cederakan saya beberapa kali. Jadi, saya tak berani nak lawan dia. " jelas Natasha.

" Memang dia lah tu pelakunya. Dia benci sangat tu dengan Abang Aqil. Dia jealous tengok korang berdua. Makanya dia buat macam ni. Kalau tak, siapa lagi selain dia, hantu, jin, syaitan! Kalau macam tu, kita beritahu papa sekarang! " kata Ariana lalu segera berdiri. " Ariana, kita tak ada bukti yang dia lakukan semua tu. Manalah tahu banyak lagi yang keji dengan Aqil. Mungkin, bukan dia aje. Kita tak boleh nak tuduh orang sembarangan. " ujar Datin Rossa. " Memang betullah, ma. " kata Ariana. " Ana, jangan dulu maklumkan apa-apa pada papa. Mama tak nak papa terlampau banyak fikir pasal tulah, inilah. " rayu Datin Rossa.

***************

Yusrina memarkir keretanya diluar rumah Dato' Fadzlee. Tanpa berfikir panjang, dia pun segera masuk. " Assalamualaikum, Uncle Fadzlee, Aunty Ramlah! " ucap Yusrina. Pintu rumah pun segera dibuka. Kelihatan Datin Ramlah berdiri dihadapan pintu rumah. " Waalaikumussalam, hah Yusrina! Dah lama dah aunty tak jumpa kamu ni. Makin cantik kamu sekarang ye. Berseri-seri pula. Silakanlah duduk. " kata Datin Ramlah lalu mempersilakan Yusrina untuk duduk di atas sofa.

Yusrina pun melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berwarna perang itu. Dia duduk berhadapan dengan Dato' Fadzlee yang sedang membaca surat khabar. " Hah, Yusrina! " kata Dato' Fadzlee apabila sebaik sahaja dia melihat kehadiran Yusrina disitu. Dia pun melipat surat khabar tersebut. " Affan tak ada. Dia kerja. Biasalah kan. Dia pengganti kat company milik uncle kamu ni. " ujar Datin Ramlah.

" Saya kesini bukan nak jumpa dengan Affan. " kata Yusrina. " Habis tu? " tanya Dato' Fadzlee. " Saya kesini sebenarnya, nak jumpa dengan uncle dan aunty. Ada hal saya nak cakap sikit. " jelas Yusrina lalu menyilangkan kakinya. Dato' Fadzlee dan Datin Ramlah pun saling berpandangan antara satu sama lain. " Cakaplah. " kata Dato' Fadzlee secara spontan. " Okey, so. Uncle dan Aunty, mesti dah kenal dengan Aireen kan? " tanya Yusrina. Mereka berdua hanya mengangguk.

" Sebenarnya kan, Aireen tu ada hubungan sulit dengan lelaki lain. Anak dia yang sekarang ni itulah hasil daripada perbuatan sumbang mahram. Saya dapat tahu hal ni sebab saya ada dengar dia cakap macam tu. Masa tu, dia kat tandas. Depan cermin. Saya pula masa tu nak keluar tapi tiba-tiba je terdengar dia cakap macam tu. Saya harap, uncle dan aunty pertimbangankan lah ya. Saya minta diri dulu. " ujar Yusrina panjang lebar kemudian berlalu pergi. Dato' Fadzlee dan Datin Ramlah pun saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka seperti tidak percaya dengan apa yang baru sahaja mereka dengar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience