BAB 71

Romance Completed 55259

Aireen masuk ke dalam bilik wad dimana Aqil ditempatkan. Kemudian, dia melihat ke arah Ariana yang sedang tidur bersebelahan dengan katil Aqil. " Eh, ada Ana rupanya! Bila dia sampai? " tanya Aireen. " Tengahari tadi. Mama tengok dia penat sangat tu. Sebab tulah dia dah tertidur. " jawab Datin Rossa. " Oh ya, macam mana dengan keadaan Aqil? Doktor ada beritahu apa-apa perkembangan ke? " tanya Aireen. " Macam tu jugalah. Doktor kata, dia masih lagi macam tu. Masih lagi belum stabil. Mama tak sanggup nak tengok Aqil macam ni terus. " ujar Datin Rossa.

" Mama mesti sabar. Semua ni ujian daripada Allah. Mama mesti kuat untuk menerima kenyataan. Mama doakan je yang terbaik untuk Aqil. Aireen yakin sangat, yang Aqil akan sedar juga. Mama janganlah risau sangat. Nanti kalau mama tiba-tiba sakit pula nanti macam mana, mama janganlah terlampau banyak fikirkan tentang Aqil. Lagipun, Aireen dah minta dengan majikan Aireen. Bagi Aireen cuti 2 hari hanya untuk jaga Aqil. Esok, mama balik lah ya. Biar Aireen yang jaga Aqil. " ujar Aireen.

" Kamu tak payahlah nak risau sangat pada mama. Mama mampu untuk jaga Aqil. " bantah Datin Rossa. " Mama, janganlah macam tu. Esok mama baliklah ya. Kesian papa kat rumah. Papa pun perlukan mama juga. " jelas Aireen. " Baiklah kalau kamu dah cakap macam tu. " Datin Rossa pun mengalah pada akhirnya. Baginya, ada benarnya juga kata-kata Aireen.

" Oh ya, Tasha mana? " tanya Aireen. " Oh, Tasha ya. Dia pergi tunggu kat bawah. Sebab dia ada order makanan. Kejap lagi dia naiklah. " jawab Datin Rossa.

****************

" Assalamualaikum! " Affan memberi salam sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. " Waalaikumussalam! " jawab Dato' Fadzlee. Affan hairan melihat ibu bapanya yang serius memandang ke arahnya. " Ah, ada apa ni papa? " tanya Affan. Affan menelan air liurnya. Dia seperti ketakutan kerana renungan tajam Dato' Fadzlee. " Affan! " panggil Dato' Fadzlee. Affan pun segera melabuhkan punggungnya di sofa. " Ya, papa. " sahut Affan. " Papa nak kamu jujur tentang Aireen dan Esha. " kata Dato' Fadzlee.

" Apa maksud papa? " tanya Affan. " Kamu jangan nak berpura-pura pula Affan. " jawab Datin Ramlah. " Mama, eh kenapa ni? " tanya Affan. " Petang tadi, Yusrina datang. Dia bagitahu papa dan mama yang Aireen tu, ada hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga dia lahirkan Esha, bukan. Papa tak nak kamu kahwin dengan dia. " ujar Dato' Fadzlee. " Mana boleh papa! Mama, tolonglah Affan! " bantah Affan. " Mama sependapat dengan papa kamu Affan. " balas Datin Ramlah.

Affan seperti tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar tadi. ' Yusrina! Kau memang tak puas hati dengan aku kan! ' bisik hati Affan. " Okey, okey, okey! Malam ni juga Affan jujur dengan papa dan mama. Tujuh tahun yang lalu, ketika saya berusia 21 tahun. Affan suka habiskan masa ke night club. Sehinggalah suatu malam, Affan dicabar. Waktu tu, Affan memang betul-betul menyesal berkawan dengan mereka. Sampai sekarang Affan masih lagi menyesal. Sebabkan Affan dicabar untuk tidur dengan perempuan yang Affan tak kenal langsung. Dan perempuan tu Aireen. Selama ni, Affan kejar dia sebab Affan nak bertanggungjawab atas perbuatan Affan. " jelas Affan panjang lebar.

Dia menarik nafasnya sebelum meneruskan ceritanya. " Dan Esha tu, ialah anak kandung Affan. Tapi, kalau mama dan papa masih tak percaya juga, kita boleh pergi hospital buat ujian DNA. Dato' Fadzlee dan Datin Ramlah pun mula mempercayai Affan. " Maafkan papa sebab tak tahu tentang hal yang sebenar-benarnya. " ucap Dato' Fadzlee. " Mama pun, minta maaf juga ya Affan, ya. " ucap Datin Ramlah. " Tapi, kamu tetap salah Affan. Sebab kamu dah rosakkan anak dara orang. Jadi, papa nak perkahwinan kamu dipercepatkan! " ujar Dato' Fadzlee.

" Yes! Thanks, papa! I love you so much, papa! " Affan melompat keriangan. " Eh, tapi ada satu lagi masalah. " kata Affan kemudian kembali duduk di sofa yang empuk itu. " Apa tu? " tanya Datin Ramlah. Affan pun menceritakan segalanya kepada Dato'Fadzlee dan Datin Ramlah. Dia menceritakan kepada mereka tentang ayah Aireen, yaitu Dato' Yusof yang masih lagi marahkan Affan. " Astaghfirullahalazim, Affan! Berapa banyak kesalahan yang dah kamu buat ni! Papa pun tak pernah ajar kamu buat macam tu. Papa ajar kamu supaya hormati orang yang lebih tua. Dengar dulu penjelasan seseorang itu sebelum buat apa-apa keputusan. Jangan main judge je. " tegur Dato' Fadzlee.

" Tak apalah. Esok, kita jumpa dengan ibu bapa Aireen. Cakap baik-baik pada mereka. Ya. " ujar Datin Ramlah dengan nada yang lembut. Affan ketakutan apabila Dato' Fadzlee terus merenung tajam ke arahnya.

****************

Aireen melihat ke arah jam tangannya. ' Aduh, macam manalah nanti kalau papa dengan Dato' Fadzlee berjumpa, ya! ' bisik hati Aireen. Dia terkejut apabila mendapat pesanan daripada Affan bahawa hari ini mereka akan datang ke rumah Aireen. Aireen tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Ibu bapanya sudah pun menunggu kedatangan tiga beranak itu untuk tiba. " Assalamualaikum! " kedengaran suara memberi salam dihadapan pintu rumah mereka. " Alamak! Tu mesti mereka dah datang! " kata Aireen.

Kiki pun segera membuka.pintu. " Waalaikumussalam! Jemput masuk ya. " Kiki mempersilakan tetamu untuk melangkahkan kaki ke dalam banglo itu. Tiga beranak itu pun masuk lalu masing-masing melabuhkan punggung di atas sofa yang empuk. Apabila Dato' Fadzlee dan Dato' Yusof berpandangan antara satu sama lain, mereka mula teringatkan sesuatu. " Eh, Fadzlee! Ni aku! Yusof! Jiran sebelah kau dulu. " kata Dato' Yusof. " Yusof, jiran sebelah rumah aku? Oh, Yusof! Ya, aku ingat. Aku ingat.

Datin Rossa dan Datin Ramlah tidak seperti mereka. " Awak, awak dah lupa ke pasangan ni? " tanya Dato' Yusof. Datin Rossa hanya menggelengkan kepalanya. " Mestilah saya ingat. Saya dan Ramlah masih lagi berhubung sampai sekarang. Dari waktu kita pindah ke sini lagi. " ujar Datin Rossa. " Jadi, Affan ni anak kau ya. " kata Dato' Yusof. Dato' Fadzlee hanya mengangguk. Dato' Fadzlee pun menyiku tangan Affan.

" Uncle, sebelum tu....saya nak minta maaf sebab berkelakuan tidak sopan pada uncle. Saya terlalu emosi masa tu. Tolonglah terima permohonan maaf saya ni. " rayu Affan. Dato' Yusof tersenyum. " Uncle maafkan kamu. Tapi ingat, jangan buat lagi. " pinta Dato' Yusof. Affan hanya mengangguk. Kemudian, saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Dato' Fadzlee pun menceritakan hal yang sebenarnya kepada Dato' Yusof. Barulah Dato' Yusof faham apa yang terjadi sebenarnya. Kerana perbuatan Affan, kedua-dua sahabat baik itu kembali dipertemukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience