BAB 66

Romance Completed 55259

Aireen melihat ibunya sedang menangis. Tasha pula membantu untuk menenangkan ibunya. Teja pun turut sama membantu Tasha. " Macam mana dengan keadaan Aqil, pa? " tanya Aireen. " Doktor kata, Aqil masih lagi belum stabil. Dia belum lagi sedarkan diri. Papa dengan mama kamu, terkejut bila dengar yang Aqil kena pukul dengan tiga orang lelaki. Papa dah buat laporan polis dah. Kalau ada perkembangan, nanti polis akan maklumkan kepada papa. " ujar Dato' Yusof.

Aireen terduduk. Dia terkejut mendengar akan hal itu. Dia seperti tidak percaya bahawa adiknya dipukul dengan teruk sehingga menyebabkan Aqil dirawat di hospital. Dia pada waktu itu sedang bekerja tiba-tiba sahaja mendapat panggilan telefon daripada Mak Jah. Doktor pun keluar dari bilik pembedahan. " Aqil macam mana, doktor? " tanya Datin Rossa.

" Kecederaan yang dialaminya sangat serius. Keadaan dia belum lagi stabil. Hentakan kuat di kepalanya menyebabkannya koma. Dato dan datin doakan yang terbaik untuk dia. " jelas doktor. Mendengar akan hal itu, Datin Rossa terduduk. Aireen memegang ibunya lalu menenangkannya. Air matanya mengalir membasahi pipi. " Doktor, bila dia boleh sedar? " tanya Dato' Yusof. " Saya tak boleh nak jangka bila. Ini kerana, ada beberapa orang yang koma untuk beberapa hari, beberapa minggu, beberapa bulan. Saya minta izin untuk pergi dulu. Apa-apa nanti, akan saya beritahu. " kata doktor kemudian berlalu pergi.

*************

Raziq dan Shika keluar daripada sebuah klinik. Mereka bersama-sama menuju ke kereta. Raziq pun membukakan pintu untuk Shika. Shika pun segera masuk. Pintu kereta pun ditutup. Raziq juga turut masuk ke dalam kereta. Shika mengusap perutnya yang semakin hari sudah membesar. Dia tidak sabar hendak menimang cahaya mata yang ditunggu-tunggu selama ini. " Sayang nak makan kat mana? " tanya Raziq. " Sayang ikut abang je. " jawab Shika.

" Baiklah, kalau macam tu kita makan di Kajang. " ujar Raziq. Shika hanya mengangguk. " Abang, doktor kata tadi anak kita kembar. Agak-agaknya, apa jantina baby ni ya? " tanya Shika. " Entahlah. Abang rasa, lelaki kot. " jawab Raziq. " Tapi, sayang rasa perempuanlah. Ataupun, lelaki dan perempuan! " kata Shika. " Boleh jadi juga. Abang harap, baby kita sentiasa sihat. Sayang pun, mestilah utamakan kesihatan dan keselamatan dulu. " pesan Raziq.

" Ya, sayang tahu. Ni dah kali ketiga tau, abang nasihatkan sayang benda yang sama. Abang, masa-masa ni lah, sayang takut sangat. Sayang takut kalau-kalau perkara tu terjadi lagi. Sudah-sudahlah semua tu. Sayang tak nak hadap lagi. Sayang berharap sangat supaya kali ni, tak ada sesuatu yang tak diingini berlaku. Sayang nak sangat baby ni lahir. " ujar Shika. Dia teringat akan dua tahun yang lalu. Waktu itu, dia hamil lima bulan. Namun, dia keguguran sehingga dia mengurungkan dirinya di dalam bilik kerana tidak boleh menerima kenyataan.

" Dah, dah, dah. Jangan sedih. Lagipun, bukan rezeki kita masa tu. Allah menguji kita, sayang. Abang yakin, kali ni sayang dapat melahirkan anak kita dengan baik. Abang akan sentiasa disisi sayang. " kata Raziq.

****************

Natasha masuk ke tandas. Tiba-tiba, dia pun menangis. " Ya ampun, Tasha! Dia tu cuma bos kau jelah! Kenapa juga kau nak nangis?! " Tasha berkata-kata sendirian. Dia tidak sanggup melihat keadaan Aqil. " No, Tasha, no! Jangan menangis. Aduh, kenapa aku tak sanggup tengok dia macam tu?! Kenapa aku rasa, kalau tengok keadaan dia sekarang ni, aku macam dah jatuh cinta pada dia. Tapi tak mungkinlah! Mustahillah! Mustahil dia suka pada aku juga. Yelah, lagipun aku ni mana ada apa-apa. Dah lah miskin! Sentiasa terseksa! " kata Tasha.

Tasha pun segera mengesat air matanya lalu mencuci tangannya sebelum keluar dari tandas. Dia pun segera menuju ke bilik VIP. Kelihatan Datin Rossa masih lagi menangis. Aireen pula tidak henti-henti untuk menenangkan ibunya. Tasha pun segera menuju ke arah Dato' Yusof. " Maafkan saya, dato. Saya pun Aqil jadi macam ni. " ucap Tasha. Dato' Yusof memandang ke arah Tasha. " Ni semua bukan salah kamu, Tasha. Mereka yang pukul Aqil tu yang salah. Saya redha dengan semua ni. " ujar Dato' Yusof.

" Dato, saya sangat kenal dengan orang tu. Mereka tu diupah untuk pukul Aqil. Saya rasa, mereka semua memang dah lama rancang semua ni. Saya tahu dia tinggal dimana, dato. " kata Tasha. Dato' Yusof pun memandang ke arah Tasha dengan pandangan yang ingin tahu dimana keberadaan mereka. " Kat mana? " tanya Dato' Yusof.

***************

Khalid memberikan RM1000 seorang kepada tiga orang lelaki. Dia pun mengukir senyuman kerana dia berhasil untuk membalas dendam kepada Aqil yang selama ini suka menyibuk halnya. " Hei, Lid! Tak apa-apa ke kitorang buat cam ni?! Hah! Lagipun, aku dapat tahu kalau orang yang kitorang hentak tu anak dato. Kalau bapak dia cari kitorang nanti macam mana? " tanya salah seorang daripada mereka. " Laa, Tasha pun mana cam muka korang tu. Lagipun, kan korang dah pakai topeng yang aku bagi. " kata Khalid.

Dia langsung tidak merasa bersalah atas kesalahan yang dilakukannya kali ini. " So, kitorang dengan kau dah settle lah, kan? " tanya salah seorang daripada mereka yang berambut panjang diikat ke belakang. " Settle apanya?! Aku nak, korang semua ni awasi Tasha. Kalau boleh, awasi juga si mangkuk tandas tu. Kalau ada apa-apa nanti, bagitau je kat aku. Sebab, aku dah siapkan plan seterusnya. " ujar Khalid. " Plan apa pula kali ni, Lid?! " tanya salah seorang daripada mereka yang hanya memakai singlet berwarna bitam dan berseluar jeans biru tua.

" Plan aku yang seterusnya, aku nak rebut Tasha balik. Dan, Tasha akan jadi milik aku untuk selama-lamanya. Dan, si mangkuk tandas tu pun sendiri tak boleh nak halang aku. Dia kan, koma. Kalau tak pun, dia mati lagi senang hidup aku. " kata Khalid kemudian ketawa. Tiada belas kasihan dalam dirinya terhadap orang lain. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingannya. Lagi-lagi soal Natasha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience