BAB 23

Romance Completed 55259

Ayuni gembira kerana dapat bertemu dengan tunangnya. Dia pun mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghantar mesej kepada Aireen.

***********************

Aireen, kau ada masa tak malam ni? - Ayuni

Masa apa, apa maksud kau? - Aireen

Malam ni, aku nak perkenalkan kau pada tunang aku. Jadi, kau free tak malam ni? - Ayuni

Malam ni aku free. Nak bawa Esha sekali ke atau tak payah? - Aireen

Tak payahlah. Nanti, suruh je Kiki jagakan Esha. Kau, aku dan tunang aku je. - Ayuni

Kat mana? - Aireen

Nanti, dari rumah kita kesana. Alaa, kau tengoklah nanti. - Ayuni

Okey, tapi bagitaulah aku. Tempat dia apa, kedai makan ke, taman ke. - Aireen

Kedai makanlah. Aku dah atur semuanya pun. - Ayuni

Oh, okey. Aku nak sambung kerja aku dulu ya. - Aireen

Oh, okey. - Ayuni

**********************

Aireen tidak perasan kalau Affan sedang memerhatikannya. " Awak mesej siapa tu? " tegur Affan. " Oh, kawan saya. Penting sangat malam ni. " jawab Aireen. " Oh, okey. " kata Affan. Affan pun berlalu pergi. Aireen melihat jam di telefon bimbitnya. Jam menandakan pukul 11.50. Dia pun bersiap sedia untuk menjemput anaknya dari sekolah. ' Okey, harini kai tak boleh lalai lagi Aireen. Harini kau tak boleh lambat jemput Esha dari sekolah macam semalam. ' bisik hati Aireen.
Dia pun masuk ke bilik Affan. " Encik Affan, saya nak jemput anak saya dari sekolah. " izin Aireen. " Okey, jom. " kata Affan. Affan pun memandu keretanya menuju ke tadika Esha. " Saya ingatkan awak dah lupa soal anak awak. " kata Affan. ' Ish, Encik Affan ni. Mana mungkinlah aku nak lupa soal Esha. ' bisik hati Aireen. " Oh, kalau semalam tu saya memang lupa. Kalau harini, saya dah set time kat phone saya supaya saya tak lupa lagi macam semalam. " balas Aireen.
" Handphone awak jenama apa? " tanya Affan. ' Makin pelik pula aku tengok dia ni. Sampaikan jenama telefon pun nak tau.'. bisik hati Aireen. " Oh, Vivo V23. " jawab Aireen. " Oh, jenama telefon saya pun Vivo V23. Kalau sama berarti jodoh. " kata Affan. Aireen bersin. " Macam ni Encik Affan, banyak lagi orang yang sama jenama phone dia dengan saya. Kalau jenama handphone tu sama, bukan berarti jodoh. " kata Aireen. ' Oh, kalau jenama handphone tu sama, bukan berarti jodoh. ' Affan mengulang ayat Aireen dalam hati.
Aireen pun keluar untuk mengambil anaknya. Sebaik sahaja Esha dan Aireen masuk, Affan terus menuju ke Abu Bakar Holdings. Sesampai sahaja di sana, Aireen pun meneruskan kerjanya. Esha pula dibawa masuk ke bilik Affan. Affan memerhatikan Esha yang bermain dengan anak patungnya. ' Hmm. Tak salah lagi. Esha ni mesti anak kandung aku. Tapi, aku tak boleh terlalu yakin sangat. Lagipun, latar belakang Aireen pun aku belum tahu. ' bisik hati Affan.
Affan termenung. Dia teringatkan waktu dia berumur sepuluh tahun. Dia sangat merindukan sahabatnya yang berpindah dua puluh lapan tahun yang lalu. Affan berharap agar dia boleh bertemu dengan perempuan itu. ' Dulu, kau pernah janji kau nak cari aku. Nyatanya, sampai sekarang aku belum jumpa kau. ' bisik hati Affan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience